Kenali Kami

Foto saya
Kuala Ketil, Kedah, Malaysia
Guru-guru dan kakitangan Sekolah Kebangsaan Teloi Timur, 09300, Kuala Ketil Kedah.

EXCO BKGSSKTT 2011

EXCO BKGSSKTT 2011

Pengerusi
: Mohammad Pisol bin Aziz

Naib Pengerusi : Za'im bin Omar

Setiausaha : Azrin bin Abdullah

Penolong Setiausaha : Mohd Nabil bin Othman

Bendahari : Sharifudin bin Ismail

AJK :

Yahaya bin Ismail
Ahmad Rashidi bin Jalil
Roslan bin Md. Ali
Nirmala a/p Sivanadam
Zunaidah binti Husain
Syafinah binti Mohd Saad
Azizah binti Mansor


Pemeriksa Kira-kira

Rohani binti Mat Saleh

Fauziah binti Saad

Isnin, Oktober 27, 2008

Mengajar Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris

1. Saya mengaku bertanggungjawab berkenaan mengajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Kerana itu ramai yang menuduh saya tidak bersemangat kebangsaan Melayu, tidak utamakan bahasa saya.

2. Izinkan saya membuat sedikit penjelasan sebelum saya dihukum.

3. Pendapat saya ialah mereka yang bersemangat kebangsaan Melayu tidak harus utamakan hanya penguasaan bahasa ibunda sahaja tetapi juga melihat bangsanya bediri sama tinggi, duduk sama rendah dengan bangsa-bangsa yang maju di dunia. Hanya dengan fasih bertutur kata dalam bahasa sendiri dengan ilmu pengetahuan yang cetek tidak akan menjadi bangsa kita mulia dan mampu bersaing dengan jayanya dengan bangsa-bangsa maju dan dianggap setaraf dengan mereka.

4. Kita diberitahu Nabi bersabda "Tuntutlah ilmu hingga ke negeri China". Apakah dapat orang Arab tuntut ilmu orang Cina tanpa mempelajari bahasa Cina, lisan dan tulisan, terlebih dahulu?

5. Kita juga tahu orang Arab telah menguasai ilmu Sains, Matematik dan falsafah yang diterokai oleh orang Yunani (Greek) dan menterjemahkan ilmu-ilmu ini ke dalam bahasa Arab sebelum kaji selidik dilakukan untuk memperluaskan ilmu-ilmu ini.

6. Semasa bangsa-bangsa yang beragama Islam iaitu Arab, Turki, Uzbek dan lain-lain berjaya bangunkan tamadun Islam yang gemilang, bangsa-bangsa Eropah berada "di zaman gelap", zaman mereka tidak berilmu dan percaya kepada kuasa-kuasa ghaib terhadap segala kejadian alam.

7. Pada abad ke-15 Masehi, orang Eropah yang berkurun-kurun kagum dengan tamadun orang Islam mula sedar akan ilmu pengetahuan dalam bidang sains, perubatan, matematik, astronomi yang dimiliki orang yang berbahasa Arab serta sumbangan ilmu-ilmu ini kepada tamadun gemilang Islam. Paderi-paderi Kristian Eropah belajar bahasa Arab untuk mendapat akses kepada ilmu-ilmu yang berada dalam kutub-khanah milik Arab dan orang Islam lain.

8. Mereka mempelajari semua ilmu-ilmu ini dalam bahasa Arab dan menterjemahkan kedalam bahasa Latin, dan kemudian kepada bahasa-bahasa Eropah. Kemudian mereka pula membuat kajian dan memperluaskan semua ilmu-ilmu ini. Maka terdirilah tamadun Eropah yang terus maju hingga ke zaman sekarang.

9. Yang jelas daripada sejarah ialah penguasaan ilmu yang ada pada bangsa lain bermula dengan penguasaan bahasa bangsa-bangsa ini.

10. Apakah kita tidak mungkin mengadakan segelintir daripada orang Melayu mempelajari bahasa ilmu di zaman ini, iaitu bahasa Inggeris supaya mereka dapat menterjemahkan ilmu-ilmu ini kepada bahasa Melayu. Dengan itu orang Melayu lain boleh kuasai ilmu-ilmu ini dalam bahasa Melayu, tanpa mempelajari bahasa Inggeris.

11. Malangnya keadaan sekarang tidak seperti abad ke-15 dan sebelumnya. Ilmu di zaman dahulu terhad, dan tidak bertambah dengan pesat.

12. Di zaman ini ilmu Sains dan Matematik yang amat penting untuk membangun dan memajukan masyarakat manusia, kembang dan bertambah dengan pesatnya. Tiap hari, tiap bulan dan tiap tahun ilmu baru yang diperbaharui sepanjang masa, diperkenalkan oleh para saintis dan pengkajiselidik kepada masyarakat dunia. Ilmu matematik terutama algorizmi dan perhitungan yang kompleks digunakan untuk mengetahui apa hasil jangka panjang daripada sesuatu teori dan untuk menentukan gerakan bintang di langit supaya kapal angkasa dapat menemui sasaran setelah berjalan berbulan-bulan.

13. Dimasa yang sama banyak ilmu baru diperkenalkan yang berasas kepada kuasa elektrik, gerakan atom, sains halus atau nano science, asas-asas fisiologi kehidupan tumbuh-tumbuhan dan makhluk Allah dan berbagai-bagai lagi.

14. Hakikatnya ialah jumlah ilmu baru dan kepantasan perkembangannya tidak dapat dikejar oleh penterjemah Melayu yang sedikit yang ada. Harus diingat untuk menterjemah tiap ilmu khusus dalam bidang Sains memerlukan bukan sahaja kefasihan dalam bahasa Melayu dan Inggeris, tetapi juga kepakaran dalam ilmu berkenaan. Kita tidak punyai dengan mencukupi orang yang berkebolehan seperti ini. Jika ada beberapa kerat orang seperti ini mereka tidak mungkin sanggup bekerja sebagai penterjemah seumur hidup mereka.

15. Sebaliknya jika kita belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris kita akan dapat akses secara langsung sendiri semua ilmu yang diterokai dan dibukukan dalam bahasa Inggeris tanpa menunggu pengalih bahasa kita. Tiap-tiap tajuk yang terkini dan yang lama terbuka untuk kita menguasainya. Dengan itu kita tidak akan ketinggalan daripada segi ilmu pengetahuan berbanding dengan bangsa yang maju.

16. Sesungguhnya agama kita menuntut supaya kita kuasai ilmu-ilmu ini. Sebagai orang Islam kita perlu bersedia untuk mempertahankan umat Islam. Di zaman dahulu kuda perang, pemanah, pedang dan tombak memadai untuk pertahanan.

17. Di zaman ini kita perlu kereta perisai, meriam dan roket, pesawat pejuang dan pengebom, kapal perang dan kapal selam. Kita tak mungkin cipta dan bina semua ini tanpa ilmu sains dan matematik. Kita boleh beli daripada orang lain tetapi ini bermakna kita letak diri kita di bawah cengkaman mereka.

18. Jika kita ingin amal ajaran Al-Quran berkenaan dengan keperluan pertahanan bagi umat Islam maka penguasaan ilmu sains dan matematik perlu menjadi sebahagian daripada fardhu kifayah bagi kita. Ia bukan ilmu sekular seperti diperkata sesetengah orang. Ia adalah sesuatu yang diwajib keatas diri kita.

19. Jika kita abaikan ilmu ini semata-mata kerana kita lebih utamakan bahasa kita, dan dengan itu kita jadi bangsa yang kolot dan lemah, dan dihina oleh orang, kita tidak boleh dakwa yang kita adalah pejuang bangsa dan agama. Orang yang rela bangsanya dihina tidak faham akan makna nasionalisme yang sebenar atau tanggungjawab orang Islam terhadap agama mereka.

20. Bagi saya pejuang bangsa yang betul-betul bersemangat perlu bermatlamat untuk menjadikan bangsanya bermaruah, dihormati oleh semua bangsa lain dan berkebolehan bersaing dalam apa juga bidang dengan kemungkinan berjaya.

21. Pemimpin dan pejuang yang hanya ingin disukai ramai dan kerana itu sanggup membiar bangsanya menjadi kolot dan hina, bukanlah pemimpin yang sayang bangsanya. Mereka hanyalah oportunis yang sanggup gadai bangsa sendiri asalkan mereka dapat kekalkan kedudukan mereka. Mereka ini bukan nasionalis dalam erti kata sebenar.

22. Bahasa jiwa bangsa. Tetapi ilmu menentukan keselamatan dan maruah bangsa.

dipetik dr www.chedet.com

MR E - tak larat nak komen dah isu ni...

Isnin, Oktober 20, 2008

5 petua mendatangi isteri dari belakang

1. sekiranya isteri manja, geleteklah dia "he, kuci kuci kuci"

2. sekiranya isteri garang, maka sebutlah "sorry darling, i balik lewat"

3. sekiranya isteri suka surprise, maka sebutlah "surprise!, abang dah balik"

4. sekiranya isteri lemah semangat, maka sebutlah "assalamualaikum sayang, abang dah balik " agar dia tidak terkejut

5. sekiranya isteri sedang memasak, maka sebutlah "masak apa tu darling"

MR E - HA HA HA !!! jangan fikir yg bukan-bukan

SELOKA : HOBI MELAYU

Terkenal dengan budaya malas dan lesu
Berlepak buang masa tak jemu-jemu
Atau baca majalah Mastika, Metro pasal cerita hantu
Tengok telenovela dari Filipina dan Peru
Berpusu-pusu pergi tengok pamiran hantu
Sambil makan junk food, kuaci dan muruku
Sibuk bercerita tentang Datuk K dapat bini baru
Apa pakaian Siti nak pakai itu yang nak tahu
Mana tak gendut berpenyakit selalu
Kalau nak berlagak melayu masih nombor satu
Asal bergaya sanggup makan nasi dan toyu

Boleh tak jumpa mereka di kedai buku
Atau di perpustakaan dan majlis ilmu
Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu
Ada tapi kurang sangat mereka di situ
Kenapa melayu jadi begitu
Nak salahkan siapa ibubapa atau guru
Pemimpin negara atau raja dulu-dulu
Ayat lazim di mulut ialah Melayu malas selalu
Nak harap Kerajaan saja membantu
Terutama sekali kontraktor kelas satu
Tak habis-habis gaduh nak jatuh siapa dulu
pasal jambatan senggek atau siapa dia penghulu
Dan suka sanggat dengan budaya ampu mengampu

Sampai bila kita nak tunggu
Bangsa Melayu jadi bangsa yang maju
BOleh! dengan beberapa syarat tertentu
Pertama dengan banyak menguasai ilmu
Kata nabi ikutlah Quran dan sunnah ku
AlQuran yang diturunkan 1400 tahun dahulu
tapi apa yang kita tahu, cuma baca bila nak halau hantu

MR E - sapa makan cili.....

11 tips agar tidak bosan dalam lift

1. Ketika anda hanya berdua dengan orang tak dikenali, cuit bahunya!
Kemudian anda pura-pura melihat ke tempat lain..

2. Buat muka menyeringai kesakitan sambil pegang kepala anda dan menjerit "Diam, semuanya diam!".

3. Bawalah kamera dan ambillah gambar semua orang yang ada di dalam lif.

4. Pindahkan meja kerja anda ke dalam lif. Jika ada yang masuk, tanyakan apakah mereka sudah membuat appoinment?

5. Letakkan sebuah bungkusan di sudut lif, jika ada yang masuk, tanyakan apakah mereka mendengar bunyi tik... tik... tik...

6. Anda pura-pura jadi pramugari! Tunjukkan prosedur keselamatan penerbangan seperti di dalam kapalterbang.

7. Ketika pintu menutup, beri pengumuman kepada semua orang. "Bertenang, jangan panik, jap lagi die bukak balik!".

8. Bukalah beg tangan anda, sambil melihat ke dalam beg tangan, tanyalah "Oksigen cukup tak kat situ?"

9. Diam dan jangan bergerak sama sekali di sudut lif, menghadap dinding, jangan sesekali keluar.

10. Dengarkan suara di dinding lift dengan stetoskop.

11. Buatlah garis di lantai sekeliling anda menggunakan kapur, lalu beritahu "Ini adalah area SAYA"

MR E - menarik, satu pendekatan baru untuk ke Hospital Bahagia / Permai

Ahad, Oktober 19, 2008

Khamis, Oktober 16, 2008

Pantang Maut...


berpantang maut sebelum ajal...ungkapat tersebut mmg dah cukup tua kita dengar, dr kecik smpai besar/tua...banyak kejadian telah membenarkan ungkapan ini...gambar berikut adalah yg terbaru yg Mr E terima (walaupun tarikh dah lama)..sama-samalah kita ambil ikhtibar drnya..

MR E - Bang, sakit tak? - sejenis soalan bodoh yg biasa ditanya...

Selasa, Oktober 14, 2008

Aktiviti Syawal

Syawal kini menganjak ke pertengahannya. Masih berbaki dua minggu. Biar apa pun kata orang mengenai sambutan hari raya, Ustad A berlapang dada untuk bersama meraikan Syawal selama sebulan. Maklumlah, dalam masa sehari ( 1 Syawal ) mana cukup untuk menziarahi sanak saudara dan teman-teman. Walaupun aktiviti ziarah tidak terhad pada hari raya semata-mata, tetapi mengambil kira budaya dan adat masyarakat kita selagi tidak bertentangan dengan syarak, Syawal dijadikan bulan ziarah dan menyambung silaturrahim.

Masih kedapatan juga pihak yang menganjurkan rumah terbuka dan jamuan hari raya. Jumaat ini surau kawasan perumahan Ustad A mengadakan jamuan hari raya. Program yang bermula pagi dengan bergotong royong mencapai kemuncaknya dengan jamuan selepas solat Jumaat. Di samping itu Ustad A juga ada jemputan ke rumah terbuka Ustazah Zunaidah pada waktu yang sama. Insya Allah, Ustad A akan berusaha menghadirinya.

Selain itu, sebagai peringatan bagi yang masih belum berpuasa sunat Syawal, masa masih panjang. Berusahalah untuk mendapatkan ganjaran besar yang dijanjikan Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam. Enam hari sahaja dalam sebulan, takkan tak boleh kut! Lagi pun bukanlah disyaratkan supaya dilakukan secara berturut-turut. Sama ada dilakukan berturut-turut atau berselang seli, dikerjakan pada awal Syawal atau pertengahan Syawal atau akhir Syawal ganjarannya tetap sama. Asalkan ikhlas dan sembunyikan dari pengetahuan orang lain.

Di kala ini masih terbayang meriahnya Ramadan. Berpuasa, berkunjung ke bazar Ramadan, iftar bersama keluarga dan masyarakat, berterawih dan bertilawah. Tidak lupa, bergelut dengan mengantuk untuk bangun bersahur. Masakan nikmat seumpama ini diperolehi pada bulan-bulan lain.

Pengalaman Ustad A beraya di Sarawak dulu. Orang kat sana pakai baju raya sebulan. Berapa pasang agaknya baju raya depa?

Rabu, Oktober 08, 2008

GEMPAR!!! HANTU RAYA DI SK TELOI TIMUR....

Sebenarnya susah MR E nak percayakan hantu..setahu MR E mana ada hantu yg bunuh orang, orang bunuh orang ada la. Seumur hidup MR E yg masih remaja ni pun tak pernah sekalipun jumpak hantu-hantu ni TETAPI satu peristiwa yg berlaku telah mengubah segala-galanya......

Pada pagi yg hening itu, Selasa 7 Oktober 2008 kira-kira jam 0730, MR E seperti biasa memandu dgn agak laju untuk ke sekolah..Bukan sengaja nak lambat tapi biasalah pengurusan anak-anak ni kadangkala berlaku perkara di luar jangkaan..sometimes I wonder mcm mana MR CHON boleh manage askar-askar dia yg 7 org tu....HEHEHEHE jangan marah...

Ok, sambung balik cerita tadi. masa MR E tgh speeding tu, MR E terserempaklah dgn sebuah kereta nasional yg agak perlahan. MR E tak sempat memotong kereta tersebut kerana kereta tersebut pun membelok masuk dalam kawasan sekolah. Ketika kereta tersebut sedang terkial-kial untuk masuk ke parking, MR E pun terus berhenti di sebelah pejabat lalu MR E dgn fizikal yg kuat dan kecergasan yg tinggi berlari naik ke pejabat di aras satu untuk seret kad kedatangan, maklumlah dah lewat.......dan JENG JENG JENG...

Alangkah terkejut beruknya MR E apabila mendapati gambar hamba Allah yg MR E potong di bawah tadi telah tertera di skrin komputer pejabat...BAGAIMANA SEORANG YG SEKALI GANDA UMURNYA BERBANDING MR E BOLEH DENGAN SEKELIP MATA MUNCUL DI PEJABAT, SERET KAD DAN BERADA DI BAWAH SEMULA???????? LU PIKIRLAH SENDIRI, NABIL....

ZAINAL MISTERI NUSANTARA - 'jangan biarkan hidup anda diselubungi MISTERI'

Selasa, Oktober 07, 2008

Hari Guru mungkin disambut 2 kali setahun

KUALA TERENGGANU 6 Okt. – Warga pendidik mungkin menyambut Hari Guru dua kali dalam setahun jika sambutan peringkat dunia turut diraikan di negara ini.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail berkata, Hari Guru Sedunia diisytiharkan pada setiap 5 November manakala sambutan peringkat kebangsaan ialah pada 16 Mei.

Katanya, tarikh sambutan Hari Guru Sedunia itu diisytiharkan oleh Pertubuhan Pendidikan Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

‘‘Sehingga kini beberapa kesatuan guru seperti Majlis Guru Besar dan Persatuan Guru Siswazah membincangkan cadangan itu.

‘‘Kementerian pula tidak mempunyai masalah untuk menerima cadangan itu jika ia memberi kesan yang positif kepada guru,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas program motivasi kepada 314 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman di sini, yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), November ini.

Katanya, dengan mengadakan dua sambutan perayaan tersebut membuktikan pengorbanan dan jasa guru dihargai bukan sahaja di peringkat kebangsaan, tetapi juga di peringkat global.

M N O- jenuh budak-budak nak beli hadiah...

JAMUAN HARI RAYA SKTT

mai jangan tak mai,makan la apa yang ada,esok SKTT akan mengadakan satu majlis jamuan hari raya secara grand gitu,semua pakat dok kalut buat persiapan,dengar kata ada yang pi beli baju baru nak pakai esok,amboi nak melaram sakan la tu.kalut sungguh depa sampai pakat dok usung daun palas p merata,baguih sungguh depa,pakat-pakat jamu selera la no..

M N O-nak tengok cikgu halim pakai sampin esok...........

RUMAH TERBUKA GURU SKTT

Selamat menjamu selera,Terima kasih la kepada ustazah wan kerana sudi menjemput semua guru ke kuartersnya kelmarin,makan laksa lagi,tapi dengar-dengar ramai gak cikgu yang puasa.tak dapat le nak merasa laksa special ustazah wan.nampaknya kena buat sekali lagi le.hai jiran-jiran terdekat bila pulak nak buat.........cikgu-cikgu semua dok tunggu rumah terbuka ustazah fitriah,mesti sesak kalau buat.

M N O -tunggu cikgu shidi buat rumah terbuka.....

Isnin, Oktober 06, 2008

Tahniah rezeki raya untuk Cikgu Zikri

Alhamdulillhah,nampaknya ketibaan Syawal kali ini memberi penuh keriangan buat cikgu zikri kita,apa tidaknya belum saja habis bergembira menyambut ketibaan syawal mulia,beliau menerima satu lagi khabar gembira,beliau baru saja menerima cahaya mata,hero pulak tu,lepas ni cikgu zikri makin bersemangat le,tahniah dari kami warga sktt.

U M N bertambah lagi keluarga.......

Budaya sukan di sekolah gagal?



PENCAPAIAN satu pingat perak oleh kontinjen negara pada Sukan Olimpik XXIX di Beijing, China, yang berakhir 24 Ogos lalu dianggap tidak memadai.

Walaupun ada pihak menganggapnya satu kejayaan, peminat sukan tempatan perlu kritis dan melihat prestasi itu sebagai tidak mencapai tahap yang diharapkan oleh semua pencinta sukan di seluruh negara.

Tanggapan itu disandarkan kepada 'laungan' pengurusan kontinjen negara kononnya kita mampu pulang dengan lebih daripada satu pingat dan emas bukan perkara mustahil.

Bagaimanapun hakikatnya pencapaian kontinjen negara pada temasya itu tidak lebih daripada 'indah khabar daripada rupa.'

Pencapaian bukan setakat tersasar daripada landasan memungut pingat yang lebih berkilau warnanya malah berada di tangga ke-73 keseluruhan.

Di kalangan negara Asia, kontinjen negara jauh ketinggalan kepada China yang bergelar juara dengan pungutan pingat yang terbesar 51 emas, 21 perak dan 28 gangsa.

Untuk menyedihkan lagi, kontinjen negara turut ketinggalan berbanding Korea Selatan yang berada di tangga ketujuh, Jepun (kelapan), dan Kazakhstan (ke-28).

Di peringkat negara serantau, memang kontinjen negara 'dimalukan' Thailand yang berada di tangga ke-31 dengan dua emas dan dua perak dan Indonesia (ke-42) dengan satu emas, satu perak dan tiga gangsa.

Biarpun diberikan senarai prospek penyumbang pingat, akhirnya hanya jaguh badminton, Datuk Lee Chong Wei naik ke pentas sebagai penerima pingat.

Dia hanya mampu menerima pingat perak setelah dibenamkan jaguh China, Lin Dan 12-21 dan 8-21 dalam pertarungan berat sebelah.

Sandaran yang diletakkan kepada trio memanah yang terdiri daripada Wan Khalmizan Abd. Aziz, Cheng Chu Sian, dan Muhd. Marbawi Sulaiman pula musnah.


BAKAT perlu dikembangkan sejak dari peringkat akar umbi.


Kurang bertanding di peringkat antarabangsa dan tidak mampu mengawal tekanan pada penghujung saingan dijadikan alasan kegagalan.

Pasukan lumba basikal antaranya yang membabitkan Josiah Ng, Azizulhasni Awang, Rizal Tisin dan Edrus Yunus turut pulang dengan hampa.

Pencapaian terbaik skuad lumba basikal ialah tempat kelapan dan dan itulah juga pencapaian atlet angkat berat, Amirul Hamizan Ibrahim.

Dalam acara lain seperti renang, olahraga, perahu layar, dan terjun, kontinjen negara tidak mampu memberi saingan yang bermakna kepada atlet negara lain.

Perbandingan antara atlet negara dengan atlet negara lain perlu dibuat dalam konteks temasya besar seperti Sukan Olimpik.

Apa yang telah dicapai sepatutnya membuka mata untuk bertindak lebih tersusun dalam membangunkan budaya sukan di kalangan rakyat.

Banyak kelemahan dapat dilihat jika menyorot bentuk budaya bersukan di kalangan masyarakat khususnya di peringkat sekolah.

Antara kelemahan itu ialah kegiatan sukan berlangsung secara bermusim dan hanya membabitkan kelompok pelajar yang tertentu yang dianggap 'atlet sekolah' sahaja.

Jika pada satu tempoh itu berlangsung dua kejohanan, contohnya bola sepak dan hoki maka berlaku perebutan pemain untuk dua acara itu di kalangan jurulatih.

Jarang jurulatih cuba membentuk pelajar yang kurang terdedah dengan sesuatu jenis permainan walaupun mungkin mereka mempunyai bakat terpendam.

Mereka mengambil jalan pintas dengan memilih pelajar yang menonjol hingga akhirnya seseorang pelajar itu terpaksa bermain daripada satu jenis sukan.

Keadaan ini tidak baik kepada pemain tersebut kerana keletihan akibat terlalu banyak beraksi dalam acara sukan yang berbeza.

Mereka juga tidak dapat beraksi dengan cemerlang kerana fokus terhadap sesuatu jenis permainan menjadi tidak mantap.

Mampukah negara melahirkan pemain bertaraf dunia jika mereka tidak dapat memberi fokus kepada sesi latihan terutama yang berkaitan dengan kemahiran taktik?

Latihan sesuatu jenis permainan pula berlangsung dalam tempoh yang singkat dan dibuat seolah-olah melepaskan batuk di tangga.

Ada sesetengah jurulatih hanya mengumpul dan melatih pasukannya dalam tempoh tiga hari sebelum beraksi dalam sesuatu kejohanan.

Selepas selesai sesuatu kejohanan dan ditakdirkan kalah, maka latihan seterusnya pula akan dibuat pada tahun berikutnya dengan cara dan kaedah yang sama.

Lebih mengejutkan, ada jurulatih langsung tidak mengadakan sesi latihan bahkan memilih pelajar yang biasa bersukan untuk mewakili sesuatu permainan.

Seorang guru di sebuah sekolah mendedahkan, ada guru lain mahu pemain pasukan bola sepak yang sedang dilatihnya untuk bertanding dalam kejohanan bola baling.

Sudah tentu penyertaan pelajar dalam kejohanan bola baling itu satu pembaziran dan merugikan banyak perkara.

Mereka bukan sahaja akan pulang dengan tangan kosong, malah tidak akan berjaya memupuk kemahiran untuk pergi lebih jauh dalam permainan itu.

Sepatutnya, pasukan itu lama berlatih sebelum sesuatu kejohanan, malah jika diteliti budaya bersukan di negara lain, pemain dibentuk sejak zaman kanak-kanak.

Langkah guru bola baling itu menampakkan dia terlalu ambil mudah dan tidak bersedia bekerja keras sedikit untuk memupuk bakat pelajar secara tersusun.


BRYAN NICKSON LOMAS hanya mampu menumpukan kepada satu acara sejak di bangku sekolah.


Jika guru itu lebih bertanggungjawab mungkin dia dapat mengesan pelajar lain yang lebih berbakat dan membawanya ke peringkat lebih tinggi.

Hal itu mungkin berlaku disebabkan guru itu ketiadaan motivasi, tidak berpengetahuan dalam sesuatu jenis permainan dan lebih parah, tidak cuba belajar.

Guru sebegini kerap menganggap apa-apa tugasan kepada mereka sebagai suatu perkara yang membuang masa dan menyulitkan.

Kemungkinan lain ialah wujud situasi komunikasi atau hubungan yang tidak mesra antara guru tersebut dengan pihak sekolah.

Jika andaian ini benar, kemungkinannya cuma dua iaitu mungkin guru itu sendiri bermasalah atau pihak pentadbir terlalu ego.

Dari sudut yang lain pula, kebanyakan guru sukan tidak memiliki kelulusan dalam bidang berkaitan apatah lagi sijil kejurulatihan peringkat tinggi.

Mereka hanya jurulatih yang dipilih secara tangkap muat oleh pentadbir tanpa memikirkan mampu atau tidak mereka laksanakan tanggungjawab itu.

Guru berkenaan pula tidak mengambil inisiatif mengundang jurulatih luar seperti bekas pemain daerah atau negeri membimbing pasukannya.

Pelajar hanya 'berlatih sendiri' dan sedangkan guru hanya duduk di tepi padang dengan pakaian formal seperti ketika mengajar di bilik darjah.

Ada juga pentadbir tidak membenarkan guru mendalami ilmu pengurusan dan kejurulatihan anjuran pihak lain dengan alasan takut kelas kosong.

Mereka beranggapan, tugas utama guru berada di bilik darjah pada hal sudah jelas Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) turut mengutamakan aspek lain termasuk jasmani.

Turut menghalang negara cemerlang dalam bidang sukan ialah sikap pentadbir yang terlalu berkira membenarkan guru membuat tuntutan tugas luar daerah.

Pelbagai halangan dibuat antaranya mengehadkan jarak membuat tuntutan perjalanan, tidak membenarkan tuntutan makan minum dan dan tidak membayar kos penginapan.

Dalam banyak keadaan tidak ada 'duit minyak' diberi kepada guru walaupun mereka menghabiskan ratusan ringgit membawa pelajar bertanding.

Perkara ini lebih parah jika guru yang komited dalam bidang sukan berhadapan dengan pengetua perempuan yang terlalu prejudis dan sukar diajak berbincang.

Sikap tidak profesional itu turut membabitkan pengetua lelaki, bahkan Kosmo! pernah menerima aduan guru bahawa ketuanya meminta dia tidak aktif bersukan.

Pengetua itu dikatakan tidak senang dengan kecenderungan gurunya bersukan walaupun pasukan yang diwakili guru itu pasukan negerinya.

Pada masa yang sama, sesetengah pentadbir sekolah cuma memilih permainan tertentu dan tidak cuba mempopularkan sukan atau permainan lain.

Sebarang usaha guru untuk mempopularkan sesuatu jenis permainan yang tidak selari ketetapan pihak pentadbir tidak akan dilayan.

Alasan ketiadaan dana untuk melaksanakan kegiatan yang tidak digemari pentadbir sering terjadi dan ini membunuh prospek serta minat terhadap kemajuan sukan.

Sesuatu jenis permainan itu biarpun disenaraikan sebagai sukan pilihan, tidak dilaksanakan sepanjang tahun atas pelbagai alasan.

Biasanya, kegiatan bersukan dilangsungkan setakat pertengahan tahun itu pun lama, malah di sesetengah sekolah kegiatan itu hanya dibenarkan setakat bulan Mac.

Pihak pentadbir memberi alasan bahawa tumpuan terhadap kurikulum khususnya peperiksaan lebih penting dan menjamin masa depan pelajar.

Dalam erti kata lain, sukan langsung tiada jaminan masa depan malah membuang masa pelajar berbanding lulus peperiksaan.

Pernah berlaku pertelingkahan di kalangan pentadbir sekolah mengenai perkara ini hingga meletakkan pelajar berada dalam keadaan tersepit.

Dalam kes ini, Guru Penolong Kanan (GPK) Pentadbiran tidak memberi laluan kepada GPK Kokurikulum menganjurkan permainan selepas bulan Jun.

Insiden ini menunjukkan bahawa usaha menjadikan sukan sebagai satu budaya di sesebuah sekolah mempunyai jalan yang sangat berliku.

Hal ini ditambah oleh sikap terlalu terikat dengan yang dirangka pihak yang lebih atas terutama Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) atau Jabatan Pelajaran Negeri (JPN).

Pentadbir sekolah 'gerun' untuk meneruskan kegiatan sukan pada penggal kedua kerana kononnya pelajar tidak akan ke mana walaupun cemerlang dalam bidang sukan.

Pelajar yang tinggal di asrama pula jarang digalakkan menganjurkan pertandingan sukan, sebaliknya mereka 'dipaksa' cemerlang dalam bidang akademik.

Mereka terpaksa berwatak 'ayam daging' yang hanya bergerak dalam dunia yang sempit dan penuh dengan buku pelajaran.

Kini, memang sukar melihat pelajar berpakat menganjurkan kejohanan sukan antara kelas, sebaliknya setiap hari mereka disogokkan dengan kepentingan akademik.

Akhirnya pelajar membesar dan bukan saja dalam keadaan tidak aktif dan tidak mahir bersukan, bahkan langsung tidak berminat dengan bidang itu.

Jika masyarakat negara ini dibentuk melalui persekitaran itu apakah kita berhak mengutuk pencapaian atlet dalam sesuatu temasya peringkat dunia?

Jawapannya tentulah tidak. Cendekiawan pernah berkata, apa yang kita tanam hari ini itulah yang yang akan kita tuai esok hari.

Jadi, ketika kita meletakkan sukan di penjuru kehidupan, kita jangan bercakap soal kecemerlangan apatah lagi membandingkan atlet kita dengan atlet negara lain.

Jika kita ingin mengatasi China, Jepun, dan negara-negara barat maka kita perlu mengubah budaya kita dalam bersukan.

DI PETIK DARI KOSMO AHAD 5 OKTOBER 2008

MR E - OI! PARA GB DAN PENGETUA! BACALAH! JGN BUAT PEKAK SAJA..TAK TAULAH KALAU MMG PEKAK..MAKLUMLAH.......

Rabu, Oktober 01, 2008

SALAM DARI KUALA....

Dengan rendah diri berbesar hati, MR E mengucapkan salam aidilfitri kepada semua warga SKTT, pengunjung blog serta semua umat Islam sempena hari yg mulia ini...kepada yg drive long distance mahupun short distance tu...PANDU CERMAT JIWA SELAMAT...jumpa lg mggu depan....

MR E - sembahyang raya di kuala ketil sahaja...