Ketika umat Islam sedang sibuk mengadakan persiapan menyambut Aidil Fitri, seluruh warga SKTT melambai tangan mengucapkan selamat jalan buat Pn. Hamidah binti Dolah yang bakal meninggalkan SKTT sekaligus menamatkan perkhidmatan sebagai seorang guru.
Bermula esok dan hari-hari seterusnya bermulalah kehidupan baru Pn. Hamidah yang bergelar suri rumah sepenuh masa. Kepada Pn. Hamidah, Badan Kebajikan Guru dan Staf SKTT serta seluruh warga SKTT mengucapkan selamat bersara dan memohon jutaan ampun dan maaf seandainya selama ini ada tindakan yang dilakukan secara sengaja atau tidak sengaja mengguris hati dan perasaan.
Satu majlis khas telah diadakan bagi meraikan persaraan Pn. Hamidah anjuran pihak sekolah dan diikuti jamuan yang akan dilangsungkan pada 6hb. September ini bertempat di Emerald Puteri Hotel, Sungai Petani.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan