Kenali Kami

Foto saya
Kuala Ketil, Kedah, Malaysia
Guru-guru dan kakitangan Sekolah Kebangsaan Teloi Timur, 09300, Kuala Ketil Kedah.

EXCO BKGSSKTT 2011

EXCO BKGSSKTT 2011

Pengerusi
: Mohammad Pisol bin Aziz

Naib Pengerusi : Za'im bin Omar

Setiausaha : Azrin bin Abdullah

Penolong Setiausaha : Mohd Nabil bin Othman

Bendahari : Sharifudin bin Ismail

AJK :

Yahaya bin Ismail
Ahmad Rashidi bin Jalil
Roslan bin Md. Ali
Nirmala a/p Sivanadam
Zunaidah binti Husain
Syafinah binti Mohd Saad
Azizah binti Mansor


Pemeriksa Kira-kira

Rohani binti Mat Saleh

Fauziah binti Saad

Khamis, Februari 28, 2008

SEKITAR GAMBAR LAWATAN DATUK SERI NAJIB 6.....(GAMBAR-GAMBAR LAIN)




kelas 6A sahaja yg sempat mengambil gambar bersama heli. kelas lain tak sempat sebab hujan semakin lebat disusuli angin kencang yg berbahaya kepada bot-bot kecil....

SEKITAR GAMBAR LAWATAN DATUK SERI NAJIB 5.....(GAMBAR-GAMBAR LAIN)





SEKITAR GAMBAR LAWATAN DATUK SERI NAJIB 4.....






Angkasawan Negara Dr. SMS pun tiba dgn heli terakhir. kelihatan sambutan diberikan oleh ????.. tuan rumahnya mana???? oh ya! siapa CIKGU ??? bukan ada kepentingan pun. tapi sekurang-kurangnya biarlah org. no 1 kita, Pn. Guru Besar turut serta dalam sambutan ini, bukannya luak apa pun... Eh! sekolah terbakar ka? pasal apa ada bomba???

SEKITAR GAMBAR LAWATAN DATUK SERI NAJIB 3.....




helikopter yg membawa Datuk Seri Najib, Datuk Seri Mahdzir Khalid dll landing di 'airport' SKTT.

SEKITAR GAMBAR LAWATAN DATUK SERI NAJIB 2.....




helikopter 'BLUE THUNDER' tiba dengan misi menerbangkan bendera parti pihak lawan yg digantung berhampiran pagar sekolah.

SEKITAR GAMBAR LAWATAN DATUK SERI NAJIB.....






helikopter 'recce' sedang meninjau keadaan keselamatan...

Lawatan Datuk Seri Najib ke Felda Teloi Timur



Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib melawat Felda Teloi Timur untuk merasmikan dewan orang ramai dan berkempen sempena pilihanraya. Serampang dua mata. Ambil kesempatan la tu. Sambutan dari warga Felda Teloi Timur serta penyambut-penyambut yang diimport dari seluruh rancangan felda di negeri Kedah menambah lagi kemeriahan. SKTT turut menerima tempiasnya apabila helikopter yang dinaiki beliau dan rombongannya yang turut disertai Angkasawan Pertama Negara Dr. Syeikh Muszafar melakukan pendaratan di padang sekolah SKTT. Halaman SKTT dibanjiri orang ramai untuk melihat sendiri secara dekat pemimpin yang mereka kasihi ( dan helikopter yang mereka ternanti-nanti ). Sebaik saja Datuk Najib dibawa dengan kereta ke dewan tersebut, orang ramai berpusu-pusu ……………. mengerumuni helikopter.

Walaubagaimanapun, sebahagian besar warga SKTT berasa sangat kecewa kerana Datuk Seri tidak singgah terlebih dahulu untuk menyemak fail-fail panitia, HEM dan koko serta melawat kelas-kelas yang telah diceriakan. Sehari sebelumnya, semua guru dan kakitangan telah bertungkus lumus mengemaskini fail dan dan keceriaan kelas atas arahan Guru Besar. Para pekerja sekolah tidak ketinggalan membantu menambah keceriaan sekolah dengan memotong rumput yang telah sedia pendek pada jam 2 petang. Itupun atas arahan Guru Besar. Jadi, di atas sikap kurang prihatin Datuk Najib, warga sekolah rasa TERSANGATLAH KECEWANYA. Apa salahnya singgahlah sekejap, setidak-tidaknya masuk buang air dalam tandas guru lelaki.

Walaupun begitu, ia sedikit pun tidak menghilangkan sokongan kami kepada Datuk Najib. Lebih-lebih lagi bagi rakan kami yang rumahnya didatangi Sheikh Muszafar. Tahniah En. Rashidi.

Ustad A menulis.......
p/s minta tolong Mr. E masukkan gambar-gambar liputan.

Sabtu, Februari 23, 2008

Sekadar Bermuhasabah Diri

Sekadar Muhasabah Diri
Iman : Assalamualaikum, bos
Diri : Waalaikumussalam wbt.lama tak nampak awak.Awak cuti ker?
Iman : Taklah, jabatan kami rasa tuan tak memerlukan kami lagi..
Diri : Laa..kenapa pulak awak cakap camtu? pentadbiran diri saya berterabur sekarang bila jabatan kau takde..
Iman : Takdelah, kami lihat banyak pekerja tambahan tuan ambil.VCD,SMS, TV..jadi kami rasa terpinggir
Diri : Entahlah, waktu cuti sebulan ni saya tak pernah menggaji mereka.Tapi mereka terlalu rajin buat kerja, bekerja tanpa gaji,tapi banyak gak duit saya habis...entah la
Iman : Tu sebab, kami agak rasa tuan memencilkan kami. Al Quran, Zikir, mathurat, solat Malam tak boleh bekerja dengan mereka..kami memang tak boleh bercampur dengan mereka..
Diri : Saya tak pernah minta kau bercuti
Iman : Bagaimana kami ingin bekerja sedangkan tuan sudah punya pekerja tambahan? Saya lihat mereka buat tuan gembira..
Diri : Argh, gembira apanya..Berterabur kerja kat pejabat tu!! Tolonglah, bekerjalah dengan saya kembali
Iman ; Kami sememangnya sudah berkhidmat dengan tuan dari tuan di dalam rahim ibu tuan lagi. Tapi, tuan kadang-kadang mengabaikan kami. Tuan sediakan makanan untuk bos pekerja tambahan, En Dosa, tapi kami, tuan tak sediakan makanan. Kebajikan kami tak terjaga...
Diri : Maafkan aku. kembalilah bekerja dengan saya. Saya janji kebajikan kamu semua saya jaga,En Iman.
Iman : Tuan boleh berjanji, tapi CEO kita akan memantau tuan, Dialah Allah.Tuan takkan tak takut menabur janji tapi melupakannya?
Diri : Janganlah menyalahkan saya.
Iman : Tuan perlu sedar, kami hanya bekerja di dalam syarikat yang bersih, dan amanah..Bukanlah saya nak memandang rendah pada jabatan baru En Dosa, tapi kami tidak suka cara mereka bekerja. mereka meminggirkan kami
Diri : Dah awak tak melawan?
Iman : Tuan, bagaimana kami ingin menang? Kami terlalu lemah, sedikit pula tu, kebajikan kami langsung tuan tak jaga..Sedangkan kami tidak pernah meminta gaji dari tuan.Cuma kami minta disediakan ruang yang bersih dan amanah untuk kami bekerja. salahkah kami meminta yg sedikit?
Diri : Mereka kadang-kadang lebih menggembirakan saya
Iman : Kalau begitu maafkan kami. Tak dapat rasanya kami bekerja untuk tuan lagi.Tuan perlu memberi kebajikan kepada mereka.Siapalah kami..
Diri : Ehh, jangan..Bekerjalah dengan saya
Iman : Buanglah pekerja itu..Mereka meminta-minta dari tuan.Tuan perlu berhabis jutaan ringgit untuk mereka. Sedangkan kami, percuma khidmat kami
Diri : Aduh, mereka pekerja yang menggembirakan saya.Memang kamu percuma, tapi kamu kadang-kadang bising, ini tak boleh, itu tak boleh..saya rimas
Iman : (senyum sinis)..Maafkan kami tuan..kami minta diri dulu..tak perlulah kami berkhidmat dengan tuan kalau begitu..Kalau tuan perlukan kami, kami sentiasa di sisi..Tuan jangan risau, kami maafkan tuan..
Diri : Jangan pergi..saya sanggup pecat En Dosa..dan ahli jawatankuasanya, vcd, majalah yang melalaikan, dan sbagainya
Iman : Tuan betul-betul sanggup?
Diri : Ya, saya kelam kabut sekarang..Tak tenang,management berterabur..
Iman : Alhamdulillah. .kami free of charge..Tuan takkan rugi, sebaliknya tuan beruntung besar..Silap hari bulan, CEO, Allah kita akan naikkan tuan ke pangkat yang lebih tinggi
Diri : Terima kasih..=) Panggillah ajk kamu bekerja semula. En Iman, saya akan jaga kebajikan kamu, panggillah En mathurat, En Zikir, En Solat,dan semua ahli jabatan kamu ya?
Iman : Alhamdulillah. Moga keuntungan tuan bergada-ganda tahun ini dan seterusnya
Diri : Terima kasih pegawai kewanganku

OneAskme...08

Khamis, Februari 21, 2008

Tarikh baru peperiksaan UPSR, PMR, SPM, SPMU dan STAM

PUTRAJAYA 21 Feb. – Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) menetapkan tarikh baru bagi peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) untuk tahun ini.

Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, anjakan tarikh baru ini ke penghujung tarikh cuti akhir tahun persekolahan mulai tahun ini bertujuan mengurangkan masalah ponteng sekolah pelajar selepas musim peperiksaan.
Bagi SMPU ialah pada 24 dan 25 Jun 2008, UPSR, 9, 10, 11 September 2008, PMR, 13, 14, 15 Oktober, 4 dan 5 November 2008, STAM 20, 21, 22, 28, 29 Oktober 2008, SPM, 12 Nov hingga 6 Disember 2008, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Hishammuddin, LPM telah membuat beberapa kajian dan perbincangan melibatkan beberapa pihak berkepentingan, termasuk mereka yang mengendalikan peperiksaan.

- Bernama

dipetik dari Utusan Online.

Rabu, Februari 20, 2008

Ruangan poll.

POLL! POLL! POLL!


Kepada ahli-ahli BKGSSKTT dan para pengunjung. Sila nyatakan pendapat anda tentang blog atau isu-isu yang dibawa dalam blog ini pada ruangan yang disediakan. Kepada pengunjung baru dicadangkan membaca terlebih dahulu semua entri sebelum memberi undi anda.

Terima kasih kerana meluangkan masa anda bersama kami.

S/U
Persatuan Bulan Sabit Merah Sek. Keb. Teloi Timur telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agungnya Bagi tahun 2008 pada petang tadi. Pada sesi pemilihan AJK yang dilantik adalah seperti berikut:


Pengerusi : Zulhilmi Adnan
Naib Pengerusi : Azrina binti Azrin
Setiausaha : Siti Radziah Md. Zen
Bendahari : Mohd Kairi bin Husain
AJK : Nurul Hasanah b. Ibrahim, Iqmal Hakim, Muhaimin Hakim, Nur Ardilah Zainun, Rafieqah Shahierah, Badrul Hisyam Syukri dan Mohd Syazwan.

Mesyuarat juga telah menerima cadangan aktiviti tahunan seperti perkhemahan, kawad kaki, memasak dan lain-lain. Mesyuarat berakhir tepat jam 5.00 petang.




Ustad A melaporkan...................
sebagai bukti buat kerja.
Unit beruniform lain tidak ada laporan? Atau memang tidak bekerja????

SALAM PERKENALAN

SEBELUM TU NAK UCAPKAN SELAMAT MENGUNDI . PILIHAN DITANGAN ANDA.
SEBELUM HARI MENGUNDI TEMAN DOK TUNGGU JUGA KOT DEPA NAK BAGI HONORARIUM. TEMAN NI BUKAN APA TENGAH SOSAK KEBELAKANGAN NI .HARAP DAN DOA TEMAN KITE SEMUA DAPAT SEBELUM 8.3. 08.

PAPAYA661

SERBUAN POLIS.....

pihak polis telah menyerbu rumah no. 126 lorong bidara 11, desa bidara pada petang tadi. menurut saksi, penyewa rumah tersebut dipercayai terlibat dalam rompakan van keselamatan di lebuhraya yg mengakibatkan kerugian lebih RM3j baru-baru ini....suspek telah ditangkap manakala polis masih memburu saki-baki mereka yg terlibat....

aku tak ada waktu serbuan itu so tak adalah screenshot. cilakak betul, berjiran dgn penjenayah rupanya aku selama ini.....

MR. E

Isnin, Februari 18, 2008

BENDERA OH BENDERA!!

Alkisah bermula bila kawan baru balik dari mendidik anak bangsa.Kawan tumpang seronok juga tengok bendera yang pelbagai warna.Terlintas juga dihati kawan nak ambil salah satu yang bersaiz agak besar sekadar menutup dari pusat hingga lutut kawan(buat kain basahan)kerana kawan minat sangat dengan warnanya.(itu saja layaknya).
Tiba-tiba saja kawan terus jadi marah!! Entah Khadam tua mana yang pie pacak bendera parti depan pintu masuk rumah kawan tanpa izin dalam tanah hak milik kawan yang sah.Kawan rasa macam nak bakar saja!!Mujur kawan teringat kata seorang sahabat. Jangan kita nak gaduh pasai bendera...bendera Malaysia berserabut pun buat tak kisah saja.Untuk rekod kawan tak pernah marah pasai bendera nie...lagi.Hanya sekali saja....itupun pasai anak murid kawan pacak bendera Malaysia atas tahi lembu!!(bendera kecik lepas sambut Merdeka)Lama dah....
Fikir punya fikir...kawan turunkan berdera tuu separuh tiang......Bila petang kawan tengok dah tak ada.Ingat kut bodoh...rupa-rupa cerdik juga ...faham juga Khadam-khadam tua nie!! Itu pun selepas makan kismis jampi ..Ini semua pasai nak sambut mantan ...yang datang 4 tahun sekali!!Alahai...apa nak jadi........

-Mr Chon-

Ahad, Februari 17, 2008

Untukmu Perempuan

Dan seorang perempuan itu
Tak perlu bagimu
Mengagumi kejaiban lain di dunia ini
Kerana
Keajaiban itu telah, sedang dan bakal berlaku
Dalam perutmu sendiri

-Mr.Chon

ME AND MY BOSS...

When I Take a long time to finish, I am slow,

When my boss takes a long time, she is thorough


When I don't do it, I am lazy,

When my boss does not do it, she is busy,


When I do something without being told, I am trying to be smart,

When my boss does the same, she takes the initiative,


When I please my boss, I am apple polishing,

When my boss pleases her boss, she is cooperating,


When I make a mistake, I' am an idiot.

When my boss makes a mistake, she's only human.


When I am out of the office, I am wondering around.

When my boss is out of the office, she's on business.


When I am on a day off sick, I am always sick.

When my boss is a day off sick, she must be very ill.


When I apply for leave, I must be going for an interview

When my boss applies for leave, it's because she's overworked


When I do good, my boss never remembers,

When I do wrong, she never forgets


MR. E

Pucuk pauh DELIMA BATU


Inikah yang dimaksudkan Mr. E ?

Ustad A bertanya.......

MAN vs WOMAN

Men vs. Women

What is the difference between men and women?


1. A successful man is one who makes more money than his wife can spend. A successful woman is one who can find such a man.

*******

2. Men wake up as good-looking as when they went to bed. Women somehow deteriorate during the night.

*******

3.
A man will pay $2 for a $1 item he wants. A woman will pay $1 for a $2 item that she doesn't want.

*******


4. A woman marries a man expecting he will change, but he doesn't. A man marries a woman expecting that she won't change, and she does.

*******

5. There are two times when a man doesn't understand a woman-
before and after marriage.

*******

6. A woman worries about the future until she gets a husband. A man never worries about the future until he gets a wife.

*******

7. To be happy with a man, you must understand him a lot and love him a little. To be happy with a woman, you must love her a lot and not try to understand her at all.

*******

8.
Any married man should forget his mistakes. There's no use in two people remembering the same thing!

*******

9.
A woman has the last word in any argument. Anything a man says after that is the beginning of a new argument.

*******

10. Women look at a wedding as the beginning of romance, while men look at a wedding as the ending of romance.


LAWAK ORG PUTIH...

Doctor Vs Engine Mechanic

A mechanic was removing the cylinder heads from the motor of a car when he spotted the famous heart surgeon in his shop, who was standing off to the side, waiting for the service manager to come to take a look at his car.


The mechanic shouted across the Garage,"Hello Doctor! Please come over here for a minute.


" The famous surgeon, a bit surprised, walked over to the mechanic. The mechanic straightened up, wiped his hands on a rag and asked argumentatively,


"So doctor, look at this. I also open hearts, take valves out, grind 'em, put in new parts, and when I finish this will work as a new one.


So how come you get the big money, when you and me is doing basically the same work? "


The doctor leaned over and whispered to the mechanic :


What did he say ??? Guess ......> ...

...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...


He said : "Try to do it when the engine is running
".




MR. E

PANTUN

Pucuk pauh DELIMA BATU,
Anak semilang di tapak tangan,
Sungguhpun jauh DELIMA BATU,
Cari tak dapat, pesan kat Cikgu Lan....

heh heh heh

MR. E

Just A Reminder...

Don't walk in front of me, I may not follow.
Don't walk behind me, I may not lead.
Just walk beside me and be my friend.

"People Will Forget What U Said
People Will Forget What U Did
But People Will Never Forget How U Made Them Feel "


'and that's the bottom line....cause stone cold said so...'

MR. E

Sabtu, Februari 16, 2008

PUISI

WARUNG KAMI

WARUNG KAMI
BELAKANG KANTIN SKTT
WALAU TANPA NEON WARNA-WARNI
TAPI CUKUP MEMPERSILAKAN.

SINGGAHLAH KE WARUNG KAMI
MINUMLAH SECAWAN KOPI
YANG MANISNYA BERGULAKAN REALITI

DATANGLAH KE WARUNG KAMI
JAMAHLAH SEKEPING ROTI
YANG BUKAN BERMENTEGAKAN MIMPI.

SINGGAHLAH...DATANGLAH..
BERSAMA MEMBUNUH REALITI
DENGAN SYURGA ILUSI

Jumaat, Februari 15, 2008

TAHNIAH!!!!

tahniah diucapkan kepada kontinjen olahraga SKTT 2008 di bawah kelolaan En. Mohd Pisol selaku Chef De Mission dan En. Ahmad Rashidi selaku Menteri Belia dan Sukan SKTT di atas kejayaan selaku naib johan zon kuala ketil. kejayaan ini amat besar ertinya kerana semangat juang yg tinggi yg telah diperlihatkan oleh guru-guru dan peserta-peserta yg terlibat secara langsung dan tidak langsung walaupun mendapat sokongan yg amat minima dr sesetengah pihak. AGI IDUP AGI NGELABAN !

nasib baik perjuangan ini bukan seperti perjuangan yg telah menumpahkan darah macam di alor setar tahun 2006 dulu.

MR. E

Padah Menanggung Silap Orang

Olahraga MSSK (R) Zon Kuala Ketil berlangsung kelmarin. Ia berakhir kira-kira jam 5.30 petang pada hari yang sama. Menang atau kalah adat pertandingan. Semua pihak menerima keputusan dengan hati yang terbuka. Keceriaan yang ditunjukkan oleh setiap kem menutup wajah-wajah letih seharian di tengah padang.

Walaubagaimanapun, sedikit kesilapan agak menganggu keceriaan kem SKTT walaupun tidak ada bantahan yang dibuat secara rasmi. Ia sebagai menghormati perasaan rakan-rakan yang terlibat sebagai hakim dan pegawai kejohanan. Mereka juga letih. Tetapi adalah diharapkan ia menjadi pengajaran untuk kejohanan-kejohanan akan datang. Penulis merasa terpanggil untuk berkongsi cerita di blog ini tentang insiden yang berlaku sebagai lanjutan dari tazkirah seawal tadi.

Peristiwa 1:

Ketika berlangsungnya acara 200M, telah berlaku kesilapan di tempat permulaan. Wakil SKTT yang menghuni lorong pertama diletakkan hampir 20M di belakang pelari di lorong-lorong lain. Bayangkan beliau yang menjadi pelari pilihan sudah tentu gagal menghambat pelari lain walaupun telah mencuba sedaya upaya. Itupun berjaya mendapat tempat ketiga. Kesilapan itu juga menyebabkan kem SKTT kehilangan pingat emas yang sepatutnya dalam genggaman. Kehilangan pingat emas itu juga menyebabkan SKTT gagal muncul juara dalam temasya kali ini. Hanya mendapat 3 pingat emas berbanding 4 pingat emas yang dimiliki sang juara keseluruhan. Aduh! Peritnya menanggung salah orang.

Peristiwa 2

Ketika berlangsungnya acara penyampaian hadiah, SKTT diumukan sebagai juara keseluruhan. Sedangkan di kem SKTT sudah maklum pungutan 3 pingat emas tidak memungkinkan untuk bergelar pemenang keseluruhan. Sebaik diumumkan sebagai juara, atlit-atlit yang terdiri dari murid-murid yang belum dapat membaca situasi menjerit keriangan. Pegawai dan pengiring dari SKTT cuba berlagak tenang kerana menyedari ia adalah satu kesilapan. Lantas bantahan dikemukakan oleh pihak yang sepatutnya diumumkan juara. Secara senyap-senyap tetapi terbuka, piala yang sudah berada dalam genggaman ditarik semula ke podium. Lalu pengumuman kedua dibuat. Sekolah lain diumumkan selaku juara. Sesama atlit ejekan dihamburkan. Aduh! Malunya menanggung salah orang.

SKTT tetap pulang ceria. Walaupun beberapa acara sasaran terlepas, namun ada juga pingat yang diperolehi secara tidak disangka walaupun bukan emas. Kelemahan akan dibaiki. SKTT akan kembali ke gelanggang dengan lebih garang. Sampai berjumpa lagi dalam temasya akan datang.

Ustad A menulis........

Tazkirah

Manusia selalu melakukan kesilapan. Manusia bersifat lemah. Manusia tidak boleh lari dari melakukan kesilapan. Itu memang tidak dinafikan. Hakikatnya kejadian manusia telah dipakejkan oleh Allah dengan kesilapan. Secara sedar atau tidak acapkali juga kenyataan tersebut menjadi hujah bela diri paling ampuh. Namun begitu agama tetap mewajibkan kepada pelakunya untuk menuntut kemaafan atas setiap kesalahan yang dilakukan. Seandainya kesilapan itu antara hamba dengan penciptanya (Allah), taubat sebagai jalan penyelesaiannya. Tetapi jika kesilapan tersebut melibatkan sesama manusia, bersedialah untuk memohon maaf. Hanya pemilik jiwa besar saja yang sanggup melafazkan kepada orang yang dianiayainya. Manakala bagi yang teraniaya pula adalah sangat digalakkan untuk menerima permohonan maaf tersebut. Memang sukar untuk mempraktiknya sama ada memohon atau menerima maaf lantaran jiwa dan hati yang semakin jauh dari Yang Maha Pengampun lagi Maha Pengasih. Justeru rawatlah hati dengan memperbanyakkan zikir dan doa apatah lagi pada hari yang menjadi penghulu bagi segala hari, Jumaat.

Wahai hamba-hamba Allah aku berpesan pada diriku dan diri kamu sekaliannya, bertaqwalah kepada Allah dengan melakukan apa yang diperintahkan dan meninggalkan apa yang ditegahnya.

Ustad A menulis..........

Antara Mengantuk dan Modem Wireless yang buat hal.....

Letih sungguh petang kelmarin. Selepas olahraga selesai, hantar budak ke sekolah terus balik rumah. Kerana terlalu letih agaknya, masih sempat terpejam ketika menunggu waktu solat maghrib. Lepas makan dan solat isyak mata dah pedih. Tapi masih berhajat nak mengkomen sedikit tentang kejadian semasa berlangsungnya olahraga. Aduh! Modem pula buat hal. Tak mahu menyala. Mata pula mengantuk. Setelah beberapa kali mencuba, tak boleh juga. Lalu keputusan yang tepat yang harus diambil ialah menutup komputer dan masuk bilik. TIDUR.

Bangun pagi tadi, modem masih berkeadaan seperti semalam. Terpaksa diganti dengan modem yang lama. Tak wireless la pulak. Modem wireless akan dihantar ke kedai. Masih ada tempoh warranty. Ada sedikit ruang untuk menulis. Sementara dapat pula jemputan bersarapan di rumah bonda. Kena pergi dulu.

Apa pun kejadian semalam akan tetap diulas. Insya Allah. Tungguuuu.........


Ustad A menulis.



Khamis, Februari 14, 2008

GERAMMM!!!

Sebenarnya ketam tidak pernah menyuruh anaknya berjalan betul.Bagi Sang Ketam itulah cara berjalan yang betul.Kita manusia pemimpin-peminpin yang sering menyuruh orang lain buat benda yang dia sendiri tak reti buat dan lebih malang tak pernah buat.Jangan guna lagi..."KETAM MENYURUH ANAKNYA BERJALAN BETUL".Siapa yang salah Sang Ketam atau Makhluk hipokrit ini....!Sedarlah...binatang pun tahu keupayaannya..SELAMAT MENGUNDI.

BAHAYA GULA

Gula dan Bahayanya


Apakah sebenarnya gula?

Gula adalah makanan tanpa khasiat yang paling banyak dimakan dan memudaratkan. Gula cuma menambah kalori dan akan disimpan sebagai lemak di dalam tubuh. Ia tidak langsung berzat malah akan menyingkirkan zat yang sedia ada dalam tubuh. Gula juga adalah penyebab utama kegemukkan!


Adakah badan kita perlukan gula?

Tidak perlu langsung! Ini kerana tubuh kita akan menukarkan banyak sumber makanan yang lain kepada glukosa apabila badan perlukan tenaga.


Apakah kesan jika ambil gula berlebihan?

