Kenali Kami

Foto saya
Kuala Ketil, Kedah, Malaysia
Guru-guru dan kakitangan Sekolah Kebangsaan Teloi Timur, 09300, Kuala Ketil Kedah.

EXCO BKGSSKTT 2011

EXCO BKGSSKTT 2011

Pengerusi
: Mohammad Pisol bin Aziz

Naib Pengerusi : Za'im bin Omar

Setiausaha : Azrin bin Abdullah

Penolong Setiausaha : Mohd Nabil bin Othman

Bendahari : Sharifudin bin Ismail

AJK :

Yahaya bin Ismail
Ahmad Rashidi bin Jalil
Roslan bin Md. Ali
Nirmala a/p Sivanadam
Zunaidah binti Husain
Syafinah binti Mohd Saad
Azizah binti Mansor


Pemeriksa Kira-kira

Rohani binti Mat Saleh

Fauziah binti Saad

Isnin, Jun 07, 2010

Rombongan ke Cameron Highland

Pada hari Jumaat yang lalu bersamaan tarikh 4hb. Jun, BKGSSKTT dengan kerjasama Unit HEM dan Unit Ko Kurikulum telah menganjurkan satu rombongan ke Cameron Highland. Sebanyak dua buah bas digunakan untuk membawa 80 orang terdiri daripada 69 murid, 7 guru dan kakitangan selaku pengiring manakala selebihnya adalah anggota keluarga guru-guru pengiring.


Guru-guru dan kakitangan yang terlibat selaku pengiring terdiri daripada En. Yahaya, En. Roslan, En. Faizal, En. Azrin, Pn. Nor Rizan dan Pn. Sabariah. Selain bas, rombongan turut disertai oleh tiga buah kereta yang dipandu sendiri. Mereka adalah En. Rashidi yang juga bertindak sebagai Ketua Penyelaras rombongan, En. Mohamad Pisol dan En. Wan Azmi. Inilah kali pertama rombongan ke Cameron Highland dianjurkan walaupun ia bukanlah kali pertama bagi sebahagian daripada kami menjejakkan kaki ke kawasan tanah tinggi tersebut.

Kami bertolak dari SKTT tepat jam 8.30 pagi. Kawasan Rehat R&R Gunung Semanggol menjadi persinggahan pertama kami. Seterusnya rombongan berhenti sekali lagi untuk menunaikan kewajipan solat Jumaat. Masjid Kariah Kampung Sengat menjadi pilihan. Selesai solat, rombongan meneruskan perjalanan dan berhenti sekali lagi di sebuah pasaraya untuk berehat dan 'buang' apa-apa yang patut.


Kira-kira jam 4.00 petang, rombongan tiba di Berincang dan singgah di pasaraya Ee Feng Gu. Di bawah pasaraya tersebut terdapat sebuah taman yang menjadi tempat pembiakan lebah.



Seterusnya kami menuju ke pasar malam Berincang. Setelah puas berbelanja, kami langsung ke tempat penginapan iaitu di SK Convent, Tanah Rata. Kami agak kagum dengan kawasan persekitarannya yang menarik dan bersih. Untuk penginapan, kami dikenakan bayaran RM10 setiap seorang. Berbaloi, selesa, sejuk dan airnya pula, WOW! Macam ketul ais. Sebelah malamnya kami mengambil kesempatan bersiar-siar di kawasan sekitar sekolah dan pekan kecil berdekatan sekolah. Di situ ada yang juga tak dapat menahan keinginan membeli-belah. Maklumlah sesekali pegang duit.

Pada keesokannya, kira-kira jam 7.45 pagi, kami bergerak meninggalkan SK Convent menuju ke MARDI. Sebelum itu sempat juga bergambar untuk kenang-kenangan. Di MARDI, selain aktiviti lawatan kami turut bersarapan di sana. Kebetulan hujan turun dan kami diberitahu suhu ketika itu lebih kurang 19 darjah celcius. Isyyy, betoi ka?

Dalam perjalanan pulang kami juga singgah di Ladang teh Bharat dan ladang kektus. Keadaan jalan yang sesak dengan kenderaan para pengunjung menyukarkan pergerakan. Kami terpaksa membatalkan lawatan ke beberapa tempat lagi seperti Lata Iskandar dan ladang sayur kerana keadaan tidak mengizinkan. Akibat pergerakan bas yang kurang stabil, kali ini ramai yang ter'tewas'. Ramai yang terkeluar isi perut mereka. Uwek la tu!

Seterusnya kami singgah di Zoo Taiping untuk lawatan dan makan malam. Makan malam kami di sini ditaja oleh YB Mohammad Zahir bin Abdul Khalid iaitu EXCO Kerajaan Negeri Perak. Terima kasih YB.

Atas permintaan ramai, kami masuk ke zoo pada sebelah malamnya.

Agak malang kerana bas yang kami naiki terpaksa ditukar kerana ada masalah jadual pergerakannya. Bas tersebut akan digunakan untuk perjalanan ke tempat lain pada malam itu juga. Terpaksalah kami tunggu hingga jam 11 malam barulah bas ganti sampai.

Perjalanan diteruskan manakala suasana dalam bas sunyi sepi. Semuanya tertidur dalam keletihan. Kira-kira jam 2 pagi, rombongan sampai di sekolah. Buka sekolah nanti baru nak buat post mortem.



S/U BKGSSKTT

Tiada ulasan: