Dr. Yusof al-Qaradhawi ditanya mengenai keutamaan bulan Rejab dan hadis "Rejab adalah bulan Allah, Syaaban adalah bulan aku dan Ramadan adalah bulan umatku." Hadis ini begitu popular di kalangan masyarakat Melayu dan dengannya juga dijadikan sandaran kepada amalan berpuasa sebulan penuh, ditambah dengan puasa sebulan Syaaban dan puasa yang wajib pada bulan Ramadan menjadi puasa tiga bulan berturut-turut.
Apakah ini benar? Berikut jawapan Dr. Yusof yang dipetik dari kitab "Fatawa al-Mu'ashirah".
Tidak ada hadis sahih yang menerangkan kelebihan bulan Rejab, kecuali apa yang disebut dalam al-Quran bahawa bulan Rejab adalah termasuk dalam bulan-bulan yang dimuliakan iaitu Rejab, Zulqa'idah, Zulhijjah dan Muharram. Ia dinyatakan oleh Allah melalui surah at-Taubah pada ayat 36. Tiada hadis sahih yang menyebut tentang bulan-bulan tersebut dan amalan khususiahnya melainkan adanya hadis bertaraf hasan mengenai Nabi banyak berpuasa sunat pada bulan Syaaban. Tetapi bukan berpuasa keseluruhan bulan Syaaban.
Mengenai hadis "Rejab adalah bulan Allah, Syaaban adalah bulan aku dan Ramadan adalah bulan umatku", ia adalah sangat lemah sekali periwayatannya. Para ulama berpendapat, ia termasuk hadis-hadis yang direka dan tidak benar, juga tidak mempunyai erti dan nilai yang baik dari segi ilmu malah agamanya.
Begitu juga halnya dengan hadis-hadis yang membawakan tentang kelebihan dan keutamaan bulan Rejab seperti dikatakan, "Barangsiapa bersolat ini, pahalanya sekian banyak ini; dan barangsiapa yang berpuasa sehari atau dua hari, maka pahalanya begitu banyaknya." Hadis-hadis sebegini adalah hadis yang jelas kelihatan pada kepalsuannya serta mengandungi keterangan yang berlebihan.
Tanda-tanda hadis yang direka ialah apabila mengandungi keterangan mengenai pahala yang berlebih-lebihan. Para ulama telah berkata mengenai hal ini, iaitu: "Disebutkan juga janji akan pahala yang besar bagi orang yang mengerjakan hal-hal yang ringan; atau disebutkan azab yang besar bagi orang yang mengerjakan dosa kecil, hal ini menunjukkan hadis tersebut tidak benar."
Maka wajib bagi para ulama mengingatkan dan menerangkan akibat daripada hadis-hadis palsu yang dibiarkan bertebaran dan dosa besar bagi yang menyebarkan. Wajib pula bagi para pendakwah, ustaz-ustaz, imam-imam untuk mengetahui antara hadis-hadis yang benar atau tidak; wajib mempelajari ilmu hadis untuk membezakan antara sahih, hasan, da'if dan mauduk(palsu).
Nabi sallallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Barangsiapa yang meriwayatkan hadis di mana ia melihat(mengetahui) bahawa hadis itu dusta, maka ia termasuk orang-orang yang berdusta."
Dan Nabi bersabda lagi, "Barangsiapa yang berdusta kepada Aku dengan sengaja, maka disediakan tempatnya dalam neraka."
Jelasnya, tiada puasa sunat khusus bulan Rejab seperti difahami sebahagian orang dan mengajar pula lafaz/niatnya seperti, "sahaja aku puasa sunat bulan Rejab kerana Allah Ta'ala."

Tiada ulasan:
Catat Ulasan