1. Melemahkan sistem imunisasi (melawan penyakit)

2. Menganggu imbangan galian dalam tubuh

3. Menyebabkan kanak-kanak menjadi hiperaktif, gelisah dan nakal.

4. Menyebabkan kanak-kanak rasa mengantuk dan mengurangkan kecergasan

5. Menjejaskan pencapaian kanak-kanak dalam pelajaran

6. Meningkatkan paras trigliserid

7. Melemahkan daya tahan tubuh terhadap jangkitan bakteria

8. Merosakkan buah pinggang

9. Mengurangkan kolesterol yang baik (HDLs)

10. Mengalakkan pertumbuhan kolesterol bahaya (LDLs)

11. Mengurangkan kromium dalam badan

12. Mengurangkan kuprum dalam badan

13. Menganggu serapan kalsium dan magnesium oleh sistem badan

14. Menyebabkan kanser payu dara, kanser ovari, kanser prostat dan kanser dubur

15. Menyebabkan kanser kolon (usus besar) dan wanita amat berisiko tinggi

16. Faktor kepada kanser pundi hempedu

17. Meningkatkan pasar glukosa dalam darah dengan cepat

18. Melemahkan penglihatan

19. Meningkatkan paras serotonin yang menyempitkan pembuluh darah

20. Penyebab hipoglisemia

21. Penyebab perut berasid

22. Meningkatkan paras adrenalin dikalangan kanak-kanak

23. Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari

24. Mempercepat proses penuaan, kulit berkedut, uban pada rambut

25. Membawa kepada ketagihan alkohol

26. Merosakkan gigi

27. Penyumbang utama kegemukkan

28. Meningkatkan risiko penyakit Crohn dan kolitis berulser

29. Penyebab bengkak saluran usus dikalangan pesakit gastrik

30. Penyebab artritis

31. Penyebab lelah

32. Pembentukan batu dalam ginjal

33. Penyebab jangkitan yis atau kandidiasis

34. Penyebab pembentukan batu karang hempedu

35. Penyebab sakit jantung iskemik

36. Penyebab sakit apendiks

37. Meransang tanda-tanda multiple sclerosis

38. Penyebab pendarahan

39. Penyebab Vena Varikos

40. Meningkatkan tindak balas glukosa dan insulin kepada pengamal pil cegah hamil

41. Penyebab sakit gusi

42. Penyumbang kepada Osteoporosis

43. Penyebab air liur menjadi berasid

44. Penyebab kemerosotan sensitiviti Insulin

45. Penyebab kemerosotan toleransi Glukosa

46. Mengurangkan hormon tumbesaran

47. Meningkatkan kolesterol dalam badan

48. Meningkatkan tekanan darah sistolik

49. Menyebabkan struktur protein bertukar hingga menganggu serapan protein oleh tubuh

50. Penyebab alergi terhadap makanan

51. Penyumbang kepada sakit kencing manis

52. Penyebab keracunan darah semasa hamil

53. Penyebab ekzema kepada kanak-kanak

54. Penyebab penyakit kardiovaskular

55. Melemahkan struktur DNA

56. Penyebab Katarak

57. Penyebab Emfisema

58. Penyebab arteriosclerosis

59. Penyebab pembentukan radikal bebas dalam aliran darah

60. Merendahkan kemampuan enzim

61. Penyebab kehilangan keanjalan tisu serta fungsinya

62. Penyebab sel hati terbahagi dan ini akan meningkatkan saiz hati

63. Meningkatkan lemak dalam Hati

64. Membesarkan saiz buah pinggang

65. Memberikan tekanan tinggi kepada pankreas dan akan merosakkannya

66. Meningkatkan retensi cecair dalam badan

67. Penyebab sembelit

68. Penyebab rabun jauh

69. Penyebab lapisan rerambut

70. Penyebab hipertensi

71. Penyebab sakit kepala

72. Menganggu kemampuan berfikir

73. Penyebab kemurungan

74. Meningkatkan tindak balas insulin

75. Penyebab penapaian bakteria dalam usus

76. Penyebab ketidak seimbangan hormon

77. Meningkatkan risiko darah beku dalam badan

78. Meningkatkan risiko sakit Alzheimer


Kenapa sesetengah makanan yang senarai bahan-bahannya tiada ditulis gula tapi masih manis?

Jangan terpedaya! Gula biasanya akan dinamakan dengan nama lain seperti;

>Glukosa

>Fruktosa

>Laktosa

>Maltosa

>Sukrosa

>Sirap Glukosa

>Sirap maple

>Molases

>Sirap hitam

>Sirap kencana

>Dektrosa

>Sorbitol



Berapa banyak gula yang ada dalam makanan dan minuman?

1) Minuman bergas 500ml - 14.4 sudu teh

2) Minuman dalam tin tanpa gas 350ml - 9.6 sudu teh

3) Minuman coklat malt dalam tin 125ml - 5.5 sudu teh

4) Kek buah-buahan 40g - 3.5 sudu teh

5) Bijirin sarapan bersalu madu 220g - 10.1 sudu teh

6) Ubat batuk botol kecil di farmasi - 15.8 sudu teh

7) Aiskrim coklat sepotong saiz biasa - 7.7 sudu teh

8) Sundae restoran makanan segera - 10.3 sudu teh

9) Rempah ayam segera satu pek - 4.7 sudu teh

10) Minuman berkultur satu botol kecil - 2.7 sudu teh

11) Susu pekat manis dalam tin kecil - 35.5 sudu teh!



Kenapa Malaysia diletakkan sebagai pengguna terbanyak gula di dunia?

Ini dikira rekod dunia! Walaupun pasukan bola sepak kita tidak berjaya, namun kita nampaknya masih dikenali di dunia. Negara kita adalah paling gemuk di Asia dan mempunyai pesakit Kencing Manis yang paling ramai di dunia! Bangga? Kita sebenarnya dalam diam diancam. Lihatlah orang yang paling kaya di Malaysia! Taukeh gula! Negara kita seperti darurat apabila gula disorokkan baru-baru ini.

Di Jepun, gula kilo tiada dijual, amat sukar untuk jumpa gula. Susu pekat manis jauh sekali. Tapi di Malaysia, kita sebenarnya terancam dengan keadaan dan sosio-ekonomi. Minum teh tarik di kedai mamak, disogok iklan-iklan makanan segera hingga menyebabkan anak kita merengek meminta untuk dibelikan set yang didatangkan bersama minuman bergas (gula 9 sudu teh!). Berhati-hati.

Untuk kata-kata akhir edisi kali ini, saya ingin menyarankan agar kita semua ambil tahu tentang kesihatan diri sendiri. Jika kita sakit, bukan sahaja diri sendiri susah, tetapi kita akan menyusahkan orang lain yang bergantung kepada kita. Sekurang-kurangnya kita mulakan dengan tidak makan gula! Selangkah demi selangkah!


"Kita adalah apa yang kita makan".

BIAR MATI ANAK.......

Kejadian berlaku pada Jumaat (1 Feb 2008) di car park Shah Alam Mall.


Kelihatan lebih kurang 50 orang manusia sedang mengerumuni sebuah BMW. Kelihatan di sebelah BMW seorang perempuan sedang menangis...alahai kesiannya...

Wife aku mendekati kumpulan orang ramai dan mendapati ada seorang budak lelaki berumur 1 tahun sedang menangis meronta-ronta dalam car seat kat belakang (dalam BMW tu).

Perempuan yang menangis di tepi kereta adalah mak budak tu. Depa laki bini terkunci anak dalam kereta rupanya ....

Terdengar orang sekeliling sedang memarahi perempuan tu...

Pompuan A:
umpil aje la pintu kereta ni

Mak Budak tu:
tak boleh ...(sambil menangis)...nanti suami saya on the way balik ambil kunci spare...

Pompuan C:
Isk tengok tu, sengsaranya baby tu menangis, u sanggup biar anak u mati ke?

Mak budak tu:
(sambil menangis)...nanti suami saya marah...

Pakcik B:
isk kalau saya punya anak, kalau tertinggal kunci, saya takkan patah balik rumah, saya pecahkan aje cermin kereta ni...

Pakcik C:
"Mana bapaknya???"

Mak Budak tu:
"Dia balik Meru ambil kunci"

Semua orang:
"Apa! Meru!!!"

Suasana menjadi kelam kabut sebab orang ramai menjerit-jerit memaksa untuk pecahkan cermin kereta tu. suasana gamat macam perhimpunan haram...

Tapi mak budak tu tak berani buat keputusan. Dia asyik kata..."saya takut suami saya marah" "Tunggu suami saya datang"...

Tetiba ade sorang akak tampil dan jerit: pegi ambil kapak, pecahkan cermin kereta ni... biar saya yang jawab dengan suami awak. Awak tak sayang nyawa anak ke?

Sambil beberapa orang pergi mencari tools utk pecahkan cermin keta, beberapa orang pengawal keselamatan sibuk ambil beberapa baldi air dan menyiram kereta BMW tu kerana kasihankan anak yang sedang kepanasan dan kelemasan dalam kereta tu...

Seorang mekanik cina dari bengkel berdekatan dipanggil untuk umpil pintu. Cina mekanik memberi komen " aiya ini keleta tak boleh umpil, kena kasik picah cermin juga baru boleh masuk!"

Tak lama kemudian seorang mamat tiba dengan kapak keselamatan, maka dikapak cermin tepi sebelah pemandu...praannng....!!!! Selesai masalah...

Tak lama selepas itu baby tersebut berjaya dikeluarkan...kesian baby tu..berpeluh-peluh dengan kulit pun pucat dah naik biru....

Seorang lagi lelaki menjerit "biar saya periksa dia.... saya doktor". Si doktor mendukung bayi dan bergegas ke Darul Ehsan Medical Centre (DEMC) untuk memeriksa bayi tu...

Sehingga bayi tersebut dibawa ke DEMC...bapak dia masih tak muncul-muncul ...ye la Meru tu kan jauh.... mungkin bapak dia singgah makan sate kambing dulu...

*p.s.- ada sesiapa yg boleh sahkan cerita ini?????

PENGORBANAN SUAMI/LELAKI KEPADA ISTERI/WANITA

Pada akhir zaman yg serba canggih dan moden ini,ramai isteri2 telah lupa pengorbanan yg di lakukan oleh si suami. Mari kita lihat antara apa yg lelaki korbankan utk wanita ataupun isteri..

1.KAIN,kain lebih banyak ukurannya utk buat baju kurung daripada seluar lelaki.Lelaki sanggup beli kain yg banyak utk isteri.

2.MESIN basuh/mesin parut kelapa/mesin jahit/blender/ oven/dan mcm lagi mesin kat dapur rumah,semuanya lelaki lebih rela tak pakai,semuanya "ikhlas" bagi isteri guna.

3.SABUN,BERUS, PENYAPU,sekarang ni anda semua tahu harga barang semuanya naik.lelaki
Sanggup beli setiap bulan utk isterinya sedangkan lelaki tak pernah gunakanya.

4.TUALA,lelaki Cuma pakai sehelai saje tuala sedangkan setiap bulan wanita bertukar- tukar tuala..

5.BAJU,lelaki Cuma pakai sehelai saje baju dlm satu masa,tp wanita pakai dua.....

6.BARANG KEMAS,lelaki tak pun pakai rantai emas,subang emas,gelang emas.....tp beli jugak utk isteri....

7.ALAT SOLEK,lelaki rela tak pakai gincu,maskara,eye shadow dan bagai2 lagi alat solek tapi
Sanggup beli utk isteri.

8.KASUT,lelaki lebih rela pakai kasut yang tumitnya rendah demi isteri dia sanggup beli yg bertumit tinggi...

9.REHAT,40 hari wanita di beri rehat slps melahirkan anak sedangkanl elaki mungkin akan diberhentikan Kerja kalau rehat sebegitu lama....

10.AMBULANS,setiap kali nak melahirkan anak,wanita dapat merasa naik ambulans sedangkan lelaki Cuma ikut dr belakang dgn kenderaan sendiri.

MORAL:JGN DERHAKA PADA SUAMI..WARG. ..WARGH.. ......

Renung2kan dan selamat beramal... .

Respon Ucapan Guru Besar

Badan Kebajikan Guru dan Staf Sekolah Kebangsaan Teloi Timur ingin melahirkan rasa dukacitanya di atas kenyataan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Teloi Timur yang dilihat sebagai mempertikaikan kewibaan Ahli Jawatankuasa yang dipilih oleh ahli. Kenyataan yang dianggapnya sebagai teguran dan tidak bersedia pula menerima respons dari pihak AJK badan dilihat sebagai tindakan tidak bertanggungjawab yang berselindung di sebalik kuasa seorang Guru Besar. Ia juga dilihat sebagai satu percubaan mengganggu perjalanan pengurusan badan oleh AJK yang dilantik secara sah. Agak malang ketika badan sedang giat merancang dan mengadakan aktiviti, pihak yang sepatutnya memberi sokongan tidak berbelah bagi sebaliknya mempertikaikan kewajaran sesuatu aktiviti itu dibuat. Pihak yang sama pula tidak pernah membangkitkan soal perjalanan badan sewaktu badan seakan lesu dan tidak bermaya malahan mati tanpa sebarang aktiviti. Adakah ini boleh dikatakan sikap mengambil berat pihak pentadbiran.

Selain itu, pihak badan turut membangkitkan kewajaran GB membuat teguran secara terbuka di dalam mesyuarat guru di hadapan semua ahli. Adakah beliau juga suka atau bersedia ditegur oleh pihak PPD atau JPN Kedah di hadapan semua guru bawahannya. Lihat saja apa yang berlaku dalam kes Pn. Gokilam. Beliau juga tidak senang apabila pihak atasan menegurnya dan melepaskan pula kekesalannya di atas tindakan Pn. Gokilam. Ada teman guru yang mendengar sendiri percakapan beliau dengan Pn. Gokilam, "Cikgu sukalah selepas memalukan saya". Itu kata beliau! Kita tertanya bagaimana seorang yang tidak boleh ditegur ( itu pun dalam perbualan telefon) tetapi bersikap bongkak menunjukkan kuasanya ketika membuat teguran terhadap orang lain.

Dalam hal ini , bukankah lebih manis pihak pentadbir memanggil sendiri AJK badan untuk berbincang mencari penyelesaian yang baik. Di samping AJK juga ada rasional untuk mempertahankan tindakan yang dibuat. Pihak AJK tidak bermasalah untuk menerima cadangan asalkan diberi ruang untuk menyatakan pandangan. Bukan seperti apa yang berlaku dalam perjumpaan guru tadi. Sudahlah dibuat secara terbuka, AJK langsung tidak berpeluang untuk bersuara. Ini tindakan seorang PENGECUT. Sekali lagi diulangi PENGECUT! Adakah sudah rasa tergugat atau takutkan bayang sendiri? Perlu diingat BKGSSKTT bukan pembangkang tetapi NGO di sekolah. Jelas pihak pentadbiran tidak memahami situasi ini lantas ada percubaan membayangi setiap perancangan yang dibuat. Sedang mereka sendiri tidak mampu menjaga kebajikan guru, tiba-tiba mahu menyibuk dengan arahan-arahan yang menggelikan hati.

