Hari ini dalam sejarah. Mungkin inilah ungkapan yang sesuai buat Ustad A dan Mr. Choon yang telah memenangi hadiah utama Cabutan Bertuah Bonanza sempena Mesyuarat Agung PIBG SKTT yang diadakan kelmarin. Kedua-duanya langsung tidak diletakkan harapan untuk membawa pulang sebarang hadiah tersebut memandangkan selama ini mereka tidak pernah memenangi sebarang peraduan. Walaubagaimanapun, berkat kesabaran dan kecekalan mereka menunggu sehingga habis cabutan ternyata membuahkan hasil buat mereka mencipta sejarah gemilang dalam bidang 'cabutan bertuah'. Kedua-dua mereka yang ternyata gembira dengan kemenangan tersebut menyifatkan hari itu adalah hari yang paling bermakna dalam hidup mereka. Mereka turut mengucapkan terima kasih di atas sokongan yang tak berbelah bagi dari rakan-rakan dan ahli keluarga. Namun begitu hanya ahli keluarga saja yang dapat merasa sedang rakan-rakan memendam rasa. (sori geng…. Dah licin).
Selain menganggap kelmarin sebagai hari bertuah mereka, mereka juga percaya tahun 2008 adalah tahun kemenangan bagi orang-orang dan golongan yang tak pernah menang. Sukses!
S/U BKGSSKTT
Tiada ulasan:
Catat Ulasan