Kenali Kami

Foto saya
Kuala Ketil, Kedah, Malaysia
Guru-guru dan kakitangan Sekolah Kebangsaan Teloi Timur, 09300, Kuala Ketil Kedah.

EXCO BKGSSKTT 2011

EXCO BKGSSKTT 2011

Pengerusi
: Mohammad Pisol bin Aziz

Naib Pengerusi : Za'im bin Omar

Setiausaha : Azrin bin Abdullah

Penolong Setiausaha : Mohd Nabil bin Othman

Bendahari : Sharifudin bin Ismail

AJK :

Yahaya bin Ismail
Ahmad Rashidi bin Jalil
Roslan bin Md. Ali
Nirmala a/p Sivanadam
Zunaidah binti Husain
Syafinah binti Mohd Saad
Azizah binti Mansor


Pemeriksa Kira-kira

Rohani binti Mat Saleh

Fauziah binti Saad

Selasa, April 28, 2009

Allah Mahu Mencabar Manusia

H1N1@ selsema babi. Lagi bala Allah buat umat manusia. Mudah pula berjangkitnya. Hanya sentuhan dengan orang yang menghidapnya. Ingatkan selsema babi tu hanya menyerang orang yang makan babi sahaja. 

Seorang doktor perubatan pernah berkata, semakin canggih dunia perubatan semakin canggih penyakit yang Allah hantar kepada kita. Saya yakin doktor ini seorang yang beriman kerana dia bijak mengaitkan setiap kejadian dengan Yang Maha Berkehendak.

Allah sebenarnya mahu mencabar kita. Bukan sekali malah sudah berkali Allah mencabar manusia. Dalam surah al-Baqarah Allah mencabar manusia yang ingkar dengan kitab Allah agar mencipta satu surah yang menyamai surah dalam al Quran(al-Baqarah: ayat23). Allah juga mencabar manusia dan jin jika mampu menembus keluar dari kawasan langit dan bumi (ar-Rahman: ayat33). 

Dalam hal ini Allah mungkin mahu mencabar manusia supaya menggunakan seluruh kudrat meliputi akal yang dianugerahiNYA bagi mencari penawar untuk setiap wabak yang mengganggu ketenteraman hidup manusia. "Setiap penyakit ada ubatnya." Itu jaminan Baginda Rasul sallallahu 'alaihi wasallam. Beruntunglah bagi doktor yang muslim lagi beriman menggunakan kesempatan ini untuk berjihad melawan segala penyakit dan mengembalikan keamanan buat umat manusia. 

Mungkin juga Allah mahu mencabar manusia yang angkuh dengan segala bentuk kemajuan yang dicapai supaya kembali mengakui kekuasaan Allah ke atas alam ini. Segala yang diperolehi adalah pinjaman semata. Justeru layakkah manusia untuk merasa bangga dan megah dengan pencapaian mereka?

Manusia selalu leka. Di kala senang mereka jauh meninggalkan Allah. Bila susah mereka ingin kembali kepada Allah, malangnya mereka gagal mencari jalan pulang lantaran terlalu jauh tersesat. Mereka pun mencari dadah, arak dan pelacur. Mereka memilih untuk mencari dan menyahut seruan iblis. Tetaplah mereka dalam murka Allah. Lalu Allah turunkan bala.

Dan bala Allah tidak mengenal sesiapa. Baik mereka di Mexico atau Kanada atau benua Eropah atau Asia. Semua turut merasa. Kalau itu sudah kehendakNYA.

:: Ihsan dari laman blog Azridul Menulis he.. he..

Tiada ulasan: