Kenali Kami

Foto saya
Kuala Ketil, Kedah, Malaysia
Guru-guru dan kakitangan Sekolah Kebangsaan Teloi Timur, 09300, Kuala Ketil Kedah.

EXCO BKGSSKTT 2011

EXCO BKGSSKTT 2011

Pengerusi
: Mohammad Pisol bin Aziz

Naib Pengerusi : Za'im bin Omar

Setiausaha : Azrin bin Abdullah

Penolong Setiausaha : Mohd Nabil bin Othman

Bendahari : Sharifudin bin Ismail

AJK :

Yahaya bin Ismail
Ahmad Rashidi bin Jalil
Roslan bin Md. Ali
Nirmala a/p Sivanadam
Zunaidah binti Husain
Syafinah binti Mohd Saad
Azizah binti Mansor


Pemeriksa Kira-kira

Rohani binti Mat Saleh

Fauziah binti Saad

Sabtu, November 29, 2008

TAKZIAH

Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un.

Ustad A ucap takziah di atas kembalinya kerahmatullah Allahyarham Datuk Razali Ismail, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia. Semoga keluarga Allahyarham tabah menerima ujian ini dan reda dengan kehendak Yang Maha Berkuasa. Sesungguhnya dari Allah kita datang dan kepada-NYA kita kembali.

Ustad A kenal Allahyarham Datuk Razali sejak mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Kota Bharu. Ketika itu Allahyarham adalah Timbalan Pengetua. Allahyarham dikenali sebagai seorang yang banyak idea dan petah berpidato. Sering menggalakkan guru-guru pelatih supaya banyak membaca dan sentiasa mencadangkan program-program berbentuk ilmiah.

Ustad A teringat semasa mula-mula masuk maktab, Allahyarham menerangkan motto MPKB iaitu GILANG yang bermaksud Gigih, Iltizam dan Cemerlang. Satu persatu dihuraikan dan kami mendengarnya penuh minat kerana tertarik dengan gayanya ketika berucap.

Allahyarham meniti kerjayanya dengan cemerlang. Sebaik melangkah meninggalkan MPKB, dilantik pula sebagai Pengetua maktab di Terengganu (sori, Ustad A tak ingat maktab mana). Kemudian jadi Pengarah JPN Terengganu. Seterusnya Pengarah Bahagian Latihan Guru di Kementerian Pendidikan (masa tu Kementerian Pendidikan Lagi).

Pada tahun 2004, Allahyarham menang pilihanraya dan jadi Ahli Parlimen Kuala Terengganu. Dalam pilihanraya 2008, menang lagi dan dilantik sebagai Timbalan Menteri Pelajaran. Sesuai sangatlah dengan pengalamannya.

Ustad A kerap juga mengikuti perkembangannya sementelahan mengenangkan jasa dan kebaikannya semasa jadi Timbalan Pengetua di MPKB dulu.

Semoga rohnya di tempatkan bersama para kekasih Allah. Allahummaghfirlahu, warhamhu, wa'aafihi wa'fu'anhu. Amin.

1 ulasan:

Owner berkata...

waktu Mr E posting kat Terengganu dulu, allahyarham adalah pengarah JPN....