Kenali Kami
- Badan Kebajikan Guru dan Staf SKTT
- Kuala Ketil, Kedah, Malaysia
- Guru-guru dan kakitangan Sekolah Kebangsaan Teloi Timur, 09300, Kuala Ketil Kedah.
EXCO BKGSSKTT 2011
Pengerusi : Mohammad Pisol bin Aziz
Naib Pengerusi : Za'im bin Omar
Setiausaha : Azrin bin Abdullah
Penolong Setiausaha : Mohd Nabil bin Othman
Bendahari : Sharifudin bin Ismail
AJK :
Yahaya bin Ismail
Ahmad Rashidi bin Jalil
Roslan bin Md. Ali
Nirmala a/p Sivanadam
Zunaidah binti Husain
Syafinah binti Mohd Saad
Azizah binti Mansor
Pemeriksa Kira-kira
Rohani binti Mat Saleh
Fauziah binti Saad
Khamis, Mac 26, 2009
KEM TEKNIK MENJAWAB UPSR 2009 FASA 1
Unit Kecemerlangan UPSR SKTT akan mengadakan Kem Teknik menjawab Fasa 1
di Kiara Resort Pulau Sayak pada 17 dan 18 April 2009.Terima kasih kepada semua
yang berusaha untuk menjayakan Program ini.
Mr Chon-Hendak Seribu Daya.......
Rabu, Mac 25, 2009
Rokok dan Yaasin
Khamis, Mac 19, 2009
PNGK di Sekolah Rendah
PUTRAJAYA 18 Mac - Mulai tahun depan penilaian murid-murid darjah satu akan dibuat berasaskan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) seperti yang diguna pakai di universiti.
Hasil program perintis sistem tersebut yang dilaksanakan di 50 buah sekolah tahun lalu mendapati ia sesuai dilaksanakan.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom berkata, mengikut Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, peperiksaan yang berasaskan sekolah akan bermula tahun depan selaras dengan transformasi pendidikan.
''Kurikulum pelajaran akan disusun semula untuk mewujudkan kreativiti di kalangan pelajar, mengukuhkan penguasaan bahasa Inggeris, keusahawanan, sejarah dan menjadikan sekolah sebagai tempat belajar yang seronok," katanya selepas menghadiri Mesyuarat Induk Menangani Gejala Disiplin Murid di sini semalam.
Beliau bagaimanapun berkata, pihaknya tidak akan terburu-buru melaksanakan perubahan itu dan akan memulakannya di peringkat darjah satu dan prasekolah.
''Kita akan adakan persidangan meja bulat dan bengkel serta mengumpulkan pandangan pakar-pakar akademik dan pertubuhan bukan kerajaan.
''Jika kita mendapati perubahan ini boleh dijalankan, maka kita akan memperkenalkannya pada tahun satu dan prasekolah bermula tahun depan," katanya.
Alimuddin berkata, penilaian berasaskan sekolah sebenarnya bukan perkara yang baru tetapi telah dijalankan melalui ujian bulanan dan ujian akhir tahun di sekolah.
Beliau bagaimanapun menegaskan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tidak akan dimansuhkan sebaliknya ia mewakili 30 peratus dalam penilaian prestasi pelajar.
''Empat elemen yang akan dinilai ialah psikometrik pelajar, pencapaian ko-kurikulum, peperiksaan berasaskan sekolah dan peperiksaan yang dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan," katanya.
Sumber Ustad A: http://www.utusan.com.my atau di sini.
Isnin, Mac 16, 2009
MR E KEMBALI!!!!
macam cerita Superman Returns pulak...setelah sekian lama bertapa....maklumlah sibuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baru, akhirnya MR E kembali ke sini untuk mempromosikan blog Sekolah Kebangsaan Tawar.....
maka dengan rasminya MR E menjemput semua warga tintasktt untuk melawat blog sk tawar di www.sktawar.blogspot.com atau klik di SINI....
terima kasih.......
Sabtu, Mac 14, 2009
Jumaat, Mac 13, 2009
DEWAN AL-FARABI BERGEMA LAGI!
TAZKIRAH-KHUSYUK MENDENGAR
PENYAMPAIAN HADIAH
PANEL HAKIM YANG ARIF LAGI BIJAKSANA
NAIB JOHAN-KUPULAN NASYID TAHUN 5 ACCESS
TEMPAT KE-3 KUMPULAN NASYID TAHUN 4 ACCESS
JOHAN- KUMPULAN NASYID TAHUN 6 ACCESS
Dewan Al- Farabi bergema lagi dengan sambutan Maulidul Rasul peringkat sekolah yang selamat dilangsungkan pada12 MAC 2009(KHAMIS)14 RABIULAWAL 1430.Tazkirah disampaikan oleh penceramah undangan Ustazah Zunaidah Husain selain acara selawat dan nasyid Al- Asma Al -Husna yang menjadi pembuka tirai majlis yang dikelolakan oleh Ustaz Nabil.Majlis yang dikendalikan oleh Ustaz Azrin, selaku pengacara majlis berjalan lancar.Kumpulan Nasyid dari Tahun 6 Access telah merangkul gelaran sebagai juara diikuti oleh kumpulan dari tahun 5Access selaku Naib Johan manakala kumpulan dari Tahun 4 Access di tempat ke-3.Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Pn Hjh Noriah PK I SKTT.Syabas dan tahniah kepada kepada semua yang terlibat menjayakan Majlis.
Mr Chon-Ia adalah SIKAP bukannya BAKAT kamu yang menentukan sejauh mana kejayaan kamu(Zig Ziglar)
Khamis, Mac 12, 2009
Rabu, Mac 11, 2009
ANGIN PILIHANRAYA DUN BKT SELAMBAU
Bukit Selambau yang dulunya sangat asing bagi sesetengah orang...kini meniti dari bibir ke bibir saban hari.Pekan koboi yang dulunya sepi bagai diserang garuda...kini mula sibuk dan meriah.Apa pun sebagai anak jati DUN ini aku tetap bersyukur...jalan yang dulunya berlopak kini segak...dulunya pudar kini hitam pekat ...dulu tak ada pengawal bendera...kini banyak bendera!!Aku kurang pasti angin atau badai pilihanraya.Tapi harapanku ianya Bayu Pilihanraya..yang menyejukkan!!
Mr Chon-Bayu..bertiuplah bayu.. usah menjadi ribut dan badai!!
Hidup Demokrasi!!