Pihak Badan Kebajikan mengucapkan takziah kepada Cikgu Pisol atas pemergian sepupu beliau suami isteri akibat kemalangan jalan raya di Gerik, Perak awal pagi tadi. Semoga Allah menempatkan kedua-duanya di kalangan hamba-hambaNya yg soleh.
MR E - Al-Fatihah
Kenali Kami
- Badan Kebajikan Guru dan Staf SKTT
- Kuala Ketil, Kedah, Malaysia
- Guru-guru dan kakitangan Sekolah Kebangsaan Teloi Timur, 09300, Kuala Ketil Kedah.
EXCO BKGSSKTT 2011
EXCO BKGSSKTT 2011
Pengerusi : Mohammad Pisol bin Aziz
Naib Pengerusi : Za'im bin Omar
Setiausaha : Azrin bin Abdullah
Penolong Setiausaha : Mohd Nabil bin Othman
Bendahari : Sharifudin bin Ismail
AJK :
Yahaya bin Ismail
Ahmad Rashidi bin Jalil
Roslan bin Md. Ali
Nirmala a/p Sivanadam
Zunaidah binti Husain
Syafinah binti Mohd Saad
Azizah binti Mansor
Pemeriksa Kira-kira
Rohani binti Mat Saleh
Fauziah binti Saad
Pengerusi : Mohammad Pisol bin Aziz
Naib Pengerusi : Za'im bin Omar
Setiausaha : Azrin bin Abdullah
Penolong Setiausaha : Mohd Nabil bin Othman
Bendahari : Sharifudin bin Ismail
AJK :
Yahaya bin Ismail
Ahmad Rashidi bin Jalil
Roslan bin Md. Ali
Nirmala a/p Sivanadam
Zunaidah binti Husain
Syafinah binti Mohd Saad
Azizah binti Mansor
Pemeriksa Kira-kira
Rohani binti Mat Saleh
Fauziah binti Saad
Rabu, April 30, 2008
BLOG MR E....
Saya menjemput rakan-rakan untuk mengunjungi blog saya yg baru..boleh tengok,,boleh download,,kalau tak cukup boleh request...
alamat blog saya:
www.jomladownload.blogspot.com
MR E - akan mengadakan kelas membina blog (bukan BLOK tau!) di desa bidara kuala ketil. siapa berminat boleh menempah tempat di talian 0194761993..tempat adalah terhad..
alamat blog saya:
www.jomladownload.blogspot.com
MR E - akan mengadakan kelas membina blog (bukan BLOK tau!) di desa bidara kuala ketil. siapa berminat boleh menempah tempat di talian 0194761993..tempat adalah terhad..
Selasa, April 29, 2008
Syukur
Terima kasih di atas ucapan tahniah dari rakan-rakan. Sebagai tanda syukur, sebaik saja menerima berita gembira itu, Ustad A banyak bertasbih, bertahmid, bertakbir dan bertahlil. Selepas itu, Ustad A buat sujud syukur. Ustad A tak baca Yaasin. Sebab banyak lagi surah lain dan zikir lain yang Ustad A reti. Bukan setakat Yaasin saja.
Maklumlah, USTAD!
Maklumlah, USTAD!
TAHNIAH
TAHNIAH
warga SKTT mengucapkan tahniah kepada Ustaz A sekeluarga atas kelahiran cahayamata yg ke lima tengah malam tadi. kali ini seorang puteri. mmg padan dgn Avanza yg dibeli, seolah telah planning dr awal lg.
MR E baru dua....
warga SKTT mengucapkan tahniah kepada Ustaz A sekeluarga atas kelahiran cahayamata yg ke lima tengah malam tadi. kali ini seorang puteri. mmg padan dgn Avanza yg dibeli, seolah telah planning dr awal lg.
MR E baru dua....
Isnin, April 28, 2008
Khamis, April 24, 2008
Orang Melayu dan Yaasin
Ini bukan lirik nasyid, bukan syair, bukan juga gurindam, jauh sekali dari pantun Melayu. Ini sebuah catatan biasa.
Malam Jumaat baca Yaasin.
Sambut Ma'al Hijrah baca Yaasin.
Nisfu Syaaban baca Yaasin.
Sambut Maulid Nabi pun ada yang baca Yaasin.
Malam Jumaat baca Yaasin.
Sambut Ma'al Hijrah baca Yaasin.
Nisfu Syaaban baca Yaasin.
Sambut Maulid Nabi pun ada yang baca Yaasin.
Anak hendak ambil periksa, baca Yaasin
Bila lulus periksa, baca Yaasin
Bila lulus periksa, baca Yaasin
Esok hendak ke temuduga, baca Yaasin.
Sudah dapat kerja, alhamdulillah, syukur! Baca Yaasin.
Sudah dapat kerja, alhamdulillah, syukur! Baca Yaasin.
Hendak ke Mekah mengerjakan haji, baca Yaasin.
Balik dari Mekah, sudah jadi Haji, baca Yaasin.
Balik dari Mekah, sudah jadi Haji, baca Yaasin.
Baru-baru ini, kempen pilihanraya. Solat hajat dan baca Yaasin.
Selepas menang buat kenduri kesyukuran, baca Yaasin.
Selepas menang buat kenduri kesyukuran, baca Yaasin.
Orang sakit dibacakan Yaasin.
Bila dah meninggal dunia, 'dihadiahkan' Yaasin...... kononnya.
Bila dah meninggal dunia, 'dihadiahkan' Yaasin...... kononnya.
Begitulah sinonimnya orang Melayu dan Yaasin.
Nanti bila ditanya generasi Melayu Islam akan datang, "ada berapa surah dalam al Quran?" Jawab mereka, "satu!"
Apa dia yang satu itu.
Mereka menjawab secara serentak, "YAASIN".
Apa dia yang satu itu.
Mereka menjawab secara serentak, "YAASIN".
Ustad A hanya hafal kalimah Yaasin. Kira ok lah tu.....
Selasa, April 22, 2008
Semak kertas dulu.
Perhatian kepada teman-teman yang belum menyemak kertas Ujian Bulan April, sila berbuat demikian secepat mungkin. Kepada yang masih belum siap tu, jangan cuba-cuba main chess pulak. Siapkan dulu. Atau pun, kalau nak main juga, main sambil menyemak kertas. Buat dua kerja dalam satu masa. Kan bijak tu? Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian.
Ustad A hanya menasihat. Jangan Mareeee. Nanti kena jual.
Ahad, April 20, 2008
KOLEKSI TERBARU MR E....
Walaupun kepenatan, MR E masih lagi sempat singgah melihat jualan antik dalam perjalanan pulang. Dan inilah hasilnya! Sebuah BOOMERANG buatan australia yg kini menjadi koleksi terbaru barang-barang pelik MR E. Lepas ni bolehlah belajar main BOOMERANG pulak...er, sapa boleh ajar ha????
MR E - berminat menjual BOOMERANG ini dgn harga RM1.5j...nak lawan setem dalam suratkhabar hari tu...
PUTERI AYU CHALET - POKOK MISTERI...
Sebelum tiba di Puteri Ayu Chalet, rombongan kami telah melewati fenomena aneh ini. 'Pokok di tengah jalan' ini telah menimbulkan tanda tanya kepada semua peserta rombongan. Akhirnya, misteri fenomena ini telah dibongkar hasil wawancara MR E dengan Pak Din (staf PAC) pada pukul 2 pagi keesokkan harinya.
MR E - sila hubungi MR E untuk keterangan lanjut.
PUTERI AYU CHALET - 2 HARI 1 MALAM
Pada hari Jumaat (18/4/2008), Unit Kecermerlangan SKTT telah menganjurkan Bengkel Teknik Menjawab Fasa 1 UPSR 2008 bertempat di Puteri Ayu Chalet, Yan. Sejumlah 86 pelajar Tahun 5 dan 6 telah menyertai bengkel ini di samping guru-guru yg turut tidak ketinggalan memeriahkan suasana dan membuat sibuk...Mr Chon dan Puan Rohana juga berbesar hati membawa keluarga masing-masing bercuti di sini...Dengan berakhirnya bengkel ini, diharap para pelajar dapat mengaplikasikan jurus-jurus serta buah kilas yg telah diperturunkan oleh para mahaguru serta sifu yg dijemput khas..Akhir sekali terima kasih yg tidak terhingga kepada semua pihak yg terlibat dalam menjayakan bengkel ini; guru-guru, para fasilitator serta tidak lupa kepada En Ramzan, tuan punya Puteri Ayu Chalet yg banyak 'kawtim' dgn kami serta guru-guru pengiring perempuan yg terpaksa menahan kegatalan sementara menunggu cadar gantian...
MR E - laa esok kerja la pulak!!!
MR E - laa esok kerja la pulak!!!
Rabu, April 16, 2008
PROTES
KESIANN...Itulah ungkapan yang paling sesuai untuk diluahkan.Apa tidaknya, dah laa.."Balaihh
nasi bungkus...lokasinya pula stor PJ.Alahai ....Protes punya pasal apa saja sanggup buat!!Dua orang guru lelaki dan dah beristeri mula "makan luar".....tapi Alhamdulillah cuma makan nasi dan kuih saja.Inilah padahnya bila tiga hari berturut-turut makan nasi dengan telor goreng saja kat kantin..
Mr Chon-jangan selalu" makan luar"
Selasa, April 15, 2008
Misi belum selesai
Dah masuk kali ke-2, Ustad A cuba berjumpa dengan YB EXCO membawa surat memohon sumbangan mengadakan program kecemerlangan UPSR. Tetapi, misi Ustad A belum tercapai. YB tak ada kat rumah. Tiap-tiap malam keluar ka? Huyooo. Masa dah semakin singkat. Hari Jumaat ni dah jalan program. Sori la kekawan. Esok dan lusa pula Ustad A tak ada kelapangan. Nak buat macam mana ni?
Ustad A mengeluh.......................
Isnin, April 14, 2008
HARI INI DLM SEJARAH....
mesyuarat kelmarin merupakan satu2nya mesyuarat 3 dalam 1 yg MR E percaya yg pertama kalinya dirasai oleh banyak rakan2. begitu banyaknya mensuarat / taklimat yg digabungkan sehingga ahli majlis pun dah jadi macam kartun dok keluar masuk bilik mesyuarat. keadaan menjadi gamat seketika apabila Ustazah Fitriah yg beranggapan bahaya beliau telah terlewat menghadiri mesyuarat telah masuk dlm mesyuarat kedua iaitu mesyuarat PPSMI...sehingga MR E meninggalkan mesyuarat kedua, tidak ada lagi tanda2 bila mesyuarat ketiga akan habis. nak tunggu habis waktu pejabat kot?
MR E - turut mengalu-alukan sesiapa sahaja yg minat ajar PPSMI....
MR E - turut mengalu-alukan sesiapa sahaja yg minat ajar PPSMI....
Ahad, April 13, 2008
selamat menduduki ujian bulan april esok
Saya mengucapkan selamat menduduki ujian kepada murid-murid SKTT. Buat dengan tekun semoga mendapat keputusan yg. cemerlang.
AHG
AHG
Ubat demam.
Hei kekawan! Kalau kita datang sekolah, tetiba DEMAM. Nak tau apa ubatnya???
Hasil dari kajian terkini mendapati, ubat yang terbaik kalau demam kat sekolah ialah TIDUR DALAM KELAS.
Ustad A dah cuba tau.......
PERMATA SK. TELOI TIMUR
"Apa Yang Disemai, Itulah Yang Dituai".Sekalung tahniah buat adik Aida Athirah bt Assamuddin murid Tahun 6 Access Sk Teloi Timur.Syabas juga buat jurulatihnya En Roshidi Jalil yang telah berjaya mengesan bakat dan menggilapnya sekian lama.Tanpanya siapalah Aida Athirah.
PENCAPAIAN
PERINGKAT DAERAH
1.Emas-100m
2.Emas-L/Jauh
3.Emas -200m
4.Emas -4x100m
5.Emas -4x200m
*Peserta terbaik keseluruhan Kejohanan Daerah
PERINGKAT NEGERI
1.Perak - 100m
2.Perak - L/Jauh
3.Gangsa - 4x200m
Moga SKTT akan melahirkan lebih ramai lagi "AIDA ATHIRAH" di masa kan datang...
SKTT BOLEHHH....!!
p/s Bukit Jalil tak mau kaa...Ahmad Roshidi Jalil??Mr.Con.
Sabtu, April 12, 2008
DENGAN PENUH RASA BANGGA.....
misi ke PC Fair di Dewan Millennium, Kepala Batas bersama Mr. Choon kelmarin telah membuahkan hasil yg cukup menarik...pelbagai aksesori dan gajet yg ada seolah melambai-lambai untuk dimiliki...nasib baik tak bawak 2-3 ribu, kalau tak mesti habis punya....PIKOM PC Fair akan berakhir esok jadi MR E menyeru kepada sesiapa yg ada masa dan duit tu supaya pergi men'jengah' kerana banyak tawaran yg tak masuk akal sedang berlangsung..MR E mungkin akan menjengah lagi di hari terakhir esok...siapa nak kirim boleh tapi kenalah bagi upah sikit. ternyata pameran ini cukup berpuaka kerana Mr. Choon tidak berani mengambil risiko melalui Pekan Kepala Batas ketika pulang dr menjemput anaknya di BM kerana dikhuatiri akan singgah di PC Fair sampai malam.
MR E- LIHATLAH LCD MONITOR BARUKU INI!!!!
Simpati buat Selangor
Gara-gara meninggalkan klinik bola sepak anjuran FAM yang dikendalikan Ian Rush, tiga pemain Selangor serta jurulatih mereka di denda. Lebih malang lagi pasukan mereka turut dipotong 3 markah dalam kedudukan Liga Super. Kedudukan ini menjadikan Kedah yang sedang mendahului liga terlalu selesa untuk mempertahankan kejuaraan buat kali kedua berturut-turut. Hanya tiga mata lagi dari baki empat perlawanan mengesahkan kejuaraan Kedah musim ini. Namun, sebagai penyokong Hijau Kuning perkembangan ini tidak menarik perhatian Ustad A, walaupun bergembira dengan kedudukan liga sekarang yang memihak kepada Sang Kenari. Ustad A percaya pasukan sekuat Kedah sudah tentu tidak mengharapkan ihsan dari sesiapa untuk merangkul kejuaraan. Biarpun dengan kedudukan yang cukup selesa, para penyokong tentu mengharapkan pasukan kesayangan mereka akan terus mengekalkan rentak kemenangan.
Cuma yang Ustad A pelik , kenapa pula tiga mata yang dipotong itu melibatkan kedudukan Selangor dalam Liga Super. Sedangkan keputusan memanggil pulang tiga pemain Merah Kuning oleh jurulatih mereka untuk misi Piala FA. Ustad A turut bersimpati dengan keputusan ini sambil memikirkan kecelaruan FAM dalam membuat keputusan. Agaknya kecelaruan ini berpunca daripada Timbalan Presidennya yang bercelaru ataupun terbias dari otaknya yang sedang bercelaru.
Malam ini Kedah lawan Terengganu. Ustad A akan gamatkan stadium. Pulun Kedah Pulun.
Ustad A dapat tiket free ............
KEM UPSR FASA 1-SKTT 2008
Pada 18 dan 19 April-2008 Unit Kecemerlangan UPSR akan mengadakan KEM UPSR bertempat di Chalet Puteri Ayu,Yan Kedah.Pelajar-pelajar akan didedahkan dengan teknik menjawab UPSR oleh penceramah-penceramah jemputan yang diundang khas.
Pihak Unit juga mengambil kesempatan mengucapkan penghargaan kepada semua pihak yang sedang dan telah memberi kerjasama bagi menjayakan program ini.Kami menjemput semua guru SKTT yang ingin berkunjung dan menziarahi anak didik kita di sana nanti.
S/U Unit.
MESYUARAT AGUNG PIBG 2008
Jumaat, April 11, 2008
HIDUP KENA LAA...PERCAYA PADA KAWAN-KAWAN
Nie..kawan nak cerita sikit pasai percaya kat kawan....Selain daripada percaya pada diri sendiri..kita juga kena percaya pada kemampuan kawan-kawan...kalau kita nak kawan-kawan terus hidup sebagai seorang kawan dan kalau kita tak nak hidup seorang tanpa kawan!!
