Kenali Kami

Foto saya
Kuala Ketil, Kedah, Malaysia
Guru-guru dan kakitangan Sekolah Kebangsaan Teloi Timur, 09300, Kuala Ketil Kedah.

EXCO BKGSSKTT 2011

EXCO BKGSSKTT 2011

Pengerusi
: Mohammad Pisol bin Aziz

Naib Pengerusi : Za'im bin Omar

Setiausaha : Azrin bin Abdullah

Penolong Setiausaha : Mohd Nabil bin Othman

Bendahari : Sharifudin bin Ismail

AJK :

Yahaya bin Ismail
Ahmad Rashidi bin Jalil
Roslan bin Md. Ali
Nirmala a/p Sivanadam
Zunaidah binti Husain
Syafinah binti Mohd Saad
Azizah binti Mansor


Pemeriksa Kira-kira

Rohani binti Mat Saleh

Fauziah binti Saad

Selasa, Januari 25, 2011

Mesyuarat Agung

Badan Kebajikan Guru dan Staf SKTT telah selesai mengadakan Mesyuarat Agungnya untuk tahun 2011. Selain memilih AJK baru mesyuarat turut meluluskan beberapa usul untuk dilaksanakan oleh pimpinan baru yang terpilih.

Antara usul yang diluluskan ialah:

  1. Mencari dana tambahan selain bergantung kepada yuran ahli.
  2. Lawatan ke Hatyai.
  3. Mengadakan program kerohanian untuk ahli.

Selain itu AJK juga dicadangkan supaya menjemput wakil pihak pentadbiran merangkap penasihat dalam mesyuarat AJK. Turut dicadangkan supaya AJK dapat mewar-warkan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan kepada ahli secara langsung.

Manakala AJK yang dipilih dalam mesyuarat tersebut ialah:

Pengerusi : En. Mohamad Pisol

Naib Pengerusi : En. Zaim

Setiausaha : En. Azrin

Bendahari : En. Sharifudin

Pemeriksa Kira-kira: 1) Pn. Rohani 2) Pn. Fauziah.

Mesyuarat juga memutuskan bahawa AJK tambahan akan dilantik oleh Pengerusi.

Mesyuarat berjalan lancar dan ditangguhkan pada jam 3.30 petang.

Laporan oleh,

Setiausaha.

Gambar sekitar mesyuarat berlangsung

P1020024P1020025P1020026P1020027P1020028P1020029P1020030

Sabtu, Januari 08, 2011

Kursus dan jamuan.

Pagi tadi telah berlangsung kursus dalaman yang pertama bagi sesi persekolahan 2011. Semua guru yang menghadiri kursus KSSR pada penghujung tahun lalu, dikehendaki membentangkan dapatan masing-masing. Guru-guru yang terlibat ialah:

Cg. Rohana – Bhs Melayu

Cg. Elanselvi – English

Cg. Nirmala – Matematik

Ustazah Hamimiwati – Pendidikan Islam

Ustazah Fitriah – Bahasa Arab

En. Zikri – Sains & Pendidikan Jasmani

En. Azrin – Pendidikan Kesihatan

Cg. Rosliza – Seni Visual dan Muzik

Pada hari yang sama juga, Badan Kebajikan Guru dan Staf SKTT mengadakan jamuan. Jamuan yang sepatutnya diadakan pada tahun lalu terpaksa ditunda lantaran kekangan masa. Biarpun sederhana, semua ahli berpuas hati.

Sabtu, Januari 01, 2011

Cerita Baru

Cuti dah habis. Tahun baru dah masuk. Masing-masing dah dapat kerja. Ada yang tambah, ada yang kurang dan ada yang dok macam dulu. Ada yang bertukar portfolio, ada yang masih dengan portfolio lama. Terima saja, jangan mengeluh. Dah namanya kewajipan. Jumpa di sekolah nanti. Tentu ada cerita baru.

“Selamat Tahun Baru”