Kenali Kami

Foto saya
Kuala Ketil, Kedah, Malaysia
Guru-guru dan kakitangan Sekolah Kebangsaan Teloi Timur, 09300, Kuala Ketil Kedah.

EXCO BKGSSKTT 2011

EXCO BKGSSKTT 2011

Pengerusi
: Mohammad Pisol bin Aziz

Naib Pengerusi : Za'im bin Omar

Setiausaha : Azrin bin Abdullah

Penolong Setiausaha : Mohd Nabil bin Othman

Bendahari : Sharifudin bin Ismail

AJK :

Yahaya bin Ismail
Ahmad Rashidi bin Jalil
Roslan bin Md. Ali
Nirmala a/p Sivanadam
Zunaidah binti Husain
Syafinah binti Mohd Saad
Azizah binti Mansor


Pemeriksa Kira-kira

Rohani binti Mat Saleh

Fauziah binti Saad

Khamis, Februari 14, 2008

BIAR MATI ANAK.......

Kejadian berlaku pada Jumaat (1 Feb 2008) di car park Shah Alam Mall.


Kelihatan lebih kurang 50 orang manusia sedang mengerumuni sebuah BMW. Kelihatan di sebelah BMW seorang perempuan sedang menangis...alahai kesiannya...

Wife aku mendekati kumpulan orang ramai dan mendapati ada seorang budak lelaki berumur 1 tahun sedang menangis meronta-ronta dalam car seat kat belakang (dalam BMW tu).

Perempuan yang menangis di tepi kereta adalah mak budak tu. Depa laki bini terkunci anak dalam kereta rupanya ....

Terdengar orang sekeliling sedang memarahi perempuan tu...

Pompuan A:
umpil aje la pintu kereta ni

Mak Budak tu:
tak boleh ...(sambil menangis)...nanti suami saya on the way balik ambil kunci spare...

Pompuan C:
Isk tengok tu, sengsaranya baby tu menangis, u sanggup biar anak u mati ke?

Mak budak tu:
(sambil menangis)...nanti suami saya marah...

Pakcik B:
isk kalau saya punya anak, kalau tertinggal kunci, saya takkan patah balik rumah, saya pecahkan aje cermin kereta ni...

Pakcik C:
"Mana bapaknya???"

Mak Budak tu:
"Dia balik Meru ambil kunci"

Semua orang:
"Apa! Meru!!!"

Suasana menjadi kelam kabut sebab orang ramai menjerit-jerit memaksa untuk pecahkan cermin kereta tu. suasana gamat macam perhimpunan haram...

Tapi mak budak tu tak berani buat keputusan. Dia asyik kata..."saya takut suami saya marah" "Tunggu suami saya datang"...

Tetiba ade sorang akak tampil dan jerit: pegi ambil kapak, pecahkan cermin kereta ni... biar saya yang jawab dengan suami awak. Awak tak sayang nyawa anak ke?

Sambil beberapa orang pergi mencari tools utk pecahkan cermin keta, beberapa orang pengawal keselamatan sibuk ambil beberapa baldi air dan menyiram kereta BMW tu kerana kasihankan anak yang sedang kepanasan dan kelemasan dalam kereta tu...

Seorang mekanik cina dari bengkel berdekatan dipanggil untuk umpil pintu. Cina mekanik memberi komen " aiya ini keleta tak boleh umpil, kena kasik picah cermin juga baru boleh masuk!"

Tak lama kemudian seorang mamat tiba dengan kapak keselamatan, maka dikapak cermin tepi sebelah pemandu...praannng....!!!! Selesai masalah...

Tak lama selepas itu baby tersebut berjaya dikeluarkan...kesian baby tu..berpeluh-peluh dengan kulit pun pucat dah naik biru....

Seorang lagi lelaki menjerit "biar saya periksa dia.... saya doktor". Si doktor mendukung bayi dan bergegas ke Darul Ehsan Medical Centre (DEMC) untuk memeriksa bayi tu...

Sehingga bayi tersebut dibawa ke DEMC...bapak dia masih tak muncul-muncul ...ye la Meru tu kan jauh.... mungkin bapak dia singgah makan sate kambing dulu...

*p.s.- ada sesiapa yg boleh sahkan cerita ini?????

Tiada ulasan: