Kenali Kami

Foto saya
Kuala Ketil, Kedah, Malaysia
Guru-guru dan kakitangan Sekolah Kebangsaan Teloi Timur, 09300, Kuala Ketil Kedah.

EXCO BKGSSKTT 2011

EXCO BKGSSKTT 2011

Pengerusi
: Mohammad Pisol bin Aziz

Naib Pengerusi : Za'im bin Omar

Setiausaha : Azrin bin Abdullah

Penolong Setiausaha : Mohd Nabil bin Othman

Bendahari : Sharifudin bin Ismail

AJK :

Yahaya bin Ismail
Ahmad Rashidi bin Jalil
Roslan bin Md. Ali
Nirmala a/p Sivanadam
Zunaidah binti Husain
Syafinah binti Mohd Saad
Azizah binti Mansor


Pemeriksa Kira-kira

Rohani binti Mat Saleh

Fauziah binti Saad

Isnin, Mei 26, 2008

NI APA PULAK NI???

atas nama hasil seni, kesucian agama sudah tidak dipedulikan lagi...

MR E - mcm ni punya org pun ada ka?

Ahad, Mei 25, 2008

Takziah...

Pihak Badan Kebajikan Guru dan Staf SKTT mengucapkan salam takziah kepada Cikgu Norbaya sekeluarga di atas kehilangan ayahanda beliau tgh malam tadi..terima kasih juga kepada para guru yg melapangkan masa untuk mengunjungi jenazah allahyarham pada siang tadi....

MR E - Al Fatihah

Ahad, Mei 18, 2008

CELIK IT

biarpun dikategorikan sebagai OKU, En. Azmi (Abg. Mi) tidak mahu ketinggalan dalam era ICT. pada pagi Jumaat lalu, Abg. Mi telah menghubungi Mr E untuk menempah sebuah PC dan pada petang tadi, sebuah PC Pentium 4 Dell Optiplex recond (RM699) telah diserahkan kepada Abg. Mi lengkap dgn perisian Jaws 9.0 khas utk OKU yg cacat penglihatan. Mr E rasa kagum dan bangga dgn beliau kerana semangat beliau utk turut serta dalam dunia ICT serta ingin memberi pendedahan awal kepada anak-anaknya yg masih bersekolah. ternyata Abg. Mi lebih celik dr kebanyakan insan di luar sana.

* Abg. Mi merupakan seorang pengusaha pusat rawatan refleksologi di Pekan Baling. pusat refleksologi yg diusahakan oleh beliau dan isterinya dibuka 7 hari seminggu dr jam 9.00 pagi hingga 12.00 tgh malam bertempat di tingkat 2, bangunan pejabat pos baling..ada urut tapak kaki dan urut badan untuk lelaki dan wanita..boleh buat appointment di nombor 019-4253094.

MR E - pelanggan tetap Abg. Mi, dah 3 tahun dah....

Jumaat, Mei 16, 2008

Pengalaman lima tahun boleh jadi Guru Cemerlang

Syarat naik pangkat dilonggar dorong pendidik kerja lebih gigih.

TEMPOH pengalaman mengajar tidak kurang tujuh tahun yang disyaratkan dalam permohonan jawatan Guru Cemerlang, diturunkan kepada tidak kurang lima tahun, mulai tahun ini. Pengarah Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran, Zulkifly Mohd Wazir, berkata pengurangan tempoh itu secara langsung membolehkan guru menikmati peluang peningkatan kerjaya terbabit dengan lebih cepat.

Selain itu, beliau berkata, langkah berkenaan juga bertujuan mengelakkan jarak tempoh yang agak rapat dengan syarat 10 tahun ditetapkan untuk guru memperoleh kenaikan menerusi satu lagi saluran, iaitu `time-based'. "Tawaran jawatan Guru Cemerlang ialah antara saluran peningkatan kerjaya guru yang paling utama atau banyak. Justeru, peluang memohon jawatan itu dalam tempoh lebih cepat akan mendorong guru berkhidmat dengan gigih dan berkesan," katanya kepada Berita Harian di Putrajaya.

Zulkifly berkata, Kementerian Pelajaran sudah menetapkan kuota 9,374 jawatan Guru Cemerlang meliputi 5,374 bagi pegawai perkhidmatan pelajaran (PPP) siswazah dan 4,000 lagi untuk PPP bukan siswazah.

Bagi PPP siswazah, katanya, kementerian menyediakan 4,000 jawatan Guru Cemerlang DG44, DG48 (1,000), DG52 (250), DG54 (100) dan Gred Khas C (24). Sementara, bagi PPP bukan siswazah pula, beliau berkata, 3,200 jawatan Guru Cemerlang DGA32 disediakan, selain 800 jawatan Guru Cemerlang DGA34.

