Kenali Kami

Foto saya
Kuala Ketil, Kedah, Malaysia
Guru-guru dan kakitangan Sekolah Kebangsaan Teloi Timur, 09300, Kuala Ketil Kedah.

EXCO BKGSSKTT 2011

EXCO BKGSSKTT 2011

Pengerusi
: Mohammad Pisol bin Aziz

Naib Pengerusi : Za'im bin Omar

Setiausaha : Azrin bin Abdullah

Penolong Setiausaha : Mohd Nabil bin Othman

Bendahari : Sharifudin bin Ismail

AJK :

Yahaya bin Ismail
Ahmad Rashidi bin Jalil
Roslan bin Md. Ali
Nirmala a/p Sivanadam
Zunaidah binti Husain
Syafinah binti Mohd Saad
Azizah binti Mansor


Pemeriksa Kira-kira

Rohani binti Mat Saleh

Fauziah binti Saad

Jumaat, Mac 28, 2008

BERITA CIKGU ROSLAN....

dimaklumkan kepada semua bahawa Cikgu Roslan kini ditempatkan di Wad Kenanga 3B, Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. keadaan beliau diberitakan semakin baik dan dijangka akan menjalani sesi kedua kemoterapi sedikit masa lagi...

MR E

CUBA LAGI....

Pasukan nasyid sekolah telah menyertai MTQ peringkat daerah pada hari rabu yg lalu. nasib sekali lagi tidak menyebelahi kita apabila telah tewas dalam pertandingan nasyid serta tilawah kerana peserta tunggal kita, Emilia telah menarik diri dari pertandingan kerana 'kecederaan' pada saat-saat akhir..


Sekolah kita juga telah menyertai pertandingan bahasa inggeris peringkat zon pada hari khamis bertempat di SK Batu Pekaka. kita telah menyertai pertandingan 'action song' bagi tahap 1 dan 'story telling' bagi tahap dua. kesudahannya seperti yang telah dijangka, kita telah tewas dalam kedua-dua acara...

Semoka kekalahan tersebut menjadi ikhtibar dan pengajaran...cuba lagi lain kali.

MR E - kalau semua org menang, siapa yg kalah???

Selasa, Mac 25, 2008

PENGHARGAAN BUAT EN ZAIM

Pihak Unit ingin memanjatkan setinggi-tinggi perhargaan buat cikgu Zaim yang sanggup memikul tanggung jawab mengajar Matematik Tahun 6 untuk ketiga-tiga kelas.Walaupun agak berat...namun demi kecemerlangan anak didik kita di SKTT dan bagi menyambung kecemerlangan yang diimpikan oleh sahabat kita yang sedang terlantar menjalani rawatan...kita semua tiada pilihan...InshaAllah Tuhan akan memberkati apa yang kita semua korbankan.

Satu perbuatan..suatu pertanggungjawaban..Mr Con

POSITIF LAA...SIKIT!

Sering terpapar di dada akhbar,terpancar dikaca tv ...bertekak,bergaduh,tuduh-menuduh...Aku pun dah naik jelak.Aku tidak terniat untuk turut campur dalam hal politik ni...aku kan panjawat awam..tapi aku tetap berbangga kerana negara kita mempunyai pemimpin yang telah dilantik,belum dilantik,akan dilantik dan ada yang tidal akan dilantik langsung...yang pada hemat saya mempunyai semangat untuk berbakti dan berjasa pada rakyat yang susah ini.Tidak ada mana-mana negara dipelosok dunia ini yang berebut-rebut untuk berjasa pada rakyat..atau bahasa paling indah HAMBA RAKYAT!!Sanggup derhaka pada raja dan pada parti serta pemimpin tertinggi parti.Itu yang membuat aku kembang lubang hidung dan tersenyum lebar penuh bangga semasa aku berada dalam jamban.......Mereka ini ialah golongan yang sanggup berkorban masa,tenaga dan wang ringgit untuk memajukan bangsa mereka.Aku marah betul bila orang kata depa balaih duit! Tengok!Tengok!...depa pun hidup susah....heh!heh!

Mr Con-harap jangan majai dengaq.....

APABILA RUKUN NEGARA DIPIJAK....

sebagai rakyat biasa, hati ini rasa bengang yg amat apabila TERbaca satu artikel dalam akhbar beberapa hari lepas yg antara lain berbunyi 'En. Ahmad Said akan dikenakan tindakan sekiranya menerima jawatan MB Terengganu lantikan istana kerana menderhaka kepada parti'. APA NI!!!! rukun apa pulak yg diamalkan oleh sesetengah pihak di negara kita ni..lupakah kita semua pada prinsip rukun negara yg telah tertulis sekian lama? agaknya di fail-fail jabatan / kementerian tak ada tercatat prinsip rukun negara kita? mungkin rukun negara hanya layak dicetak pada buku-buku tulis pelajar-pelajar sekolah sahaja?????

MR E yg marah

BERITA CIKGU ROSLAN....

adalah dimaklumkan bahawa cikgu roslan akan dipindahkan ke hospital sultanah bahiyah (HSB) alor setar hari ini. meskipun keaadaan beliau beransur baik (pada pandangan MR E), doktor pakar yg berkenaan telah menyarankan agar beliau menerima rawatan susulan di sana. semoga beliau cepat sembuh dan kembali menyertai kita. meskipun beliau sakit, beliau masih lagi tidak putus-putus bertanyakan keadaan murid-murid tahun 6 yg diajarnya serta skuad hoki sekolah yg sedang berlatih untuk menyertai pertandingan peringkat daerah pada minggu hadapan. tidak dilupakan juga ucapan terima kasih kepada tuan PPD kita telah sudi melawat cikgu roslan,,,,'nasib baik sempat'...

