Kenali Kami

Foto saya
Kuala Ketil, Kedah, Malaysia
Guru-guru dan kakitangan Sekolah Kebangsaan Teloi Timur, 09300, Kuala Ketil Kedah.

EXCO BKGSSKTT 2011

EXCO BKGSSKTT 2011

Pengerusi
: Mohammad Pisol bin Aziz

Naib Pengerusi : Za'im bin Omar

Setiausaha : Azrin bin Abdullah

Penolong Setiausaha : Mohd Nabil bin Othman

Bendahari : Sharifudin bin Ismail

AJK :

Yahaya bin Ismail
Ahmad Rashidi bin Jalil
Roslan bin Md. Ali
Nirmala a/p Sivanadam
Zunaidah binti Husain
Syafinah binti Mohd Saad
Azizah binti Mansor


Pemeriksa Kira-kira

Rohani binti Mat Saleh

Fauziah binti Saad

Sabtu, April 25, 2009

Allah itu wujud dan memang wujud

Ada seorang lelaki pergi ke kedai gunting rambut untuk menggunting rambut dan janggutnya. Apabila barber itu memulakan tugasnya, mereka pun berborak dan bercakap mengenai banyak perkara. Tapi bila mereka mula berbicara mengenai Allah,barber itu pun berkata, ''saya tak percaya Allah itu wujud.''

"Kenapa kamu kata begitu?'' tanya si lelaki tadi.

''Cuba kamu keluar di tengah jalan itu dan tunjukkan saya bahawa Allah itu wujud. Kalau betul Allah wujud, kenapa ramai sangat orang sakit kat luar tu? Kenapa masih ada kanak2 yg terbiar? Kalau betul Allah wujud, dah tentu tiada kesakitan dan keperitan hidup dalam dunia ni. Saya tak dapat bayangkan Allah yang Maha Penyayang boleh membenarkan semua in berlaku''.

Si lelaki itu pun berfikir sejenak. Tapi dia tidak memberi sebarang jawapan kerana tidak mahu memulakan pertengkaran. Selepas barber itu menghabiskan tugasnya, si lelaki tadi pun pergi. Selepas beberapa langkah, si lelaki tadi ternampak seorang lelaki berambut panjang, selekeh, kotor dan janggut tidak terurus. Si lelaki tadi pun berpatah balik dan pergi semula ke kedai gunting rambut tadi dan berkata, ''kamu tahu tak yang sebenarnye barber juga tidak wujud?''

''Kenapa kamu kata macam tu? Sedangkan saya baru saja gunting rambut kamu tadi''. Kata barber.

''Tidak!'' Kata si lelaki tadi. ''Kalau barber wujud, dah tentu tidak ada orang yang berambut panjang tidak terurus dan kotor serta janggut yang panjang dan kotor macam lelaki di tepi jalan itu''.

''Ahhh! Barber memang wujud! Lelaki tu jadi macam tu sebab dia tidak datang pada saya untuk menggunting rambutnye!'' Kata barber.

''Tepat sekali!'' Kata si lelaki tadi.

''That's the point." Allah juga wujud. Itulah yangg terjadi (keperitan & penderitaan) jika manusia tidak mengingatinya dan kembali padanya untuk memohon pertolongan.''


:: Ustad A terima email ni. Orang yang hantar email pesan suruh sebarkan.

Tiada ulasan: