Kenali Kami

Foto saya
Kuala Ketil, Kedah, Malaysia
Guru-guru dan kakitangan Sekolah Kebangsaan Teloi Timur, 09300, Kuala Ketil Kedah.

EXCO BKGSSKTT 2011

EXCO BKGSSKTT 2011

Pengerusi
: Mohammad Pisol bin Aziz

Naib Pengerusi : Za'im bin Omar

Setiausaha : Azrin bin Abdullah

Penolong Setiausaha : Mohd Nabil bin Othman

Bendahari : Sharifudin bin Ismail

AJK :

Yahaya bin Ismail
Ahmad Rashidi bin Jalil
Roslan bin Md. Ali
Nirmala a/p Sivanadam
Zunaidah binti Husain
Syafinah binti Mohd Saad
Azizah binti Mansor


Pemeriksa Kira-kira

Rohani binti Mat Saleh

Fauziah binti Saad

Khamis, Februari 14, 2008

Respon Ucapan Guru Besar

Badan Kebajikan Guru dan Staf Sekolah Kebangsaan Teloi Timur ingin melahirkan rasa dukacitanya di atas kenyataan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Teloi Timur yang dilihat sebagai mempertikaikan kewibaan Ahli Jawatankuasa yang dipilih oleh ahli. Kenyataan yang dianggapnya sebagai teguran dan tidak bersedia pula menerima respons dari pihak AJK badan dilihat sebagai tindakan tidak bertanggungjawab yang berselindung di sebalik kuasa seorang Guru Besar. Ia juga dilihat sebagai satu percubaan mengganggu perjalanan pengurusan badan oleh AJK yang dilantik secara sah. Agak malang ketika badan sedang giat merancang dan mengadakan aktiviti, pihak yang sepatutnya memberi sokongan tidak berbelah bagi sebaliknya mempertikaikan kewajaran sesuatu aktiviti itu dibuat. Pihak yang sama pula tidak pernah membangkitkan soal perjalanan badan sewaktu badan seakan lesu dan tidak bermaya malahan mati tanpa sebarang aktiviti. Adakah ini boleh dikatakan sikap mengambil berat pihak pentadbiran.

Selain itu, pihak badan turut membangkitkan kewajaran GB membuat teguran secara terbuka di dalam mesyuarat guru di hadapan semua ahli. Adakah beliau juga suka atau bersedia ditegur oleh pihak PPD atau JPN Kedah di hadapan semua guru bawahannya. Lihat saja apa yang berlaku dalam kes Pn. Gokilam. Beliau juga tidak senang apabila pihak atasan menegurnya dan melepaskan pula kekesalannya di atas tindakan Pn. Gokilam. Ada teman guru yang mendengar sendiri percakapan beliau dengan Pn. Gokilam, "Cikgu sukalah selepas memalukan saya". Itu kata beliau! Kita tertanya bagaimana seorang yang tidak boleh ditegur ( itu pun dalam perbualan telefon) tetapi bersikap bongkak menunjukkan kuasanya ketika membuat teguran terhadap orang lain.

Dalam hal ini , bukankah lebih manis pihak pentadbir memanggil sendiri AJK badan untuk berbincang mencari penyelesaian yang baik. Di samping AJK juga ada rasional untuk mempertahankan tindakan yang dibuat. Pihak AJK tidak bermasalah untuk menerima cadangan asalkan diberi ruang untuk menyatakan pandangan. Bukan seperti apa yang berlaku dalam perjumpaan guru tadi. Sudahlah dibuat secara terbuka, AJK langsung tidak berpeluang untuk bersuara. Ini tindakan seorang PENGECUT. Sekali lagi diulangi PENGECUT! Adakah sudah rasa tergugat atau takutkan bayang sendiri? Perlu diingat BKGSSKTT bukan pembangkang tetapi NGO di sekolah. Jelas pihak pentadbiran tidak memahami situasi ini lantas ada percubaan membayangi setiap perancangan yang dibuat. Sedang mereka sendiri tidak mampu menjaga kebajikan guru, tiba-tiba mahu menyibuk dengan arahan-arahan yang menggelikan hati.

Walaubagaimanapun AJK badan masih lagi bersikap waras untuk mengucapkan terima kasih kerana membenarkan kawasan tempat letak kereta sebagai kawasan bebas. Sebenarnya pihak AJK badan tidak pernah membelakangi Guru Besar sebaliknya bersikap proaktif di atas tujuan menjaga kebajikan guru dan membantu menceriakan kawasan sekolah. Itupun pernah dipandang serong oleh Pn. Penolong Kanan 1.

Sekali lagi BKGSSKTT mengucapkan terima kasih. Ini merupakan kejayaan kita walaupun tiada siapa yang mengiktirafnya. Bukan bermaksud meninggi diri, sekadar menunjukkan BKGSSKTT masih berfungsi dan relevan kepada semua ahli.

S/U

1 ulasan:

Badan Kebajikan Guru dan Staf SKTT berkata...

sesetengah org mmg tak suka kalau dia rasa ada pihak lain (especially org bawahan)cuba overshadow dia. sebenarnya penambahbaikkan sesuatu organisasi terletak kepada semua orang. waktu saya kerja dgn private sector dulu, every employee are free to suggest apa yg terlintas di kepala hotak masing-masing siap ada brainstorming session lagi! tapi dlm government sector ni pelik pulak. lagi tak jadi boss, tak boleh bagi idea. tu yg everytime tukar boss, maka tukarlah semua benda HATTA cat bangunan sekalipun ditukar. langsung tak ada kesinambungan. benda ni dah jadi macam wabak yg berjangkit ke hampir semua organisasi macam FAM, BAM, KOAM, PPD, JPN, parti-parti politik serta sesetengah NGO. diharam Majlis Tertinggi BKGSSKTT tidak 'crack under pressure' dan dapat mengubah senario ini sedikit sebanyak walaupun mungkin hanya sepenggal sahaja menerajui BKGSSKTT (tidak dipilih lagi sebab banyak idea & aktiviti).