Dalam konteks ini, Zulkifly berkata, Bahagian Sekolah berperanan sebagai urus setia menerima permohonan jawatan Guru Cemerlang yang diletakkan di bawah pengendalian Jemaah Nazir Sekolah (JNS). Dari segi syarat lain pula, beliau berkata, guru memohon jawatan Guru Cemerlang yang diperkenalkan sejak 1993 itu turut dikehendaki menyertakan sebarang hasil kajian tindakan mereka.

"Kajian tindakan itu meliputi inovasi yang pernah dilakukan guru terbabit untuk menambah baik atau mempertingkat prestasi pencapaian dalam mata pelajaran mereka. "Sebagai contoh, guru berkenaan mendapati ada pelajar yang tidak dapat mengikuti atau menguasai mata pelajaran diajarnya. Justeru, guru terbabit membuat kajian punca dan berusaha menanganinya. "Walaupun bilangan pelajar yang bermasalah itu mungkin sedikit, inisiatif, kreativiti serta inovasi guru berkenaan mengatasi keadaan terbabit penting, malah menjadi contoh berguna yang boleh dikongsi bersama rakan sejawat lain," katanya.

Sementara itu sempena sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2008, Zulkifly berharap guru di seluruh negara akan bertugas dengan lebih komited berikutan senario perkembangan dunia yang semakin maju. Katanya, guru perlu meningkatkan ilmu pengetahuan supaya dapat membimbing pelajar secara berkesan dalam suasana dunia terbuka dengan kemudahan capaian maklumat yang luas menerusi buku dan internet kini.

"Begitupun, peranan guru bukanlah mengajar semata-mata tetapi juga mendidik secara menyeluruh, termasuk dalam aspek sahsiah dan kemahiran kepimpinan di kalangan pelajar, bagi menjayakan penjanaan modal insan. "Tugas guru ini adalah mulia. Seseorang perlu ada kesabaran tinggi untuk menjadi seorang guru. Ini bermakna mereka perlu menghadapi dan menangani kerenah pelajar serta ibu bapa secara berhemah dan mengikut prosedur sedia ada. Janganlah mengambil tindakan secara beremosi," katanya.



S/U

Khamis, Mei 15, 2008

BERAKHIR DAN BERMULA....

hari ini berakhirlah sudah peperiksaan pertangahan tahun bagi murid-murid sktt. semua ujian telah berjalan dengan lancar dan tiada halangan...DAN DENGAN INI BERMULALAH SESI MENYEMAK KERTAS DAN MENGEMASKINI MARKAH OLEH GURU-GURU....selamat menanda kertas....

MR E - sebelum tanda kertas, beli pen merah spare supaya tidak tergendala

MENGHAMPIRI ANGKA 300....

Mr. E dengan sukacitanya memaklumkan bahawa blog beliau www.jomladownload.blogspot.com telah menerima 297 kunjungan sejak pelancarannya pada 25 April lalu. kunjungan pelawat dijangka akan mencecah ke 300 sedikit masa lagi memandangkan peningkatan kunjungan pelawat dr benua Eropah yg begitu menggalakkan..


MR E - kira not bad la for an amateur mcm den ni...

Rabu, Mei 14, 2008

PERMUSUHAN YANG TIADA KESUDAHAN

Tanpa mengira pangkat dan darjat....tua atau muda.....tanpa belas kasihan....lawan tetap lawan walaupun berada di ambang kekalahan.Demi maruah keturunan dan zuriat perjuangan tetap diteruskan...!!!Bilik berita masih belum menerima sebarang keputusan.
MR Chon

Sabtu, Mei 10, 2008

Kursus ICT

Lagi-lagi Power Point. Asyik-asyik power point. Asal kursus ICT saja, belajar buat power point. Dah jenuh buat bahan bantu P&P dengan power point ni. Berlambak dalam simpanan. Tapi bila nak guna, tak boleh. Kami kan guru agama. Lap top tak dapat. Nak guna LCD, orang tak bagi. Buat apa susah-susah buat lagi?

Nasib baik depa buka line internet. Boring-boring dapat juga tengok blok.

Ustad A mengeluh.

Jumaat, Mei 09, 2008

DAH 1 MINGGU....

kepada semua memember,

MR E sibuk nak exam. Ustaz A sibuk basuh lampin. Papaya sibuk dgn projek dangaunya. SKTT.net dah ok, abis tu takkan tak ada org nak update blog? semua orang sibuk buat soalan periksa ke?

MR E - AHG nama saja dah masuk streamyx, post baru sekali....