Kenali Kami
- Badan Kebajikan Guru dan Staf SKTT
- Kuala Ketil, Kedah, Malaysia
- Guru-guru dan kakitangan Sekolah Kebangsaan Teloi Timur, 09300, Kuala Ketil Kedah.
EXCO BKGSSKTT 2011
Pengerusi : Mohammad Pisol bin Aziz
Naib Pengerusi : Za'im bin Omar
Setiausaha : Azrin bin Abdullah
Penolong Setiausaha : Mohd Nabil bin Othman
Bendahari : Sharifudin bin Ismail
AJK :
Yahaya bin Ismail
Ahmad Rashidi bin Jalil
Roslan bin Md. Ali
Nirmala a/p Sivanadam
Zunaidah binti Husain
Syafinah binti Mohd Saad
Azizah binti Mansor
Pemeriksa Kira-kira
Rohani binti Mat Saleh
Fauziah binti Saad
Khamis, Februari 26, 2009
PERMATA YANG HILANG
Mungkin ada jantan-jantan yang tersenyum bila terbaca tajuk yang kupilih....Walau apa yang terlintas difikiran kalian...hakikatnya aku ingin berbicara perkara yang amat berbeza.
Sesungguhnya penghijrahan MrE ke SK Tawar telah memberi IMPAK yang maksima kepada seluruh warga SKTT.
Bukan niatku untuk membodek ....tapi itulah hakikat yang sebenar yang kami sebagai seorang kawan rasakan.
Selain seorang kawan..MrE juga merangkap seorang guru IT..bahkan kadang-kadang menjadi kamus bergerak kepada kami semua.Banyak jasa yang telah beliau sumbangkan...yang tak perlu aku ceritakan di sini.Semua warga SKTT amat berterima kasih kepada beliau yang mencurah keringat dan idea untuk meningkatkan prestasi UPSR terutamanya pencapaian Bahasa Inggeris..yang meningkat secara mendadak....sehingga mencecah 80%.
Malangnya...apa nak buat...kita mempunyai kepala yang hampir sama tapi pemikiran dan otak yang berbeza....Ada yang mampu menggunakan otaknya secara maksima dan ada yang tidak!
Aku tak mau bercerita panjang...kerana akan menyentuh banyak pihak...tapi aku sedar kita sebenarnya sedang mengamalkan fomula kegagalan bila kita cuba menyenangkan dan mematuhi semua orang...
Akhir sekali ...apa pun yang disangka buruk,menyakitkan dan jahat,mampu menjadi sumber keindahan,kebahagiaan dan kekuatan,jika kita menghadapinya dengan fikiran yang terbuka.Setiap detik adalah detik keemasan bagi mereka yang mempunyai wawasan untuk mengenalinya.
Teruskan perjalanan dan besar kemungkinan, anda akan bertembung sesuatu kejayaan dalam masa yang tidak terduga.Kita tidak pernah mendengar tentang pengalaman sesiapa pun yang berjaya bertembung dengan apa-apa pun dengan hanya duduk di satu tempat sahaja.
SELAMAT MAJU JAYA DARIPADA KAMI SEMUA....
Mr Chon-As long as a person does not admit that he isdefeated,he is not defeated,he is just a little way behind and has not finish fighting.
Teori Big Bang
Satu teori yang diterima umum tentang asal kejadian alam ialah teori Big Bang. Ia mengatakan bahawa alam ini pada asalnya adalah bercantum, kemudian berlakulah satu letupan yang kuat antara 10 hingga 20 bilion tahun yang dahulu yang dinamakan sebagai Big Bang.
Pada tahun 1928, satu teori yang berlawanan dengan Big Bang telah dikemukakan Thomas Gold dan Herman Bondi. Teori yang dinamakan sebagai Steady State mengatakan bahawa alam in tidak ada permulaan dan keadaannya sama sejak dahulu hingga sekarang.
Pada tahun 1964, dengan penemuan gelombang-gelombang tertentu di udara telah mengesahkan kewujudan satu letupan yang kuat atau Big Bang sekaligus menolak teori Steady State.