Walaubagaimanapun AJK badan masih lagi bersikap waras untuk mengucapkan terima kasih kerana membenarkan kawasan tempat letak kereta sebagai kawasan bebas. Sebenarnya pihak AJK badan tidak pernah membelakangi Guru Besar sebaliknya bersikap proaktif di atas tujuan menjaga kebajikan guru dan membantu menceriakan kawasan sekolah. Itupun pernah dipandang serong oleh Pn. Penolong Kanan 1.

Sekali lagi BKGSSKTT mengucapkan terima kasih. Ini merupakan kejayaan kita walaupun tiada siapa yang mengiktirafnya. Bukan bermaksud meninggi diri, sekadar menunjukkan BKGSSKTT masih berfungsi dan relevan kepada semua ahli.

S/U

Selasa, Februari 12, 2008

Sumbangan Untuk En. Roslan b. Md. Ali





Selasa, 12hb. Februari 2008. Satu kutipan derma telah dilancarkan bertujuan membantu En. Roslan b. Md. Ali yang kini sedang dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar. Adalah diharapkan kutipan tersebut akan mengurangkan sedikit bebanan yang ditanggung. Manakala bagi pihak BKGSSKTT pula sebagai tanda ingatan dan prihatin di samping iringan doa semoga cepat sembuh. Kepada semua yang menyumbang jutaan terima kasih diucapkan. Hanya Allah sahaja yang akan membalasnya.

S/U



CERITA BOLA - PERJUANGAN YG BELUM SELESAI....

Perjuangan Yang Belum Selesai
Hasil Nukilan - Abracadabra



Kosmetik dari tanah seberang yang diterbangkan pada saat-saat terakhir dengan menggunakan pesawat tambang murah, nampaknya belum cukup mampu untuk menyolekkan wajah Gergasi Merah.

Sabtu lalu di Shah Alam, raut muka Merah Kuning telah bertukar menjadi merah padam. 'Enam Jahanam' telah terlentang tumbang disesah oleh pasukan 'Dua Kali Lima' dalam satu pertembungan yang pada awalnya kelihatan agak seimbang.

Akhirnya Yob telah menepis segala prasangka buruk segelintir penyokongnya sebelum ini, langsung berjaya meletakkan lubang hidung betul-betul di muncung ekzos pasukan Kedah : hanya semata-mata untuk menyedut asap setiap kali pedal ditekan. Mereka telah berjaya menguis pasukan Selangor yang juga mengidamkan posisi yang sama. Atas semangat kesukanan yang tinggi sewajarnyalah kita mengucapkan sekalung tahniah pada mereka. Syabas Perak!

Di Pantai Timur pula, pasukan 'Jang Anak Omak' menjadi mangsa belasahan skuad 'Penyu Kristal'. Yunus Aliff mengucapkan 'hai-hai bye-bye' kepada rakan sejawatnya Wan Jamak Hassan sebelum menghantarnya pulang untuk mencermin diri di Batu Kikir 'jambatan bosi'.

Sementara di Kangar, jurulatih baru Singa Utara telah berjaya menyuntik nafas baru buat anak-anak buahnya untuk terus menghenyak pasukan ratahan, Pulau Pinang ke dasar liga. Ketika Irfan Bakti ingin benar-benar berbakti, Pulau Mutiara pula yang menjadi mangsa.

Untuk terus bernafas, Harimau Kumbang mestilah melakukan sesuatu. Jika tidak cabaran mereka hanyalah bertaraf tempelan persis hirisan sengkuang pada selonggok pasembur di Padang Kota.

Itu adalah antara senario menarik yang dapat kita saksikan pada perlawanan penutup tirai pusingan pertama kempen bolasepak Liga Super yang berlangsung Sabtu lalu. Awas, sebahagian dari episod seterusnya akan tersaji kemudian nanti.

Tetapi jika dicongak kembali, walau sehebat mana sekalipun pasukan-pasukan di atas bergumpalan sesama sendiri, atau apa jua bentuk strategi taktikal yang ditayangkan serta keputusan yang dicatatkan, mereka sebenarnya tetap berada di belakang pasukan Hijau Kuning yang tidak turun beraksi. Itu adalah satu keyataan yang terpaksa pasukan-pasukan berkaitan telan, samada suka atau pun tidak.

Menyorot sejenak ke belakang, jika direnung kembali rentetan liku-liku perjuangan yang terpaksa ditempuh oleh pasukan Hijau Kuning, sebenarnya terlalu banyak cabaran yang terpaksa direntasi oleh skuad Azrai sebelum berjaya menempatkan diri pada kedudukan tertinggi seperti ini di saat ini. Cabaran itu pula datang dalam berbagai bentuk dan rupa tetapi tetap sama hebatnya, tidak kira samada di atas padang atau pun di luar padang.

Isu Bunyamin Omar dan Zairul Fitree sebagai contoh, telah membuktikan bahawa dunia bolasepak tempatan sebenarnya masih dikelilingi oleh individu-individu yang mendakwa sebagai memiliki tahap 'pemikiran kelas pertama' tetapi dalam masa yang sama sanggup pula 'memperkosa' perundangan sukan semata-mata untuk memenuhi agenda tersendiri.

Tambah menyedihkan ada 'orang kita' yang bermurah hati turut bersengkongkol mengambil bahagian untuk menjayakan agenda bangsat itu. Ketololan mereka di dalam menghargai kemurnian sukan bolasepak itu sebenarnya telah mengorbankan pihak ketiga di samping menghiris perasaan kita semua.

Azrai dan kem kejurulatihan Kedah turut merasai tempiasnya. Segala percaturan dan strategi yang dirancang rapi sebelum ini sedikit sebanyak menjadi terhalang.

Tetapi sedikit demi sedikit, dengan ruang lingkup yang terbatas serta berpaksikan kepakaran yang ada, Azrai telah berjaya mengatasi kemelut yang melanda. Azrai telah membuktikan bahawa 'kebangsatan' itu bukanlah hukuman gantung yang mampu merentap semangat juang kentalnya untuk tunduk mengaku kalah. Itulah wajah sebenar Azrai. Syukur Alhamdulillah!

Di atas padang pula, ketika trio import semakin memperagakan kualiti permainan yang bermutu tinggi, import tempatan yang ada seolah-olah kurang berfungsi. Mujur segala kekurangan itu berjaya ditampung oleh tenaga anak-anak negeri yang tidak kurang hebatnya penampilan mereka ketika diberi peluang beraksi di gelanggang. Dan mereka telah membalas segala kepercayaan yang telah diberikan Azrai dengan menyerlahkan kesempurnaan!

