Kenali Kami

Foto saya
Kuala Ketil, Kedah, Malaysia
Guru-guru dan kakitangan Sekolah Kebangsaan Teloi Timur, 09300, Kuala Ketil Kedah.

EXCO BKGSSKTT 2011

EXCO BKGSSKTT 2011

Pengerusi
: Mohammad Pisol bin Aziz

Naib Pengerusi : Za'im bin Omar

Setiausaha : Azrin bin Abdullah

Penolong Setiausaha : Mohd Nabil bin Othman

Bendahari : Sharifudin bin Ismail

AJK :

Yahaya bin Ismail
Ahmad Rashidi bin Jalil
Roslan bin Md. Ali
Nirmala a/p Sivanadam
Zunaidah binti Husain
Syafinah binti Mohd Saad
Azizah binti Mansor


Pemeriksa Kira-kira

Rohani binti Mat Saleh

Fauziah binti Saad

Khamis, Februari 28, 2008

Lawatan Datuk Seri Najib ke Felda Teloi Timur



Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib melawat Felda Teloi Timur untuk merasmikan dewan orang ramai dan berkempen sempena pilihanraya. Serampang dua mata. Ambil kesempatan la tu. Sambutan dari warga Felda Teloi Timur serta penyambut-penyambut yang diimport dari seluruh rancangan felda di negeri Kedah menambah lagi kemeriahan. SKTT turut menerima tempiasnya apabila helikopter yang dinaiki beliau dan rombongannya yang turut disertai Angkasawan Pertama Negara Dr. Syeikh Muszafar melakukan pendaratan di padang sekolah SKTT. Halaman SKTT dibanjiri orang ramai untuk melihat sendiri secara dekat pemimpin yang mereka kasihi ( dan helikopter yang mereka ternanti-nanti ). Sebaik saja Datuk Najib dibawa dengan kereta ke dewan tersebut, orang ramai berpusu-pusu ……………. mengerumuni helikopter.

Walaubagaimanapun, sebahagian besar warga SKTT berasa sangat kecewa kerana Datuk Seri tidak singgah terlebih dahulu untuk menyemak fail-fail panitia, HEM dan koko serta melawat kelas-kelas yang telah diceriakan. Sehari sebelumnya, semua guru dan kakitangan telah bertungkus lumus mengemaskini fail dan dan keceriaan kelas atas arahan Guru Besar. Para pekerja sekolah tidak ketinggalan membantu menambah keceriaan sekolah dengan memotong rumput yang telah sedia pendek pada jam 2 petang. Itupun atas arahan Guru Besar. Jadi, di atas sikap kurang prihatin Datuk Najib, warga sekolah rasa TERSANGATLAH KECEWANYA. Apa salahnya singgahlah sekejap, setidak-tidaknya masuk buang air dalam tandas guru lelaki.

Walaupun begitu, ia sedikit pun tidak menghilangkan sokongan kami kepada Datuk Najib. Lebih-lebih lagi bagi rakan kami yang rumahnya didatangi Sheikh Muszafar. Tahniah En. Rashidi.

Ustad A menulis.......
p/s minta tolong Mr. E masukkan gambar-gambar liputan.

Tiada ulasan: