Kenali Kami

Foto saya
Kuala Ketil, Kedah, Malaysia
Guru-guru dan kakitangan Sekolah Kebangsaan Teloi Timur, 09300, Kuala Ketil Kedah.

EXCO BKGSSKTT 2011

EXCO BKGSSKTT 2011

Pengerusi
: Mohammad Pisol bin Aziz

Naib Pengerusi : Za'im bin Omar

Setiausaha : Azrin bin Abdullah

Penolong Setiausaha : Mohd Nabil bin Othman

Bendahari : Sharifudin bin Ismail

AJK :

Yahaya bin Ismail
Ahmad Rashidi bin Jalil
Roslan bin Md. Ali
Nirmala a/p Sivanadam
Zunaidah binti Husain
Syafinah binti Mohd Saad
Azizah binti Mansor


Pemeriksa Kira-kira

Rohani binti Mat Saleh

Fauziah binti Saad

Jumaat, Mac 25, 2011

Projek Ekonomi 2

Badan Kebajikan Guru & Staf SKTT(BKGSSKTT) meneruskan langkah mencari dana bagi mengisi kantung badan demi melancarkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang dirancang sepanjang tahun.

Terbaru, kami mengadakan jualan ‘ais krim Malaysia’, air, ‘cup cake’, ais krim dalam kon dan buah-buahan sempena kejohanan Bola Sepak MSSD Baling Sik peringkat Zon Kuala Ketil yang diadakan di padang SKTT.

2203201114023032011146

Ternyata ia mendapat sambutan yang menggalakkan di kalangan murid serta waris murid SKTT dan pemain-pemain serta penyokong-penyokong pasukan yang terlibat dalam kejohanan pada hari itu.

P1020311P1020313

Permintaan yang terlalu tinggi khususnya ke atas ‘ais krim Malaysia’ menyebabkan pihak kami terpaksa menambah bekalan dari masa ke semasa.

Kejayaan projek kali ini melonjak semangat kami untuk terus berusaha meneroka projek-projek baru bagi mencapai matlamat memantapkan tabung kelab.

Khamis, Mac 24, 2011

SK Teloi Timur Tempat Ke-3

Pertandingan Bola Sepak Bawah 12 Tahun MSSD Baling Sik Zon Kuala Ketil berakhir pagi tadi. Pasukan bola sepak SK Teloi Timur berjaya meraih tempat ke-3 bersama SK Seri Jemerli. Johan pertandingan ini disandang SK Kuala Ketil yang menumpaskan SK Kuala Merah dengan jaringan 2 gol tanpa balas.

P1020324

Dalam perlawanan separuh akhir, SK Teloi Timur tumpas di tangan SK Kuala Merah 0-1 manakala SK Kuala Ketil membenam SK Seri Jemerli 5-0.

P1020327

P1020329

Hadiah-hadiah disampaikan oleh GB SK Kuala Ketil merangkap Pengerusi MGB Zon Kuala Ketil, En. Mansor bin Mohamad. Turut mengiringi En. Mansor ialah En. Azizi b. Omar, Guru Besar Sk Teloi Timur merangkap Pengerusi Pertandingan Bola Sepak Bawah 12 Tahun MSSD Baling Sik bagi Zon Kuala Ketil.

Rabu, Mac 23, 2011

Bola Sepak Zon Kuala Ketil

Sekolah Kebangsaan Teloi Timur menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Bola Sepak MSSD Baling Sik Zon Kuala Ketil Bawah 12 Tahun. Sebanyak 11 pasukan mengambil bahagian yang dibahagikan kepada 2 kumpulan. Kumpulan A bermain di padang SK Teloi Timur manakala kumpulan B bermain di padang SK Kuala Ketil. SK Teloi Timur muncul pendahulu Kumpulan A dan layak ke peringkat separuh akhir. Mengiringi SK Teloi Timur dalam Kumpulan A ialah SK Seri Jemerli.

P1020320

P1020321

P1020322

Dalam perlawanan separuh akhir, SK Teloi Timur akan bertemu dengan Naib Johan Kumpulan B iaitu SK Kuala Merah manakala SK Seri Jemerli akan melayan SK Kuala Ketil selaku johan Kumpulan B.

Isnin, Mac 21, 2011

Projek ekonomi 1

Pihak Badan Kebajikan Guru dan Staf SKTT memulakan langkah awal merealisasikan harapan dan permintaan ahli untuk melihat kewangan badan berada dalam keadaan mantap. Untuk tujuan itu, jualan jagung telah diadakan. Alhamdulillah sambutan dari ahli sangat menggalakkan. Semua jagung yang dibawa habis terjual.

Jumaat, Mac 11, 2011

Ucapan Tahniah

Badan Kebajikan Guru dan Staf SK Teloi Timur(BKGSSKTT) merakamkan ucapan tahniah kepada guru-guru SKTT khususnya dan guru-guru di seluruh negara amnya yang mendapat tawaran melanjutkan pelajaran melalui Program Pensiswazahan Guru (PPG) Mod PJJ bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah (PPPBS) ambilan 2011.

BKGSSKTT juga ingin mengucapkan selamat maju jaya dan berharap semua yang terpilih berusaha bersungguh-sungguh demi masa depan sendiri dan perkembangan sistem pendidikan di Malaysia.  

Selasa, Mac 08, 2011

Mesyuarat AJK 1/2011

AJK Badan Kebajikan Guru & Staf telah mengadakan mesyuarat kali pertamanya petang tadi. Antara agenda penting mesyuarat ialah membincangkan usul yang diterima dalam Mesyuarat Agung yang lalu selain perancangan aktiviti tahunan bagi tahun 2011.

Dalam mesyuarat tersebut, AJK bersetuju menjadikan semua usul sebagai keutamaan dan aktiviti badan kebajikan kecuali usul lawatan ke Hatyai yang terpaksa ditunda atas sebab-sebab tertentu.

Antara aktiviti yang dirancang ialah jualan amal seperti jualan jagung, produk IKS, daging lembu pada musim perayaan dan lain-lain. AJK turut bersetuju mengadakan jualan ais krim dengan mengambil kesempatan SK Teloi Timur menjadi tuan rumah Kejohanan Bola Sepak MSSD Baling Sik Zon Kuala Ketil Bawah 12 Tahun dan Majlis Tilawah Al-Quran (MTQ) Zon Kuala Ketil. Kedua-duanya dijadualkan pada 23 dan 24hb. Mac serta 28hb. Mac.

Mesyuarat juga bersetuju menetapkan Hari Keluarga warga kerja SKTT pada bulan September bertempat di sekitar kawasan tasik Beris.

Lain-lain aktiviti yang dirancang ialah menambah bilangan garaj kereta dan program kerohanian untuk para staf. Badan juga akan menjelaskan yuran PSKPPK seperti yang diusulkan oleh ahli dalam mesyuarat agung.

Berdasarkan laporan Bendahari, kewangan badan berada dalam keadaan mantap.

 

Setiausaha

Jumaat, Mac 04, 2011

Lawatan Penanda Aras

Julung-julung kalinya, semua guru dan kakitangan SK Teloi Timur mengadakan lawatan penanda aras. Rombongan turut disertai YDP PIBG SKTT, En. Shamsol Muin dan pengusaha kantin SKTT, En. Norhisham. Lokasi lawatan ini ialah SK Sultan Ahmad Tajudin, Jitra yang menjadi sekolah rendah pertama dipilih sebagai Sekolah Breprestasi Tinggi (SBT). Di sana kami telah diberi taklimat tentang strategi-strategi serta kejayaan-kejayaan yang pernah dicapai oleh SK Sultan Ahmad Tajuddin. Selesai taklimat kami dibawa melawat kawasan sekolah dan berakhir dengan jamuan tengahari.

03032011110

03032011111

03032011112

03032011113

03032011114

PIC_2746

PIC_2748

PIC_2750

03032011115

03032011116

03032011117

03032011118

03032011119

03032011120

03032011121

03032011122

03032011123

03032011124

03032011125

03032011127

Pihak Badan Kebajikan Guru dan Staf SK Teloi Timur mengucapkan jutaan terima kasih di atas layanan yang diberi sepanjang rombongan kami berada di sana.

Rabu, Mac 02, 2011

AJK Tambahan

Satu mesyuarat khas AJK Badan Kebajikan Guru dan Staf SK Teloi Timur sesi 2011 telah diadakan pagi tadi bagi melantik AJK tambahan. Persetujuan menyerahkan perlantikan AJK tambahan oleh Pengerusi telah diputuskan dalam Mesyuarat Agung yang lalu. Berikut adalah AJK yang dilantik dalam mesyuarat tersebut:

En. Yahaya

En. Ahmad Rashidi

En. Roslan

Pn. Syafinah

Pn. Zunaidah

Pn. Nirmala

Pn. Azizah

En. Mohd Nabil

Mesyuarat juga memutuskan Mesyuarat AJK Kali Pertama 2011 akan diadakan pada minggu hadapan.

 

Setiausaha