Ketika ini fasa pertama saingan Liga Super sudah pun tamat. Separuh perjalanan telah berjaya diharungi oleh skuad Hijau Kuning, separuh lagi terbentang menanti.

Berasaskan segumpal azam, percikan semangat, ledakan cita-cita berserta bara keyakinan yang sentiasa menyala, kita yakin Sang Kenari akan terus melebarkan sayap untuk melayang tinggi di udara.

Hijau Kuning, selagi perjalanan ini belum ketemu titik muktamad, selagi itulah perjuangan belum selesai!

NEW ITEM ADDED

mulai hari ini pengunjung dapat melihat 'live traffic' blog ini serta 'join online chatting' dgn pengunjung lain melalui online traffic map & chatbox...

Ahad, Februari 10, 2008

Perumpamaan Syurga

Perumpamaan syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa, di dalamnya ada sungai-sungai dari air yang tiada berubah rasa dan baunya, sungai-sungai dari air susu yang tidak berubah rasanya, sungai-sungai dari khamar yang lazat rasanya bagi peminumnya dan sungai-sungai dari madu yang disaring; dan mereka memperoleh di dalamnya segala macam buah-buahan dan keampunan dari Tuhan mereka …………..

(Surah Muhammad: ayat 15)

Jumaat, Februari 08, 2008

Saguhati! Oh..... saguhati!

Tak kisahlah! Saguhati ka, honorarium ka, bonus ka, itu hanya istilah. Yang penting RM2000. Itu harapan semua kakitangan kerajaan yang telah dicetuskan dalam Konvensyen Cuepacs September lalu dan cadangan tersebut dikemukakan kepada YAB Perdana Menteri. PM khabarnya membayangkan persetujuan tersebut lalu meminta supaya Cuepacs mengadakan perbincangan dengan Ketua Setiusaha Negara.

Tetapi kenyataan KSN dalam `Bicarawara: Bersama Ketua Setiausaha Negara’ yang disiarkan secara langsung di RTM1, semalam sangat mengecewakan. 'Segan' (malu lah tu.... orang Kedah kata 'segan' tu malas) nak berbincang katanya. Kita menjangkakan selama ini permohonan Cuepacs sudah berada ditahap terakhir perbincangan antara KSN dengan PM. Apatah lagi suasana hangat menjelang pilihanraya seakan membuka ruang kepada semua kakitangan kerajaan untuk menikmati saguhati tersebut. Harapan kita selepas KSN menerima permohonan Cuepacs tersebut, KSN akan mengambil peluang daripada bahang pilihanraya yang semakin hangat ini untuk mendapatkan perhatian PM. Orang kampung pun tahu peluang ini. Alamak! Baik sangatlah KSN kita ni.

Agaknya ada peluangkah kita nak merasa? Kalau sampai hari ini belum ada perbincangan lagi. Kita bukannya apa, saguhati boleh lah tampung sikit-sikit perbelanjaan yang semakin meningkat. Seperti kata Presiden Cuepacs, kenaikan pendapatan daripada pelarasan gaji pada Julai lalu sudah dihakis oleh kenaikan harga barang.

Ada teman-teman yang menunggu saguhati untuk membeli baju batik baru. KSN juga yang arahkan supaya baju batik dipakai pada setiap hari Khamis. Batik Malaysia pulak. Mahal tu. Habis tu takkan nak pakai baju yang sama setiap minggu. Jadi bila difikir-fikir, saguhati tersebut memang penting untuk menjaga dan mengekalkan keterampilan dan 'kemachoan' pada setiap hari Khamis.

Akhir kata....... tunggu sajalah.


Ustad A menulis

Khamis, Februari 07, 2008

Renung sikit ...............

Purata jam kerja guru dalam seminggu ialah 66.24 jam. Ia melebihi purata jam kerja 45 jam seminggu seperti yang ditetapkan oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).

- Kajian Jawatankuasa Mengkaji Tugas dan Tanggungjawab Guru (TTG) yang dipengerusikan oleh Dr. Ambrin Buang (Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia).

Seminggu kita kerja 66.24 jam? WOW!!!
Apa kata anda?

S/U

Selasa, Februari 05, 2008

Mesyuarat AJK Kali ke-2

Mesyuarat AJK kali ke-2 telah diadakan seperti berikut:

Hari : Selasa
Tarikh : 05.02.2008
Masa : 1.20 p.m ( selepas P&P)
Tempat : Dewan Sekolah
Kehadiran : 8/10
Tidak hadir bersebab :
En. Mohamad Pisol - ambil anak balik bercuti.
En. Zulmi Faisal - ke JPN urusan pejabat.

Setiausaha

Projek Sulong

(Cikgu Ya sibuk melayan pelanggan)





Pada 30hb. Januari 2008 yang lalu, BKGSSKTT telah mengadakan jualan ais krim sempena Olahraga Tahunan SKTT. Jualan yang bermula sehari sebelum itu telah mendapat sambutan di luar dugaan. Kejohanan tersebut yang dilangsungkan pada sebelah petang dengan keadaan cuaca panas membantu melariskan jualan. Setelah ditolak modal, keuntungan yang diperolehi sebanyak RM186.90. Kejayaan jualan ini telah melonjakkan semangat AJK ke tahap maksima untuk menjayakan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang.


Setiausaha

Mesyuarat AJK Kali Pertama

Mesyuarat AJK kali pertama telah diadakan seperti berikut:
Hari : Rabu
Tarikh : 09.01.2008
Tempat : Kelas Tahun 6Access.
Kehadiran penuh.


Setiausaha

SKTT

Maklumat berkaitan SKTT boleh diperolehi dengan melayari alamat di bawah :



www.skteloitimur.freehosting.net

Pemilihan AJK Sesi 2008

Pemilihan AJK bagi sesi 2008 telah diadakan pada 26.12.2007 selepas Mesyuarat Guru kali pertama bagi tahun 2008. Keputusan pemilihan adalah seperti berikut :



Pengerusi : En. Azizi bin Zahry

Naib Pengerusi : En. Mohamad Pisol bin Aziz

Setiausaha : En. Azrin bin Abdullah

Bendahari : En. Mohd Nabil bin Osman

AJK :

En. Yahaya bin Ismail

Pn. Zunaidah binti Husain

Pn. Mazlina binti Manah

Cik Siti Fitriah binti Latipi

En. Zulmi Faisal bin Wahab

Semua jawatan dimenangi tanpa bertanding. Ini bermakna AJK sesi ini mendapat mandat penuh untuk mengendalikan pengurusan dan pentadbiran badan bagi sesi 2008. Adalah diharapkan ahli-ahli dapat memberikan kerjasama sepenuhnya kepada AJK yang baru dilantik bagi menjayakan semua program dan aktiviti yang dirancang. Segala teguran dan kritikan membina sangat-sangat dialukan. Segala "cakap-cakap belakang" dibelakangkan.

AJK lantikan Pengerusi : En. Ahmad Rashidi bin Jalil.



Disediakan oleh Setiausaha.