Kenali Kami

Foto saya
Kuala Ketil, Kedah, Malaysia
Guru-guru dan kakitangan Sekolah Kebangsaan Teloi Timur, 09300, Kuala Ketil Kedah.

EXCO BKGSSKTT 2011

EXCO BKGSSKTT 2011

Pengerusi
: Mohammad Pisol bin Aziz

Naib Pengerusi : Za'im bin Omar

Setiausaha : Azrin bin Abdullah

Penolong Setiausaha : Mohd Nabil bin Othman

Bendahari : Sharifudin bin Ismail

AJK :

Yahaya bin Ismail
Ahmad Rashidi bin Jalil
Roslan bin Md. Ali
Nirmala a/p Sivanadam
Zunaidah binti Husain
Syafinah binti Mohd Saad
Azizah binti Mansor


Pemeriksa Kira-kira

Rohani binti Mat Saleh

Fauziah binti Saad

Jumaat, Mei 07, 2010

Rumah Biru


Sudah lama rumah biru tidak menjadi juara dalam kejohanan olahraga sekolah. Kali terakhir muncul juara keseluruhan pada tahun 2003. Selepas itu ada rombakan yang menyebabkan ada atlit harapan rumah biru terpaksa ‘berhijrah’ ke rumah-rumah lain. Malang bagi rumah biru kerana menerima ahli yang tiada aroma atlit. Sebaliknya sejak tahun 2004, rumah biru merupakan penyandang tetap bagi acara tarik tali lelaki. Bayangkan kalau ahli-ahli yang ada lebih digeruni lawan dalam acara talik tali, masakan mereka juga berkemampuan berlari pecut? Dan juga kalau nak diharapkan acara tarik tali saja, masakan mampu bergelar Juara Keseluruhan?

Selepas berakhirnya acara Sukantara, rumah Biru di tempat ke-2 dengan mengutip 130 mata di belakang rumah Kuning yang mengutip 132 mata, Hijau(127 mata) dan Merah (105 mata). Namun sebaik apabila acara padang dipertandingkan, rumah Biru gagal menyaingi pasukan lain. Lebih malang lagi apabila beberapa pingat emas yang dimenangi oleh peserta tahun lalu terlepas kepada pasukan lain. Contohnya, pemenang pingat emas lontar peluru dan perak bagi lompat tinggi(lelaki) tahun lalu hanya mampu menang perak bagi lontar peluru manakala menjadi peserta paling awal terkeluar dalam persaingan lompat tinggi. Malah tidak kurang dari tiga emas yang menjadi sasaran berdasarkan rekod tahun lalu terlepas dari genggaman.

Sehingga berakhirnya acara padang dipertandingkan, rumah biru hanya mengutip 3 emas, 2 perak dan 2 gangsa dari 11 acara yang dipertandingkan. Apa pula nasib rumah biru di acara kemuncak nanti? Kita tunggu kesudahannya nanti pada Sabtu ini, 8hb. Mei 2010.

Kepada bekas ahli rumah biru@Aminuddin Baki turunlah beri sokongan padu kepada rumah sukan anda satu ketika dahulu.

:: Cikgu rumah Aminuddin Baki@biru.

Tiada ulasan: