NASI LEMAK secara tidak rasminya sudah menjadi hidangan wajib bagi orang
Melayu.
Tiada yang boleh mengatasi keenakan nasi putih yang wangi baunya, dimasak
dengan santan kelapa dan dibungkus dalam daun pisang serta diperlazatkan
lagi dengan sambal ikan bilis, kacang goreng, telur dan timun yang
menyelerakan.
Setelah itu ia disudahi dengan tegukan segelas teh tarik ? teh yang manis
bersusu. Teh tarik juga secara kebetulan menjadi minuman tidak rasmi bagi
rakyat Malaysia.
Tetapi malangnya, mengambil nasi lemak dan teh tarik untuk sarapan pagi
setiap hari bukan suatu pilihan yang terbaik dari segi kesihatan. Bacalah
seterusnya?
Apa yang terjadi kepada nasi putih dalam badan kita?
Sebaik sahaja ia dimakan, nasi putih akan ditukarkan menjadi glukosa dan
akan diserap dengan cepatnya ke saluran darah.
Sebarang peningkatan gula darah akan memberi isyarat kepada pankreas untuk
mengeluar dan melepaskan insulin. Hormon ini akan mengarahkan sel-sel untuk
mengusap glukosa.
Tanpa insulin, glukosa akan hanyut terapung-apung di sekitar aliran darah,
tidak dapat memasuki ke dalam sel-sel yang memerlukannya.
Diabetes akan muncul apabila badan tidak dapat mengeluarkan insulin dengan
cukup atau tidak dapat menggunakannya dengan baik.
Nasi putih mengandungi apa yang dikenali sebagai Indeks Glisemik (GI) yang
tinggi. Ini bermakna ia akan menyebabkan peningkatan paras gula darah dan
insulin secara berlanjutan.
Karbohidrat yang tidak begitu mudah dihadamkan akan menyebabkan peningkatan
gula darah dan insulin yang lebih rendah dan lebih perlahan.
Dengan itu, ia memberi kurang tekanan terhadap jentera pembuat insulin
dalam badan kita serta membantu mencegah diabetes jenis 2.
Makanan-makanan seperti ini dikatakan mempunyai Indeks Glisemik yang
rendah. Contohnya termasuklah gandum asli lengkap, beras perang, lain-lain
jenis bijirin yang lengkap, dan kebanyakan kacang dan kekacang.
Sel-sel kita bergantung kepada satu gula tunggal ringkas iaitu glukosa,
yang sebahagian besar diperlukan oleh sel-sel berkenaan untuk membina
tenaga.
Badan kita mempunyai mekanisme yang rumit untuk memastikan paras glukosa
dalam aliran darah tidak menurun terlampau rendah atau melambung naik
terlampau tinggi.
Glukosa datangnya daripada pencernaan sukrosa (gula biasa) dan juga
daripada karbohidrat seperti nasi, roti, ubi kentang, roti canai, dan
lain-lain.
Jenis-jenis diabetes :
Satu bentuk diabetes akan berlaku apabila sistem imun menyerang dan
melumpuhkan buat selama-lamanya sel-sel pembuat insulin dalam pankreas.
Ini dikenali sebagai diabetes Jenis 1 yang pada suatu ketika dahulu
dikenali sebagai permulaan juvana (juvenile onset) ataupun diabetes
bergantung insulin.
Satu bentuk lagi suka menjalar dalam badan manusia, dan ia mengambil masa
bertahun-tahun untuk berkembang menjadi penyakit diabetes sepenuhnya.
Ia bermula apabila otot dan sel-sel lain berhenti memberi tindak balas
terhadap isyarat buka pintu untuk glukosa yang diberikan oleh insulin.
Badan bertindak balas dengan membuat lebih banyak lagi insulin, sebenarnya
ia cuba menggasak dan memaksa gula darah ke dalam sel-sel.
Akhirnya, sel-sel pembuat insulin menjadi lemah dan mengalami kegagalan.
Ini dikenali sebagai diabetes Jenis 2.
Mereka yang menghidapi pradiabetes mempunyai paras glukosa darah yang lebih
tinggi daripada normal tetapi tidak cukup tinggi untuk disahkan sebagai
pesakit diabetes sepenuhnya.
Penghidap pradiabetes mempunyai glukosa semasa berpuasa yang terjejas (6.1
hingga kurang daripada 7mmol/l).
Pada paras ini ia mengisyaratkan wujud risiko tinggi untuk menghidapi
diabetes Jenis 2 dalam masa 10 tahun yang berikutnya.
Sama ada pradiabetes akan berkembang menjadi diabetes jenis 2 sepenuhnya,
sebahagian besarnya bergantung kepada individu itu sendiri yang seharusnya
mengambil perhatian terhadap berat badan dan kegiatan senaman.
Cara pemakanan bukan sahaja dapat mencegah pradiabetes daripada menjadi
diabetes, tetapi juga dapat mengembalikan semula paras glukosa darah ke
julat yang normal.
Langkah-langkah pemantauan yang mudah:
Dengan melakukan beberapa perubahan boleh mengurangkan secara mendadak
kemungkinan untuk menghidapi diabetes jenis 2.
Contoh-contohnya termasuklah:
1. Kawal berat badan anda. Berat badan berlebihan merupakan satu penyebab
yang paling penting bagi diabetes jenis 2.
Mempunyai berat badan berlebihan akan meningkatkan tujuh kali ganda
kemungkinan untuk menghidapi diabetes jenis 2..
Berbadan gemuk akan membuatkan anda 20 hingga 40 kali lebih berkemungkinan
untuk menghidapi diabetes berbanding dengan mempunyai berat badan yang
sihat.
Mengurangkan berat badan boleh membantu sekiranya berat badan anda berada
di atas paras berat badan yang sihat.
Mengurangkan 7 hingga 10 peratus daripada berat badan anda sekarang dapat
menurunkan separuh kemungkinan untuk anda menghidapi diabetes jenis 2.
Bertindak sekarang. Ketidakaktifan menggalakkan diabetes jenis 2.
Bagi setiap dua jam anda duduk menonton TV selain daripada melakukan
kegiatan aktif lain, akan meningkatkan kemungkinan untuk menghidapi
diabetes sebanyak 14 peratus.
2. Menggiatkan otot-otot anda dengan kerap dan membuatkannya bekerja lebih
keras akan meningkatkan keupayaannya untuk menggunakan insulin dan menyerap
glukosa.
Ini akan mengurangkan tekanan ke atas sel-sel pembuat insulin anda.
3. Perbaiki cara pemakanan anda. Perubahan terhadap cara pemakanan boleh
mendatangkan kesan yang besar terhadap risiko diabetes jenis 2.
Pilihlah produk yang berbijirin lengkap berbanding karbohidrat yang
diproses seperti nasi putih, roti putih, roti canai, kuih-muih, dan
lain-lain.
Makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran segar. Lagi banyak warna
lagi baik.
4. Adalah penting juga untuk mengurangkan pengambilan gula yang bertapis
(gula putih). Apabila minum teh tarik, minta kurangkan gula atau kurangkan
minum teh tarik.
5. Suplemen-suplemen nutrisi. Membekalkan pesakit diabetes dan pradiabetes
dengan nutrien-nutrien penting terbukti dapat memperbaiki pengawalan gula
di samping mencegah atau mengurangkan perkembangan komplikasi-komplikasi
diabetes.
Contoh khusus nutrien-nutrien penting yang diperlukan oleh pesakit diabetes
dan pradiabetes dengan jumlah yang lebih tinggi daripada yang terdapat
dalam formula multivitamin dan mineral harian biasa ? Vanadil Sulfat,
Kromium, Biotin, vitamin B1, B6, B12, Niacinamide, vitamin C, vitamin E,
Mangan, Zink dan Selenium.
Asid Alfa Lipoik (ALA) juga telah pun terbukti dapat memberi manfaat kepada
pesakit diabetes, demikian juga kepada pesakit pradiabetes.
ALA telah digunakan lebih 30 tahun di Jerman untuk menentang kerosakan
saraf termasuk retinopati (kerosakan retina) bagi mereka yang menderita
diabetes (jenis 1 dan 2).
Kajian-kajian baru-baru ini menunjukkan bahawa ALA mencegah diabetes bagi
mereka yang berbadan gemuk dengan mengurangkan pengumpulan lipid dalam tisu
lemak.
"Semoga artikel ini dapat memberi manafa'at dan informasi berguna kepada
semua kawan-kawan dan ahli keluarga demi memenuhi tanggungjawab sosial.
Harap FORWARD kan artikel ini kepada teman-teman dan insan tersayang yang
anda kasihi sebagai satu amalan kebajikan ikhlas dari anda untuk mereka
semua."
Terimakasih.
MR E : kena tukar menu nih.....