Kenali Kami

Foto saya
Kuala Ketil, Kedah, Malaysia
Guru-guru dan kakitangan Sekolah Kebangsaan Teloi Timur, 09300, Kuala Ketil Kedah.

EXCO BKGSSKTT 2011

EXCO BKGSSKTT 2011

Pengerusi
: Mohammad Pisol bin Aziz

Naib Pengerusi : Za'im bin Omar

Setiausaha : Azrin bin Abdullah

Penolong Setiausaha : Mohd Nabil bin Othman

Bendahari : Sharifudin bin Ismail

AJK :

Yahaya bin Ismail
Ahmad Rashidi bin Jalil
Roslan bin Md. Ali
Nirmala a/p Sivanadam
Zunaidah binti Husain
Syafinah binti Mohd Saad
Azizah binti Mansor


Pemeriksa Kira-kira

Rohani binti Mat Saleh

Fauziah binti Saad

Sabtu, Mei 02, 2009

Maksud hari di sisi Allah

Allah berfirman yang bermaksud, "Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam tempoh enam hari ......" (al-A'raf:ayat54).

Tidak dapat diragukan lagi, bahawa maksud sebenar 'enam hari' seperti yang dijelaskan dalam ayat 54 surah al-A'raf itu tidaklah sama seperti enam hari yang dilalui manusia di bumi ini. Lalu apakah maksud sebenarnya?

Kemungkinan maksud enam hari itu ialah enam kali atau enam putaran falak. Mungkin juga ia membawa maksud waktu atau masa tetapi tidak diketahui batasannya.

Dalam struktur tatabahasa bahasa Arab, maksud "hari" (ayyam) ialah "waktu" yang terjadi, di dalamnya ada pengaruh masalah-masalah yang mengikuti hari-hari kita yang tidak berdasarkan sekadar terbit atau terbenamnya matahari.

Di dalam kitab suci al-Quran disebutkan juga satu hari di sisi Allah sama dengan seribu tahun bagi kita seperti yang difirmankan Allah dalam surah al-Hajj ayat ke-47 yang bermaksud, ".... sesungguhnya sehari di sisi Tuhanmu adalah sebanding dengan seribu tahun dari tahun-tahun yang kamu hitung.

Disebutkan juga dalam al-Quran bahawa sehari pada hari kiamat sama 50 ribu tahun di dunia. Allah berfirman yang bermaksud, "...pada hari itu (Kiamat), sehari sama dengan 50 ribu tahun"(al-Ma'aarij: ayat 4).

Dua contoh ayat di atas menunjukkan perbezaan tempoh hari di sisi Allah dengan masa yang kita lalui. Sedang hikmah di sebalik penciptaan langit dan bumi yang memakan masa enam hari hanya Allah yang mengetahuinya. Hakikatnya Allah juga mempunyai kekuasaan untuk mencipta semua makhluk di alam ini lebih cepat dari kedipan mata.


:: rujukan Ustad A: Buku Fatawa Qharadhawi

Tiada ulasan: