Kenali Kami

Foto saya
Kuala Ketil, Kedah, Malaysia
Guru-guru dan kakitangan Sekolah Kebangsaan Teloi Timur, 09300, Kuala Ketil Kedah.

EXCO BKGSSKTT 2011

EXCO BKGSSKTT 2011

Pengerusi
: Mohammad Pisol bin Aziz

Naib Pengerusi : Za'im bin Omar

Setiausaha : Azrin bin Abdullah

Penolong Setiausaha : Mohd Nabil bin Othman

Bendahari : Sharifudin bin Ismail

AJK :

Yahaya bin Ismail
Ahmad Rashidi bin Jalil
Roslan bin Md. Ali
Nirmala a/p Sivanadam
Zunaidah binti Husain
Syafinah binti Mohd Saad
Azizah binti Mansor


Pemeriksa Kira-kira

Rohani binti Mat Saleh

Fauziah binti Saad

Khamis, Februari 26, 2009

Teori Big Bang

Satu teori yang diterima umum tentang asal kejadian alam ialah teori Big Bang. Ia mengatakan bahawa alam ini pada asalnya adalah bercantum, kemudian berlakulah satu letupan yang kuat antara 10 hingga 20 bilion tahun yang dahulu yang dinamakan sebagai Big Bang.

Pada tahun 1928, satu teori yang berlawanan dengan Big Bang telah dikemukakan Thomas Gold dan Herman Bondi. Teori yang dinamakan sebagai Steady State mengatakan bahawa alam in tidak ada permulaan dan keadaannya sama sejak dahulu hingga sekarang.

Pada tahun 1964, dengan penemuan gelombang-gelombang tertentu di udara telah mengesahkan kewujudan satu letupan yang kuat atau Big Bang sekaligus menolak teori Steady State.

Asalnya teori Big Bang ini diasaskan dari formula 'General Theory of Relativity' yang dikemukakan oleh Albert Einstein pada tahun 1915. Formula ini dikembangkan lagi oleh Alexander Friedman yang merupakan pakar fizik Rusia pada tahun 1922 seterusnya mengukuhkan lagi teori Big Bang. Pada tahun 1929, pakar astronomi dari Amerika Edwin Hubble telah menemui bukti-bukti kukuh yang menyokong teori Big Bang. Beberapa kajian dan penyelidikan lanjutan terus dilakukan bagi tujuan membuktikan kebenaran teori ini.

Al-Quran sebenarnya telah mendahului semua kajian yang dilakukan sejak 1400 tahun dahulu. Begitulah mukjizat Allah yang sering terkehadapan dalam membicarakan sesuatu isu, masalah dan persoalan yang melibatkan alam dan isinya. Firman Allah yang bermaksud, "Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahwasanya langit dan bumi itu keduanya pada asalnya adalah bercantum, kemudian kami pisahkan antara keduanya. dan dari air kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tidak juga beriman?" (Surah al-Anbiyak:30)

Imam Qurthubi telah meriwayatkan perkataan-perkataan Ibn Abbas, 'Atha, Ad-Dahhak dan Qatadah, "ia bermaksud bahawa kedua langit dan bumi pada asalnya adalah satu yang melekat lagi bercantum, kemudian Allah pisahkan keduanya dan dijadikan antara keduanya udara" (al Jamik li ahkamil Quran: Jilid 5)

Said Hawa dalam kitabnya telah membawakan riwayat dari Ibn Kathir tentang pandangan Said bin Jubair berhubung ayat di atas, "bahkan sebelum in langit dan bumi melekat dan bercantum di antara satu sama lain. Ketika Allah meninggikan langit maka menonjollah bumi. Demikianlah maksud Allah memisahkan keduanya." (al Asas fi al Tafsir: Jilid 7)

Berpandukan ayat ini dengan tafsiran yang muktabar menerima hakikat bahawa alam ini pada satu ketika dahulu adalah bercantum sebelum dipisahkan mengikut kehendak Allah.

:: Kata Ustad A, sesekali ilmiah la pulak.

Tiada ulasan: