Kenali Kami

Foto saya
Kuala Ketil, Kedah, Malaysia
Guru-guru dan kakitangan Sekolah Kebangsaan Teloi Timur, 09300, Kuala Ketil Kedah.

EXCO BKGSSKTT 2011

EXCO BKGSSKTT 2011

Pengerusi
: Mohammad Pisol bin Aziz

Naib Pengerusi : Za'im bin Omar

Setiausaha : Azrin bin Abdullah

Penolong Setiausaha : Mohd Nabil bin Othman

Bendahari : Sharifudin bin Ismail

AJK :

Yahaya bin Ismail
Ahmad Rashidi bin Jalil
Roslan bin Md. Ali
Nirmala a/p Sivanadam
Zunaidah binti Husain
Syafinah binti Mohd Saad
Azizah binti Mansor


Pemeriksa Kira-kira

Rohani binti Mat Saleh

Fauziah binti Saad

Khamis, Julai 22, 2010

Hari Anugerah Cemerlang 2010

Pada hari Rabu bertarikh 21hb. Julai 2010 bersamaan 09hb. Syaaban 1431H bertempat di Dewan Al- Farabi Sekolah Kebangsaan Teloi Timur telah berlangsung Hari Anugerah Cemerlang 2010. Majlis telah dirasmikan oleh En. Mohd Zaidi bin Aziz, Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia. Dalam ucapan perasmiannya, antara lain beliau menyentuh tentang tanggungjawab ibu bapa memastikan anak-anak membesar sebagai 'orang'.

Hari Anugerah Cemerlang 2010 diadakan sebagai penghargaan kepada murid-murid yang berjaya mendapat keputusan terbaik dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun yang diadakan pada bulan Mei yang lalu. Majlis juga mengiktiraf kesungguhan para pengawas Pusat Sumber Sekolah(PSS) dengan menganugerahkan salah seorang daripada mereka sebagai Pengawas PSS Cemerlang. Turut menerima hadiah ialah murid-murid yang melibatkan diri dalam program NILAM dan menjadi pembaca buku terbanyak. Kemuncaknya ialah mengumumkan Tokoh Murid 2010 yang dianugerahkan kepada Nurul Shafikah binti Ahmad Rashidi dari kelas 6 Access. Berikut adalah kategori anugerah pada hari tersebut:
  1. Kedudukan Terbaik dalam kelas (Pertama hingga ketiga)
  2. Kedudukan Terbaik dalam aliran (Pertama hingga sepuluh)
  3. Terbaik Mata pelajaran. (Pemahaman, Penulisan, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Pendidikan Islam dan Bahasa Arab)
  4. Hadiah Khas Pemulihan.
  5. Pengawas PSS Cemerlang.
  6. Hadiah Nilam
  7. Anugerah Khas Murid Cemerlang UPSR 2009.
  8. Tokoh Murid 2010.
Majlis berjalan lancar walaupun bermula agak lewat dan tamat pada jam 12.15 tengahari.



::Gambar-gambar sekitar Hari Anugerah Cemerlang 2010.

Ketibaan En. Mohd Zaidi diiringi paluan kompang

Pertunjukan silat

En. Azizi bin Omar, Guru Besar SKTT menyampaikan ucapan alu-aluan

Sebahagian guru SKTT

Penerima hadiah dan waris mendengar ucapan

Ucapan Perasmian oleh En. Mohd Zaidi bin Aziz, Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia


Gambar-gambar lain akan menyusul kemudian.

Tiada ulasan: