Rasanya juga tidak terlewat untuk mengucapkan tahniah kepada En. Zaim atas sebab yang sama. Nampaknya kedua-dua saling bersaing untuk menentukan siapa yang lebih jaguh.
::Admin
Pertanyaan :
Bagaimana cara orang sakit bersolat dan bersuci ..?
Jawaban :
Bagi yang sedang sakit terdapat beberapa hukum yang khusus dan mesti dipelihara.
Sesungguhnya Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi wa sallam di utus Allah dengan membawa agama yang hanif (lurus) berdasarkan kemudahan dan keringanan.
Allah berfirman.
Ertinya “Dan dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan" [Al-Hajj : 78]
Ayat lain :
Ertinya ” Allah berkehendakkan kemudahan bagimu dan tidak berkehendakkan kesukaran bagimu" [Al-Baqarah : 187]
Ayat lain :
Ertinya ” Maka bertaqwalah kamu kepada Allah menurut kesanggupanmu" [At Taghaabun : 16]
Nabi Sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, ertinya " Sesungguhnya agama itu mudah".
[1] Yang sakit wajib bersuci dengan air, wuduk dari hadas kecil dan mandi dari hadas besar.
[2] Jika tak mampu menggunakan air karena takut bertambah sakit atau terlambat sembuh, hendaklah ia bertayamum.
[3] Tayamum caranya dengan menyapukan tanah suci atau dinding tembok yang berdebu dengan kedua tangan ke bahagian muka dan kedua telapak tangannya. Jika tak mampu bertayamum sendiri, maka dibantu orang lain.
[4] Boleh bertayamum dengan dinding atau yang lainnya bila berdebu dan suci.
[5] Jika tak ada dinding yang berdebu, maka tidak dilarang menaruhkan tanah ke sapu tangan atau lain-lain yang dirasakan berdebu lalu tayamum.
[6] Jika bertayamum untuk satu solat dan masih tetap suci ketika solat lain tiba, maka tayamum tak perlu diulangi.
[7] Yang sakit wajib membersihkan badannya dari berbagai najis. Jika tak mampu solat seperti cara biasa, maka solatlah sesuai dengan keadaannya dan solatnya sah.
[8] Yang sakit wajib membersihkan pakaiannya dari najis serta berpakaian suci. Jika tak mampu, solatlah seadanya.
[9] Yang sakit wajib solat di atas tempat yang suci termasuk kain alas tidurnya. Jika tak mampu, solatlah seadanya.
[10] Yang sakit wajib solat fardu walau sambil bersandar kepada dinding, tiang atau tongkat.
[11] Jika ia tak mampu solat sambil berdiri, lakukanlah sambil duduk; sebaiknya duduk bersila ketika saat berdiri dan ruku' serta duduk iftirasy pada saat sujud dan duduk antara dua sujud.
[12] Jika tak mampu sambil duduk, solatlah sambil berbaring dengan menghadap kiblat dan samping kanan lebih baik dari yang kiri. Bila tak mampu menghadap kiblat, menghadaplah kemana saja.
[13] Jika tak mampu sambil berbaring, lakukanlah dengan terlentang ; kaki mengarah ke kiblat dengan sedikit kepala ke atas agar menghadap kiblat. Jika tak mampu kakinya ke arah kiblat, lakukanlah seadanya.
[14] Yang sakit wajib sujud dan ruku’. Jika tak kuasa, beri isyarat dengan kepalanya; anggukkan kepala ketika sujud lebih rendah dari pada ketika ruku. Jika ia hanya mampu ruku' saja, dan sujud tak kuasa, maka ruku'lah sebagaimana biasa lalu isyarat ketika sujud dan begitu pula bila sebaliknya.
[15] Jika ia tak mampu isyarat dengan kepalanya ketika ruku' atau sujud, maka isyaratlah dengan matanya dengan sedikit pejam ketika ruku dan pejam seluruhnya ketika sujud. Dan tak dibenarkan isyarat dengan jemari tangan, sebagaimana dilakukan oleh sebagian yang sakit.
[16] Jika tak mampu isyarat dengan kerdipan matanya, maka solatlah dengan hatinya; berniat ketika ruku', sujud, berdiri dan duduk.
[17] Yang sakit wajib solat tepat pada waktunya sesuai dengan kemampuannya sebagaimana telah diterangkan.
[18] Jika sulit baginya solat sesuai waktunya, maka ia boleh melakukan jama' antara Zuhur dengan Asar dan antara Maghrib dengan Isya, baik jama' taqdim atau taakhir.
[19] Sedangkan solat Fajar (Subuh) tak boleh dijama', baik dengan solat sebelumnya atau sesudahnya, sebab solat Fajar mempunyai waktu tersendiri.
[Disalin dari kitab Fatawa Syekh Muhammad Al-Shaleh Al-'Utsaimin, edisi Indonesia 257 Tanya Jawab, Fatwa-Fatwa Al-'Utsaimin, oleh Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin, terbitan Gema Risalah Press, hal. 141-143 alih bahasa Prof.DRs.KH.Masdar Helmy]
KUALA LUMPUR 10 Mac – Kerajaan akan memansuhkan bayaran wad yang dikenakan terhadap kakitangan dan pesara perkhidmatan awam yang mendapatkan rawatan di hospital kerajaan berkuat kuasa 1 April ini.
Mereka yang akan mendapatkan faedah daripada pengumuman baru kerajaan ini membabitkan 1,253,026 penjawat awam yang masih berkhidmat dan juga 528,583 pesara.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam berkata, menurut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2010 yang dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Awam, pemansuhan itu turut melibatkan anggota keluarga dan ibu bapa mereka.
Bagaimanapun, kata beliau, bagi pesara pula, ia hanya tertakluk kepada penerima pencen iaitu isteri serta anak-anak dan tidak melibatkan ibu bapa.
“Pemansuhan bayaran wad itu juga tidak menjejaskan kelayakan wad yang ditetapkan untuk pegawai berdasarkan gred pegawai,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurutnya, kelayakan wad untuk pegawai pengurusan tertinggi, Gred 45-54 ialah Kelas 1 bilik seorang (RM10 sehari), Gred 31-44 (Kelas 1 bilik berdua iaitu RM8 sehari), Gred 21-30 (Kelas 1 bilik bertiga iaitu RM6 sehari) dan Gred 1-20 (Kelas 2) iaitu RM3 sehari.
Kata beliau, kelayakan untuk anggota keluarga dan ibu bapa adalah berdasarkan kelayakan yang ditetapkan kepada pegawai awam berkenaan.
Kelayakan wad untuk pesara dan anggota keluarga mereka pula adalah berdasarkan gred hakiki terakhir pegawai sebelum bersara.
Ismail berkata, jika pegawai awam, pesara, anggota keluarga atau ibu bapa meminta untuk dimasukkan ke dalam wad yang lebih tinggi daripada kelayakan ditetapkan, pegawai awam atau pesara itu perlu membayar bayaran wad mengikut kadar yang dikenakan ke atas orang awam.
“Pegawai dan pesara juga dikehendaki membayar deposit sebelum dimasukkan ke wad yang lebih tinggi mengikut kadar yang ditetapkan,” katanya.
Beliau berkata, dengan berkuat kuasanya pekeliling perkhidmatan itu, perenggan C2 berkaitan kelayakan dan kadar bayaran wad di Lampiran C8 Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002 adalah terbatal.
Selain itu, pekeliling baru ini juga membatalkan kenyataan di perenggan 11 berkaitan kadar bayaran wad sehari di Lampiran O Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 1991, dan Bahagian J berkaitan permohonan perbelanjaan bagi rawatan di luar negeri di Lampiran B Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 21 Tahun 2009.
Menurut beliau, peruntukan pekeliling perkhidmatan itu pada keseluruhannya turut dipanjangkan kepada semua kakitangan perkhidmatan awam negeri, pihak berkuasa berkanun dan pihak berkuasa tempatan.
KUALA TERENGGANU 11 Mac – Para pendidik yang baru tamat pengajian tetapi gagal melaporkan diri untuk berkhidmat mengikut tarikh yang ditetapkan akan menghadapi tindakan digugurkan sebagai guru.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, meskipun kes tersebut adalah terpencil, namun amaran perlu dikeluarkan bagi mengatasi masalah kekurangan guru khususnya di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak.
"Kebanyakan guru tidak menolak untuk ke pedalaman cumanya ada segelintir sahaja guru yang kita suruh pergi, dia tak mahu pergi. Isu kekurangan guru berpunca daripada guru opsyen.
"Guru opsyen ini seperti guru Sejarah, Kemahiran Hidup dan Bahasa Inggeris. Kebanyakan mereka berpindah tetapi tidak ada ganti.
“Kalau contohnya seorang guru itu sanggup ke pedalaman memandangkan ia kampung halamannya, kalau dia mengajar agama, guru itu tidak boleh mengajar Bahasa Inggeris kerana standardnya tidak akan sama seperti yang kita (kementerian) mahukan,” katanya di sini, hari ini.
Beliau berkata kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru dan majlis penyampaian sijil kepada lima pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Terengganu di Sekolah Menengah Kebangsaan Kompleks Mengabang Telipot, dekat sini.
Mohd. Puad berkata, guru yang digugurkan bagaimanapun masih boleh membuat rayuan dengan mengemukakan bukti dan alasan yang boleh menjadi pertimbangan kepada pihak kementerian untuk dikekalkan sebagai guru. – Bernama