Asalnya teori Big Bang ini diasaskan dari formula 'General Theory of Relativity' yang dikemukakan oleh Albert Einstein pada tahun 1915. Formula ini dikembangkan lagi oleh Alexander Friedman yang merupakan pakar fizik Rusia pada tahun 1922 seterusnya mengukuhkan lagi teori Big Bang. Pada tahun 1929, pakar astronomi dari Amerika Edwin Hubble telah menemui bukti-bukti kukuh yang menyokong teori Big Bang. Beberapa kajian dan penyelidikan lanjutan terus dilakukan bagi tujuan membuktikan kebenaran teori ini.
Al-Quran sebenarnya telah mendahului semua kajian yang dilakukan sejak 1400 tahun dahulu. Begitulah mukjizat Allah yang sering terkehadapan dalam membicarakan sesuatu isu, masalah dan persoalan yang melibatkan alam dan isinya. Firman Allah yang bermaksud, "Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahwasanya langit dan bumi itu keduanya pada asalnya adalah bercantum, kemudian kami pisahkan antara keduanya. dan dari air kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tidak juga beriman?" (Surah al-Anbiyak:30)
Imam Qurthubi telah meriwayatkan perkataan-perkataan Ibn Abbas, 'Atha, Ad-Dahhak dan Qatadah, "ia bermaksud bahawa kedua langit dan bumi pada asalnya adalah satu yang melekat lagi bercantum, kemudian Allah pisahkan keduanya dan dijadikan antara keduanya udara" (al Jamik li ahkamil Quran: Jilid 5)
Said Hawa dalam kitabnya telah membawakan riwayat dari Ibn Kathir tentang pandangan Said bin Jubair berhubung ayat di atas, "bahkan sebelum in langit dan bumi melekat dan bercantum di antara satu sama lain. Ketika Allah meninggikan langit maka menonjollah bumi. Demikianlah maksud Allah memisahkan keduanya." (al Asas fi al Tafsir: Jilid 7)
Berpandukan ayat ini dengan tafsiran yang muktabar menerima hakikat bahawa alam ini pada satu ketika dahulu adalah bercantum sebelum dipisahkan mengikut kehendak Allah.
:: Kata Ustad A, sesekali ilmiah la pulak.
Rabu, Februari 25, 2009
1...2..3..ACTION!!
Selasa, Februari 24, 2009
CANDID SUKAN TAHUNAN SKTT09
"KITA ..KALAU DAH BERUMUR NIE...TAK LEH NAK AGRESIF SANGAT....."
WOII...CAWAN MANA??!!CAMNA NAK MINUM!!
KESIAN.....
KEHABISAN TIKET.........
ACARA PERABIH DUIT.......
HISTERIA BILA KALAH......BAWAK BERSABAQ..
MR CHON-Heh! Heh!...MELAWAK NOO...
Ahad, Februari 22, 2009
KEMAHIRAN SAMPINGAN DALAM SUKAN
Nie.. kawan nak cerita sikit pasal kemahiran sampingan dalam sukan...Kemahiran ni..sering diamalkan semasa sukan tahunan ..selalunya di peringkat sekolah.Sebagai pembuka tirai perbincangan kita kali ini..mari sama-sama kita mengenal kemahiran MENERAN-menahan nafas dan menarik/menekan/bertahan.
Mr Chon-Jumpa lagi dengan lain-lain kemahiran
Sabtu, Februari 21, 2009
SUKAN TAHUNAN SKTT-2009
SukanTahunan SKTT 2009 telah berlangsung dengan jayanya pada 19 Februari 2009.Rumah Kuning(Ungku Omar) telah dinobatkan sebagai juara baru kejohanan manakala Rumah Hijau(Zaaba) pula mengisi tempat sebagai Naib Juara.Adik Zamzakhwan b Mahmood telah dpilih sebagai olahragawan dan Nur Afifah bt Zainol Abidin sebagai Olahragawati 2009.Setinggi-tinggi tahniah dan sekalung penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Sukan Tahunan 2009 walaupun dalam cuaca panas terik......