Cuba ikut perangai Mat-Mat Jerman nie...!!-by MRR CHOON
Khamis, April 10, 2008
Tahun Kemenangan
Hari ini dalam sejarah. Mungkin inilah ungkapan yang sesuai buat Ustad A dan Mr. Choon yang telah memenangi hadiah utama Cabutan Bertuah Bonanza sempena Mesyuarat Agung PIBG SKTT yang diadakan kelmarin. Kedua-duanya langsung tidak diletakkan harapan untuk membawa pulang sebarang hadiah tersebut memandangkan selama ini mereka tidak pernah memenangi sebarang peraduan. Walaubagaimanapun, berkat kesabaran dan kecekalan mereka menunggu sehingga habis cabutan ternyata membuahkan hasil buat mereka mencipta sejarah gemilang dalam bidang 'cabutan bertuah'. Kedua-dua mereka yang ternyata gembira dengan kemenangan tersebut menyifatkan hari itu adalah hari yang paling bermakna dalam hidup mereka. Mereka turut mengucapkan terima kasih di atas sokongan yang tak berbelah bagi dari rakan-rakan dan ahli keluarga. Namun begitu hanya ahli keluarga saja yang dapat merasa sedang rakan-rakan memendam rasa. (sori geng…. Dah licin).
Selain menganggap kelmarin sebagai hari bertuah mereka, mereka juga percaya tahun 2008 adalah tahun kemenangan bagi orang-orang dan golongan yang tak pernah menang. Sukses!
S/U BKGSSKTT
AJK PIBG baru
Selesai mesyuarat agung PIBG kelmarin menyaksikan 99.9% AJK yang lalu dari kalangan guru telah digugurkan. Kecuali Bendahari yang dikekalkan, bersorak rianglah bekas AJK dengan keputusan yang menggembirakan itu. Termasuk yang digugurkan ialah Ustad A, namun ia sedikit pun tidak menggusarkan. Selepas 4 tahun menabur bakti, tibalah masanya pula memberi laluan kepada muka-muka baru (ewah! macam ahli politik la pulak).
Ustad A ingin mengucapkan tahniah kepada semua AJK yang baru, termasuk puan bendahari yang dikekalkan, di atas perlantikan tersebut. Kepada setiausaha yang baru, Ustad A mohon maaf kerana tidak mengucapkan tahniah selepas keputusan diumumkan. Ini kerana Ustad A teringatkan kata-kata orang lama, "api yang marak tidak terpadam dek hembusan bayu yang memujuk". Lebih baik biarkan ia padam sendiri.
Akhir sekali, dari pihak BKGSSKTT dan pengendali blog mengucapkan tahniah kepada semua AJK PIBG sesi 2008/2009 khususnya dari kalangan guru. Harapan kami buat En. Halim, En. Zikri, En. Yahaya, Pn. Aida, Pn. Intan dan Puan Rohana serta Pn. Razah yang masih cuti bersalin agar menerima jawatan dengan penuh komitmen dan komited kepada amanah yang diberi.
Kalau tak nak komited, kemetot pun jadilah...
Ustad A kata............... yahoooo
Selasa, April 08, 2008
Lepas Geram
Alhamdulillah. Kabel yang hilang dah diganti semula. Walaupun hati mendidih kepanasan, aku masih boleh mengucapkan terima kasih buat TM kerana menyelesaikan masalah. Sebulan ooo!! Mana tak membara setiap kali memandang modem yang tak berkelip-kelip. Hari ini, untuk pertama kali setelah berkabung begitu lama, aku bertekad untuk melepaskan geram aku di sini.
Geram pertama untuk pencuri-pencuri kabel. Insaflah kamu sekalian. Kamu bukan sahaja menyusahkan diri kamu memanjat tiang dan memotong kabel tetapi kamu sebenarnya menyusahkan orang lain yang selama ini membayar bil telefon. Cis! Cakap pun tak guna. Entah aku ni orang yang keberapa ribu yang meyumpah seranah mereka. Buang karan saja. Namun aku berdoa kejadian seperti ini tidak berulang lagi.
Geram kedua buat mereka yang begitu mencemburui kelajuan 'streamyxku' yang sering aku bandingkan dengan 'dial-up' mereka. Berita kehilangan kabel telefon di kawasan rumah aku disambut riang oleh mereka dan membiarkan aku menderita keseorangan. Untuk pengetahuan mereka, aku tidak pernah menyesal dengan sikap sombong dan membangga diri dengan kelajuan 'streamyxku'. Selepas ini aku akan menjadi lebih JUAH lagi.
Geram ketiga buat si bapa mertua yang tak nak mengaku menantunya jadi punca segala masalah dalam rumahtangga mereka. Tamsilan tu..... Tak faham ke?
Geram keempat. Honorarium....oo honorarium.... oo honorarium.
