Kenali Kami

Foto saya
Kuala Ketil, Kedah, Malaysia
Guru-guru dan kakitangan Sekolah Kebangsaan Teloi Timur, 09300, Kuala Ketil Kedah.

EXCO BKGSSKTT 2011

EXCO BKGSSKTT 2011

Pengerusi
: Mohammad Pisol bin Aziz

Naib Pengerusi : Za'im bin Omar

Setiausaha : Azrin bin Abdullah

Penolong Setiausaha : Mohd Nabil bin Othman

Bendahari : Sharifudin bin Ismail

AJK :

Yahaya bin Ismail
Ahmad Rashidi bin Jalil
Roslan bin Md. Ali
Nirmala a/p Sivanadam
Zunaidah binti Husain
Syafinah binti Mohd Saad
Azizah binti Mansor


Pemeriksa Kira-kira

Rohani binti Mat Saleh

Fauziah binti Saad

Khamis, April 16, 2009

Masihkah ada benci?

Kita sering membaca doa ini. Allahummaghfirlil muslimina wal muslimat wal mukminina wal mukminati al ahyaa i minhum wal amwaat birahmatika yaa arhamarrahimin.

Atau setidak-tidaknya mengaminkan doa yang dibaca khatib lewat khutbahnya atau dibaca imam seusai solat berjamaah.

Cuba hayati doa ini. Apa makna di sebaliknya? Adakah kita sekadar membacanya atau mengaminkan tanpa jiwa dan roh. Sesungguhnya suatu kemuliaan bagi orang yang membaca doa ini dengan penghayatan dan pengharapan. Hakikatnya seorang pembaca telah berusaha memohon maghfirah Allah buat saudara seagama dan seakidah. Memohon agar saudara mukmin dan muslim dibersihkan dari dosa-dosa.

Tapi mengapa masih ada benci dan sakit hati. Mengapa masih ada dendam. Masih ada marah dan meluat. Masih ada yang berterusan mencela dan memandang hina saudara mukmin dan muslimnya.

Sukarkah untuk menggantikan segala kebencian, dendam yang meluap, marah, meluat, celaan dan hinaan dengan kasih sayang dan keikhlasan menjalin hubungan. Seperti mana kita memohon keampunan untuk saudara kita, mereka juga tidak lupa mendoakan kita.

Begitulah sebenarnya maksud kata, "kenang daku dalam doa mu".

:: ihsan dari laman blog Azridul Menulis he... he...

Tiada ulasan: