Manusia selalu melakukan kesilapan. Manusia bersifat lemah. Manusia tidak boleh lari dari melakukan kesilapan. Itu memang tidak dinafikan. Hakikatnya kejadian manusia telah dipakejkan oleh Allah dengan kesilapan. Secara sedar atau tidak acapkali juga kenyataan tersebut menjadi hujah bela diri paling ampuh. Namun begitu agama tetap mewajibkan kepada pelakunya untuk menuntut kemaafan atas setiap kesalahan yang dilakukan. Seandainya kesilapan itu antara hamba dengan penciptanya (Allah), taubat sebagai jalan penyelesaiannya. Tetapi jika kesilapan tersebut melibatkan sesama manusia, bersedialah untuk memohon maaf. Hanya pemilik jiwa besar saja yang sanggup melafazkan kepada orang yang dianiayainya. Manakala bagi yang teraniaya pula adalah sangat digalakkan untuk menerima permohonan maaf tersebut. Memang sukar untuk mempraktiknya sama ada memohon atau menerima maaf lantaran jiwa dan hati yang semakin jauh dari Yang Maha Pengampun lagi Maha Pengasih. Justeru rawatlah hati dengan memperbanyakkan zikir dan doa apatah lagi pada hari yang menjadi penghulu bagi segala hari, Jumaat.
Wahai hamba-hamba Allah aku berpesan pada diriku dan diri kamu sekaliannya, bertaqwalah kepada Allah dengan melakukan apa yang diperintahkan dan meninggalkan apa yang ditegahnya.
Ustad A menulis..........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan