Letih sungguh petang kelmarin. Selepas olahraga selesai, hantar budak ke sekolah terus balik rumah. Kerana terlalu letih agaknya, masih sempat terpejam ketika menunggu waktu solat maghrib. Lepas makan dan solat isyak mata dah pedih. Tapi masih berhajat nak mengkomen sedikit tentang kejadian semasa berlangsungnya olahraga. Aduh! Modem pula buat hal. Tak mahu menyala. Mata pula mengantuk. Setelah beberapa kali mencuba, tak boleh juga. Lalu keputusan yang tepat yang harus diambil ialah menutup komputer dan masuk bilik. TIDUR.
Bangun pagi tadi, modem masih berkeadaan seperti semalam. Terpaksa diganti dengan modem yang lama. Tak wireless la pulak. Modem wireless akan dihantar ke kedai. Masih ada tempoh warranty. Ada sedikit ruang untuk menulis. Sementara dapat pula jemputan bersarapan di rumah bonda. Kena pergi dulu.
Apa pun kejadian semalam akan tetap diulas. Insya Allah. Tungguuuu.........
Ustad A menulis.
2 ulasan:
modem wireless mmg akan berkeadaan mcm tu sebab configuration dia dah lari setting. configuration boleh dibuat sendiri. lain kali bila jadi mcm ni, ambik HTC, call mr. maintainance SKTT. boleh buat on-call consultation.
MR.E
dah ok. gempaq dia nak bawa pi kedai. sampai kedai, belum bukak lagi. nasib baik. sampai di rumah try bukak, boleh pulak. esok ntah macamana pulak. jangan nanti sekejap ada sekejap tak ada.
Catat Ulasan