Tak kisahlah! Saguhati ka, honorarium ka, bonus ka, itu hanya istilah. Yang penting RM2000. Itu harapan semua kakitangan kerajaan yang telah dicetuskan dalam Konvensyen Cuepacs September lalu dan cadangan tersebut dikemukakan kepada YAB Perdana Menteri. PM khabarnya membayangkan persetujuan tersebut lalu meminta supaya Cuepacs mengadakan perbincangan dengan Ketua Setiusaha Negara.
Tetapi kenyataan KSN dalam `Bicarawara: Bersama Ketua Setiausaha Negara’ yang disiarkan secara langsung di RTM1, semalam sangat mengecewakan. 'Segan' (malu lah tu.... orang Kedah kata 'segan' tu malas) nak berbincang katanya. Kita menjangkakan selama ini permohonan Cuepacs sudah berada ditahap terakhir perbincangan antara KSN dengan PM. Apatah lagi suasana hangat menjelang pilihanraya seakan membuka ruang kepada semua kakitangan kerajaan untuk menikmati saguhati tersebut. Harapan kita selepas KSN menerima permohonan Cuepacs tersebut, KSN akan mengambil peluang daripada bahang pilihanraya yang semakin hangat ini untuk mendapatkan perhatian PM. Orang kampung pun tahu peluang ini. Alamak! Baik sangatlah KSN kita ni.
Agaknya ada peluangkah kita nak merasa? Kalau sampai hari ini belum ada perbincangan lagi. Kita bukannya apa, saguhati boleh lah tampung sikit-sikit perbelanjaan yang semakin meningkat. Seperti kata Presiden Cuepacs, kenaikan pendapatan daripada pelarasan gaji pada Julai lalu sudah dihakis oleh kenaikan harga barang.
Ada teman-teman yang menunggu saguhati untuk membeli baju batik baru. KSN juga yang arahkan supaya baju batik dipakai pada setiap hari Khamis. Batik Malaysia pulak. Mahal tu. Habis tu takkan nak pakai baju yang sama setiap minggu. Jadi bila difikir-fikir, saguhati tersebut memang penting untuk menjaga dan mengekalkan keterampilan dan 'kemachoan' pada setiap hari Khamis.
Akhir kata....... tunggu sajalah.
Ustad A menulis
2 ulasan:
semua pihak yg berkaitan pakat main tarik tali. yg naya kita jugak. mula-mula tu ghairah gak nak ambik tau pasal benda2 nih tapi dah nampak macam kita ni jadi peminta sedekah lah pulak. untung batu timbul....
nak kata tak harap pun, harap jugak. kalau dah rezeki tu ..... tak ke mana kut. emmm susah mau cakap. Sapa yang bertanggungjawab ni. CUEPACS kata dia dah mintak. PM pula kata ok, bincang ngan KSN. KSN kata dia segan. Org Kedah kata 'segan' tu malas. ishhh... takkan KSN malas kut.
Catat Ulasan