Mr Chon-dalam dunia nie..tiada cuaca buruk...yang ada cuma cuaca baik yang berbeza-beza.
Isnin, Februari 16, 2009
Sukantara dan Sukaneka
Jumaat, Februari 13, 2009
SEKADAR MEMANASKAN BADAN
Perlawanan persahabatan antara SK Teloi Timur-berjersi merah dan SK Tawar yang berlangsung pada 10 Februari lalu telah menyaksikan SKTT mengukir kejayaan pertama dengan menewaskan SK Tawar 3 - 2.Walaupun kemenangan berpihak kepada SKTT namun pada keseluruhannya perlawanan adalah seimbang dengan kedua-dua pasukan sering berbalas serangan.Beberapa peluang keemasan telah muncul namun gagal dimanfaatkan pihak lawan.SKTT juga hampir menerima padah akibat aksi longgar di bahagian pertahanan.
Perlawanan dikendalikan dengan kemas oleh pengadil yang berpengalaman dan tiada insiden-insiden buruk sepanjang perlawanan.
Mr Chon-Terima kasih atas layanan baik kalian semua-warga Sk. Tawar.c
SEKALUNG TAHNIAH BUAT PASUKAN BOLA JARING SKTT
Mr Chon-tiada sesiapa yang boleh membuatkan kita berasa rendah diri melainkan kita yang merelakannya
TAKZIAH KEPADA CIKGU ROSHIDI DAN KELUARGA
Insha Allah...
Mr Chon-Al-Fatihah
Khamis, Februari 12, 2009
Bagaimana Yahudi bijak?
Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?
Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.
Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.
Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.
Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.
Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam. Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.
Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)
Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.
Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.
Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.
Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.
Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.
Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!
Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.
Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.
Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!
Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.
Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!
Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.
Takziah untuk Ustazah Sanisah
Selasa, Februari 10, 2009
MISI BELASAH
PADA 10 FEBRUARI 2009 KELAB BOLA SEPAK SK TELOI TIMUR AKAN MENGADAKAN PERLAWANAN PERSAHABATAN DENGAN PASUKAN PILIHAN SK TAWAR.PERLAWANAN YANG DIJANGKA SENGIT BERMULA JAM 5.15 PETANG DI STADIUM MINI TAWAR.
BERDASARKAN UNDIAN SMS KEBANYAKKAN PENGUNDI MEMILIH KELAB BOLA SEPAK SKTT SEBAGAI JUARA.GAMBAR-JURULATIH DAN PENOLONG JURULATIH SEDANG MEMBUAT PERSIAPAN RAPI MENJELANG PERLAWANAN.
Isnin, Februari 09, 2009
BUKAN KERANA $$$$$$$$$$$$
KELAS EHSAN AHAD HINGGA RABU/SETIAP SABTU
KELAS EHSAN TELAH BERMULA.....TAHNIAH DAN TERIMA KASIH DARIPADA PIHAK UNIT KECEMERLANGAN SKTT ATAS KOMITMEN ANDA BAGI MENINGKATKAN PRESTASI UPSR .TERBUKTI SUDAH APA YANG DILAKUKAN SELAMA INI BUKAN DIBAYANGI RINGGIT MALAYSIA SEMATA-MATA....
MR CHON- Redha.....wang tak dapat beli semua!!
Rabu, Februari 04, 2009
Hadis potong kuku: PALSU!
RAHSIA MEMOTONG KUKU RASULULLAH S.A.W BERSABDA: YANG ERTINYA: Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;
* Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit
* Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan
* Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
* Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
* Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan..
* Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
* Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.
BERDASARKAN AMALAN ULAMA YANG DIPERCAYAI, NAK POTONG KUKU HARI APA PUN DIBENARKAN.
Berbalik kepada menentukan sama ada dibolehkan atau dilarang urusan-urusan keduniaan, usul fiqh menetapkan "asal sesuatu itu harus, sehingga ada dalil yang mengharamkannya".
Sekali lagi diingatkan HADIS DI ATAS PALSU! PALSU!
:: satu hari tu Ustad A dengar ada Cikgu (bukan Ustazah) mengajar benda ni kat anak murid dia.