Geram kelima. Malas lah aku nak tulis kat sini. Semua orang pun tau, aku geram kat sapa.
Cukuplah dulu kut. Cuma aku nak ingatkan pencemburu-pencemburu aku, janganlah dikesali apa yang berlaku. Sesungguhnya, aku tidak pernah berDENDAM dengan kalian. Aku hanya nak mengHENTAM kalian. Tukarlah kepada streamyx, pasti ummpphh.
Geram Ustad A .............
Ahad, April 06, 2008
BIAR JASA JADI KENANGAN....
Hijau Kuning menang lagi!!!! kali ini dgn pencabar terdekat dalam saingan Liga Super, Selangor. kini pasukan Hijau Kuning telah menjarakkan diri kepada 8 mata dengan baki perlawanan hanya tinggal 4 saja lagi. insyaallah kejuaraan mungkin dapat disahkan dalam 1 atau 2 perlawanan saja lagi. seperti musim lalu, pasukan Hijau Kuning ternyata berada satu kelas di hadapan pasukan-pasukan lain dalam liga tempatan. mungkin pada tahun hadapan, pasukan Hijau Kuning akan dilarang untuk beraksi dalam liga tempatan untuk memberi peluang kepada pasukan-pasukan lain menjuarai liga super......
MR E tak tengok 'live' tadi. tgh study sebab esok ada exam...
MR E tak tengok 'live' tadi. tgh study sebab esok ada exam...
Rabu, April 02, 2008
2nd kemo....
Cikgu Roslan dijadualkan menjalani peringkat kedua rawatan kemoterapi pada hari ini. menurut keluarga beliau, Cikgu Roslan kini berada dalam keadaan fizikal yg baik untuk menjalani kemoterapi tersebut. sama-samalah kita panjatkat doa kepada Ilahi semoga beliau cepat sembuh..BTW, beliau sekarang berada di aras 7 (sebelah wad diraja).
MR E tak sempat melawat lagi.
MR E tak sempat melawat lagi.
DI MANA SEMANGAT KESUKANANMU WAHAI CIKGU ISHAK????
wahai cikgu ishak (SKKK), masih bergema ungkapan 'TAJI DIA' yg diarahkan kepada pemain anda sewaktu perlawanan hoki peringkat daerah antara zon kuala ketil dan zon baling isnin lalu. di manakah 'sporting spirit' yg sepatutnya diajar oleh guru kepada pelajar-pelajar. sukakah anda jika pelajar anda berjaya menjadi pemain yg hebat TETAPI tidak berdisiplin? secara peribadi, saya berpendapat anda tidak perlu mengeluarkan ayat hina itu kerana pasukan anda sedang mendahului pada masa itu. semoga teguran ikhlas ini dapat mengubah anda sedikit sebanyak. apapun tahniah kerana berjaya mengalahkan kami..
MR E - sekadar muhasabah diri.
HOKI OH HOKI....
pada isnin lalu (31/3), skuad hoki lelaki SKTT telah menyertai kejohanan hoki peringkat daerah baling / sik dalam usaha mempertahankan gelaran juara yg telah diraih sejak beberapa tahun lalu. dengan persiapan yg tidak begitu sempurna seperti tahun-tahun yg lepas kerana faktor cuaca dan faktor kesihatan ketua jurulatih, Cikgu Roslan, penampilan tahun ini tidak segarang seperti tahun-tahun lepas. pasukan kita telah tewas 0-3 dan 0-2 masing-masing kepada zon baling dan zon kuala pegang...ketiadaan Cikgu Roslan amat dirasai bukan sahaja oleh pemain tetapi juga guru-guru yg terbabit..semoga skuad yg akan datang dapat menebus kekecewaan ini.
MR yg turut kecewa.
GOTONG ROYONG....
pada sabtu lalu (29/3), program kem bestari solat telah diadakan di sekolah. guru-guru yg tidak terlibat telah mengambil kesempatan ini dgn mengadakan gotong royong terutama guru-guru lelaki yg berhajat membuat tempat rehat yg baru di kantin. fasa satu pembinaan telah berjaya disempurnakan menjelang pukul 1 tgh hari. semua yg terlibat berasa gembira, penat dan puas hati terutama cikgu yahaya yg mendapat award pekerja cemerlang kerana buat kerja sehingga cedera...
MR E yg datang lambat
Langgan:
Catatan (Atom)