Kenali Kami

Foto saya
Kuala Ketil, Kedah, Malaysia
Guru-guru dan kakitangan Sekolah Kebangsaan Teloi Timur, 09300, Kuala Ketil Kedah.

EXCO BKGSSKTT 2011

EXCO BKGSSKTT 2011

Pengerusi
: Mohammad Pisol bin Aziz

Naib Pengerusi : Za'im bin Omar

Setiausaha : Azrin bin Abdullah

Penolong Setiausaha : Mohd Nabil bin Othman

Bendahari : Sharifudin bin Ismail

AJK :

Yahaya bin Ismail
Ahmad Rashidi bin Jalil
Roslan bin Md. Ali
Nirmala a/p Sivanadam
Zunaidah binti Husain
Syafinah binti Mohd Saad
Azizah binti Mansor


Pemeriksa Kira-kira

Rohani binti Mat Saleh

Fauziah binti Saad

Jumaat, Februari 15, 2008

Padah Menanggung Silap Orang

Olahraga MSSK (R) Zon Kuala Ketil berlangsung kelmarin. Ia berakhir kira-kira jam 5.30 petang pada hari yang sama. Menang atau kalah adat pertandingan. Semua pihak menerima keputusan dengan hati yang terbuka. Keceriaan yang ditunjukkan oleh setiap kem menutup wajah-wajah letih seharian di tengah padang.

Walaubagaimanapun, sedikit kesilapan agak menganggu keceriaan kem SKTT walaupun tidak ada bantahan yang dibuat secara rasmi. Ia sebagai menghormati perasaan rakan-rakan yang terlibat sebagai hakim dan pegawai kejohanan. Mereka juga letih. Tetapi adalah diharapkan ia menjadi pengajaran untuk kejohanan-kejohanan akan datang. Penulis merasa terpanggil untuk berkongsi cerita di blog ini tentang insiden yang berlaku sebagai lanjutan dari tazkirah seawal tadi.

Peristiwa 1:

Ketika berlangsungnya acara 200M, telah berlaku kesilapan di tempat permulaan. Wakil SKTT yang menghuni lorong pertama diletakkan hampir 20M di belakang pelari di lorong-lorong lain. Bayangkan beliau yang menjadi pelari pilihan sudah tentu gagal menghambat pelari lain walaupun telah mencuba sedaya upaya. Itupun berjaya mendapat tempat ketiga. Kesilapan itu juga menyebabkan kem SKTT kehilangan pingat emas yang sepatutnya dalam genggaman. Kehilangan pingat emas itu juga menyebabkan SKTT gagal muncul juara dalam temasya kali ini. Hanya mendapat 3 pingat emas berbanding 4 pingat emas yang dimiliki sang juara keseluruhan. Aduh! Peritnya menanggung salah orang.

Peristiwa 2

Ketika berlangsungnya acara penyampaian hadiah, SKTT diumukan sebagai juara keseluruhan. Sedangkan di kem SKTT sudah maklum pungutan 3 pingat emas tidak memungkinkan untuk bergelar pemenang keseluruhan. Sebaik diumumkan sebagai juara, atlit-atlit yang terdiri dari murid-murid yang belum dapat membaca situasi menjerit keriangan. Pegawai dan pengiring dari SKTT cuba berlagak tenang kerana menyedari ia adalah satu kesilapan. Lantas bantahan dikemukakan oleh pihak yang sepatutnya diumumkan juara. Secara senyap-senyap tetapi terbuka, piala yang sudah berada dalam genggaman ditarik semula ke podium. Lalu pengumuman kedua dibuat. Sekolah lain diumumkan selaku juara. Sesama atlit ejekan dihamburkan. Aduh! Malunya menanggung salah orang.

SKTT tetap pulang ceria. Walaupun beberapa acara sasaran terlepas, namun ada juga pingat yang diperolehi secara tidak disangka walaupun bukan emas. Kelemahan akan dibaiki. SKTT akan kembali ke gelanggang dengan lebih garang. Sampai berjumpa lagi dalam temasya akan datang.

Ustad A menulis........

2 ulasan:

Badan Kebajikan Guru dan Staf SKTT berkata...

PADAH BUAT KERJA "MELEPAS BATOK DI TANGGA"
Atas rasa terkilan yang amat sangat kawan terpanggil untuk memberi respon atas tulisan ustaz A.Bedasarkan pengalaman, yang kerja-kerja yang sebegini telah menjadi amalan kita semua sejak bertahun-tahun tanpa rasa malu dan bersalah.Untuk rekod ... 1.Semasa kejohanan Daerah yang berlangsung di SMK Siong...Peluru yang digunakan untuk acara Lontar Peluru( Rendah )sama saiz dengan Peluru "budak sekolah menengah".Apa yang lebih mendukacitakan yang pakai "Kepala Rimau Tua" ada bersama.Nampak sangat sikap sambil lewa mereka kerana kejohanan budak-budak sekolah rendah ini tidak "glamer" dan tidak berprestej.Tidak ada sebarang tindakan diambil...

2.Dalam kejohanan peringkat Zon yang berlangsung di SMK Kuala Ketil pada tahun 2006(kalau tidak silap) ...dalam acara saringan perserta yang mendapat tempat pertama sekalipun tidak layak ke final!Keputusan yang sama juga dibuat mereka yang ada "Kepala Rimau"!!Penjaga masa juga diberi kepada mereka yang baru pertama kali melihat "Stop Watch"(tidak semua).Akibatnya masa yang dicatat pemenang tempat kedua lebih baik daripada tempat pertama.Lepas tuu main pakai edit sendiri!!Pada kejohanan yang sama juga berlaku kekeliruan dalam pengiraan mata ...akibatnya Johan keseluruhan tidak berani diumumkan.

3.Lebih memalukan pada tahun 2007 ditempat yang sama dalam acara 4X100m(kalau tidak silap)peserta dilepaskan tanpa baton....(dosa besar dalam acara ini)

Kesimpulannya...memanglah kita tidak sunyi daripada melakukan kesalahan.Tetapi tanpa "post mortem" penyakit ini telah melarat.
Pada mereka yang bertanggungjawab...kalau nak buat kejohanan buatlah betul-betul.Jangan aniaya budak-budak.Ikutlah pertaran yang telah ditetapkan.Kalau sekadar nak buat pemilihan ke Peringkat Daerah tak payah buat buang duit dan masa buat kejohanan.Sekolah boleh hantar saja senarai nama dan masa/jarak yang dicatat.Cikgu-cikgu boleh teruskan p/p di sekolah.Telah lama "Kejohanan Berkudis" ini mengganggu Pelajaran
murid.

Cetusan rasa..MR Chon.

Pang5 berkata...

Agak-agaknya kalau ada la post mortem tu, boleh tercatat dalam Hari Ini Dalam Sejarah kot.
Sapa yang tak sakit hati, bebudak bagi tau depa kena ejek. Bukan salah depa pun. Patutnya semua atlit hari tu booo yang ada di pentas tu. Silap tu dari depa.