Kenali Kami

Foto saya
Kuala Ketil, Kedah, Malaysia
Guru-guru dan kakitangan Sekolah Kebangsaan Teloi Timur, 09300, Kuala Ketil Kedah.

EXCO BKGSSKTT 2011

EXCO BKGSSKTT 2011

Pengerusi
: Mohammad Pisol bin Aziz

Naib Pengerusi : Za'im bin Omar

Setiausaha : Azrin bin Abdullah

Penolong Setiausaha : Mohd Nabil bin Othman

Bendahari : Sharifudin bin Ismail

AJK :

Yahaya bin Ismail
Ahmad Rashidi bin Jalil
Roslan bin Md. Ali
Nirmala a/p Sivanadam
Zunaidah binti Husain
Syafinah binti Mohd Saad
Azizah binti Mansor


Pemeriksa Kira-kira

Rohani binti Mat Saleh

Fauziah binti Saad

Isnin, Oktober 17, 2011

Jangan hidupkan penghawa dingin sebaik menaiki kereta.

Harap dapat berkongsi dengan sahabat anda yang lain.

Bukalah tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta anda dan jangan sama sekali menghidupkan penghawa dingin. Berpandukan kepada kajian yang dijalankan, dashboard, sofa, pewangi udara menghasilkan Benzene, sejenis toksin yang menyebabkan kanser (carcinogen – ia dapat dikenalpasti melalui bau yang terhasil dari haba bahan plastik di dalam kereta). Disamping menyebabkab kanser, ia juga bertindak sebagai racun bagi tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Tindakan ini jika dibiar berlarutan akan menyebabkan Leukemia, meningkatkan risiko menghadapi kanser di samping punca keguguran.

Kadar pendedahan Benzene yang dibenarkan ialah 50 mg bagi setiap kaki persegi. Kereta jika difikir di kawasan berbumbung dengan tingkap tertutup menghasilkan 400-800 mg Benzene. Jika dibiarkan dikawasan yang terdedah dengan tingkap yang tertutup pada suhu 60 darjah fahrenheit, tahap Benzene boleh meningkkat sehingga 2000-4000 mg, iaitu 40 kali dari tahap yang dibenarkan.. . dan penumpang di dalamnya akan menyedut toksik yang berlebih2an secara tidak sedar.

Cara yang dicadangkan untuk mengelakkan perkara ini daripada berterusan ialah dengan membuka tingkap dan pintu terlebih dahulu untuk memberi udara di dalam beredar keluar. Benzene adalah sejenis toksik yang boleh mencemar buah pinggang dan hati, dan sukar pula bagi tubuh manusia untuk menyahkeluarkan toksik tersebut apabila sudah memasuki tubuh kita…

sumber:http://kasihkukasihmujua.blogspot.com/2011/10/jangan-hidupkan-penghawa-dingin-sebaik.html

Rabu, September 21, 2011

Sawadika Hat Yai

Badan Kebajikan Guru dan Staf SKTT akhirnya berjaya merealisasikan salah satu usul Mesyuarat Agungnya lalu apabila menganjurkan rombongan ke Hat Yai. Rombongan yang bertolak kira-kira jam 5.30 pagi hari Jumaat 16 hb. September dari SKTT disertai hampir 40 orang peserta yang terdiri dari guru dan staf SKTT, ahli keluarga serta pengusaha kantin sekolah, En. Sham yang membawa bersamanya isteri, dua anak dan mertua.

DSC01136DSC01156DSC01157DSC01175P1030738P1030745P1030747P1030752P1030754

::Setiausaha

Selasa, September 06, 2011

Jamuan Persaraan Pn. Hamidah

Bertempat di Emerald Puteri Hotel, satu majlis jamuan untuk meraikan persaraan Pn. Hjh Hamidah telah diadakan anjuran badan Kebajikan Guru dan Staf SKTT.

Majlis tersebut turut meraikan Tn. Hj. Md Akhir dan Pn. Rohana yang masing-masing bertukar ke SK Batu Pekaka dan SK Teloi Kanan.

Gambar-gambar sekitar majlis

P1030714P1030715

Tetamu mengambil tempat

P1030716

Aluan Pengerusi Badan Kebajikan Guru dan Staf SKTT, En. Mohamad  Pisol

P1030718

Ucapan Pn. Rohana

P1030719P1030720

Khusyuk mendengar

P1030721

Ucapan Tn. Hj. Md Akhir

P1030723P1030724

Pn. Hamidah menceritakan pengalamannya

P1030725

Guru Besar, En Azizi turut dijemput menyampaikan ucapan

P1030726P1030727

Guru Pelatih, En. Ruzidan dan En. Izzat yang telah menamatkan latihan selama dua bulan turut memeriahkan majlis

P1030728P1030729

Penyampaian cenderamata kenang-kenangan.

P1030730

Pn. Rahah mewakili Badan Kebajikan Guru & Staf SKTT menyarung cincin ke jari Pn. Hamidah.

P1030731P1030732P1030733P1030734P1030735P1030736

Masanya menjamu selera, berbual dan bertanya khabar.

Khamis, Ogos 25, 2011

Selamat Bersara Pn. Hamidah

Ketika umat Islam sedang sibuk mengadakan persiapan menyambut Aidil Fitri, seluruh warga SKTT melambai tangan mengucapkan selamat jalan buat Pn. Hamidah binti Dolah yang bakal meninggalkan SKTT sekaligus menamatkan perkhidmatan sebagai seorang guru.

25082011461

Bermula esok dan hari-hari seterusnya bermulalah kehidupan baru Pn. Hamidah yang bergelar suri rumah sepenuh masa. Kepada Pn. Hamidah, Badan Kebajikan Guru dan Staf SKTT serta seluruh warga SKTT mengucapkan selamat bersara dan memohon jutaan ampun dan maaf seandainya selama ini ada tindakan yang dilakukan secara sengaja atau tidak sengaja mengguris hati dan perasaan.

25082011456250820114572508201145825082011459250820114602508201146225082011463

Satu majlis khas telah diadakan bagi meraikan persaraan Pn. Hamidah anjuran pihak sekolah dan diikuti jamuan yang akan dilangsungkan pada 6hb. September ini bertempat di Emerald Puteri Hotel, Sungai Petani.  

Ahad, Ogos 07, 2011

Gemilang SKTT 2

Lanjutan dari kejayaan muncul Johan Keseluruhan Kejohanan Padang dan Balapan Zon Kuala Ketil 2011, satu majlis ringkas penyampaian hadiah telah diadakan di Tapak Perhimpunan SKTT.

Ia bertujuan memberi peluang kepada warga sekolah untuk turut meraikan kejayaan rakan-rakan mereka dalam kejohanan tersebut. Ia juga sebagai medan pencetus semangat murid-murid yang lain untuk berusaha mencapai kejayaan sama ada dalam bidang kurikulum atau ko kurikulum.

Acara penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Yg. Berusaha Encik Azizi bin Omar, Guru besar SKTT.

DSC00645DSC00641DSC00642

Nur Natasya binti Yusof (Pingat Emas 100M, Pingat Emas 200M, Olahragawati 2011)

DSC00643DSC00644

Nor Atikah binti Abdullah (Pingat Emas Lompat Jauh)

DSC00646

Pingat Emas 4X100M

DSC00647DSC00648

Piala Pusingan

Tiada dalam gambar:

  1. Mohd Syazril bin Syukri, Pingat Perak 200M
  2. Pasukan Perempuan 4X200M, Pingat Perak
  3. Pasukan Lelaki 4X100M, Pingat Gangsa.