Alhamdulillah. Kabel yang hilang dah diganti semula. Walaupun hati mendidih kepanasan, aku masih boleh mengucapkan terima kasih buat TM kerana menyelesaikan masalah. Sebulan ooo!! Mana tak membara setiap kali memandang modem yang tak berkelip-kelip. Hari ini, untuk pertama kali setelah berkabung begitu lama, aku bertekad untuk melepaskan geram aku di sini.
Geram pertama untuk pencuri-pencuri kabel. Insaflah kamu sekalian. Kamu bukan sahaja menyusahkan diri kamu memanjat tiang dan memotong kabel tetapi kamu sebenarnya menyusahkan orang lain yang selama ini membayar bil telefon. Cis! Cakap pun tak guna. Entah aku ni orang yang keberapa ribu yang meyumpah seranah mereka. Buang karan saja. Namun aku berdoa kejadian seperti ini tidak berulang lagi.
Geram kedua buat mereka yang begitu mencemburui kelajuan 'streamyxku' yang sering aku bandingkan dengan 'dial-up' mereka. Berita kehilangan kabel telefon di kawasan rumah aku disambut riang oleh mereka dan membiarkan aku menderita keseorangan. Untuk pengetahuan mereka, aku tidak pernah menyesal dengan sikap sombong dan membangga diri dengan kelajuan 'streamyxku'. Selepas ini aku akan menjadi lebih JUAH lagi.
Geram ketiga buat si bapa mertua yang tak nak mengaku menantunya jadi punca segala masalah dalam rumahtangga mereka. Tamsilan tu..... Tak faham ke?
Geram keempat. Honorarium....oo honorarium.... oo honorarium.
Geram kelima. Malas lah aku nak tulis kat sini. Semua orang pun tau, aku geram kat sapa.
Cukuplah dulu kut. Cuma aku nak ingatkan pencemburu-pencemburu aku, janganlah dikesali apa yang berlaku. Sesungguhnya, aku tidak pernah berDENDAM dengan kalian. Aku hanya nak mengHENTAM kalian. Tukarlah kepada streamyx, pasti ummpphh.
Geram Ustad A .............
Tiada ulasan:
Catat Ulasan