MR E

Rabu, Mac 19, 2008

BERITA CIKGU ROSLAN....

Cikgu Roslan telah bertukar wad sekali lagi. kali ini beliau telah ditempatkan di aras 8, bunga raya 1, bilik 6. menurut isteri beliau, doktor pakar telah membuat lawatan pada hari ahad dan telah mengamuk apabila mendapati patient yg sedang menjalani kemoterapi ditempatkan bersama patient yg lain....terus ditukarnya cikgu roslan kita ke bilik lain...

Selasa, Mac 18, 2008

berita terkini Cikgu Roslan....




pada sabtu lalu, cikgu roslan telah dipindahkan ke wad kelas 2 bertempat di aras 8, bilik bunga raya 2 di atas kapasiti beliau sebagai orang GOMEN..pada hari isnin jam 1.00 tgh hari, majlis bacaan Yaasin telah diadakan di surau SKTT dan dihadiri oleh pelajar tahun 6 serta semua staff SKTT....

MR E

Ahad, Mac 16, 2008

Kenapa Orang Melayu Makan Dengan Tangan ?

Kenapa Orang Melayu Makan Dengan Tangan ?

Setiap bangsa di dunia ini punya budaya tersendiri. Oleh sebab makan itu satu perkara yang wajib dalam hidup, cara makan juga merupakan satu budaya. Masing-masing bangsa ada budaya mereka tersendiri bagaimana mereka makan. Misalnya orang Cina menggunakan kayu (chopstick) dan orang Barat pula menggunakan sudu dan garfu. Tentu ada sebab yang rasional kenapa mereka amalkan cara itu.

Orang Melayu makan biasanya menggunakan tangan kanan. Apakah rasionalnya dan kenapa orang Melayu makan dengan tangan ? Soalan ini dijawab dengan mudah di akhir abad ke 19 oleh seorang kerabat diraja Kedah yang menetap di Selangor bernama Tengku Kudin. Perkara ini diceritakan oleh seorang isteri pegawai tinggi British yang berkhidmat di Selangor pada masa itu dalam bukunya “Chersonese – The Guilding Off” oleh Emilly Innes.

Pada suatu hari Tengku Kudin telah dijemput oleh British Resident menghadiri satu jamuan makan malam di rumah resident tersebut. Ketika semua tetamu jemputan telah bersedia untuk menghadapi hidangan, Tengku Kudin tiba-tiba bangun menuju ke arah paip air dan membasuh tangannya. Tanpa menghiraukan orang lain semuanya menggunakan sudu dan garfu, beliau dengan selamba menyuap makanan ke mulutnya dengan tangannya... ......... !

Telatah Tengku Kudin ini diperhatikan oleh seorang wanita Inggeris yang kebetulan duduk di sisinya. Merasa tertarik dengan perlakuan Tengku Kudin itu wanita tersebut lantas bertanya: “Kenapa anda makan dengan tangan ? Bukankah menggunakan sudu dan garfu itu lebih bersih dan lebih sopan ?”

Dengan selamba Tengku Kudin menjawab lantang dan dapat didengari oleh orang lain. Katanya:
“Saya makan dengan menggunakan tangan saya sekurang-kurangnya ada tiga sebab:

Pertama: Saya tau tangan saya lebih bersih dari sudu dan garfu sebab saya sendiri yang membasuhnya – bukan orang lain. Sudu dan garfu itu dibasuh oleh orang lain yang belum tentu cukup bersih.

Kedua: Saya yakin tangan saya lebih bersih kerana tangan saya hanya saya seorang saja yang menggunakannya – tidak pernah dipinjam oleh orang lain, sedangkan sudu dan garfu itu ramai yang pernah menggunakannya

Ketiga: Saya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia tidak pernah jatuh dalam longkang.... ......... !!

Jawapan Tengkun Kudin ini menjadikan semua orang yang mendengarnya terlopong. Kalau sebelum itu ada antara mereka yang tersenyum sinis melihat Tengku Kudin menyuap makanannya dengan tangan tapi selepas itu masing-masing mengangguk mungkin kerana memikirkan ada logiknya jawapan tersebut.... ........

Moralnya:
Kita jangan lekas menghina atau memandang jijik perlakuan orang lain yang berlainan dengan budaya kita. Masing-masing ada rasionalnya kenapa mereka berbuat begitu...... ......... ..



MR E

berita terkini - CIKGU ROSLAN...

Cikgu Roslan telah dipindahkan dr ICU ke Wad Kenanga 7 Aras 6... ketika lawatan, beliau kelihatan semakit stabil sungguhpun nampak agak lemah....

SEMOGA CEPAT SEMBUH

MR E

Khamis, Mac 13, 2008

PENILAIAN TAHAP KESABARAN (PTK).....

selamat menduduki peperiksaan diucapkan kepada semua warga pendidik....

p/s- PTK ni bagus gak tp macam tak proper planning saja nampaknya..semalam MR E ambik kertas no 13 - pendidikan sukan utk DGA29 ( sekolah rendah punya). tapi yg tak fahamnya bila ada satu soalan tu tanya jumlah minit bagi subjek PJK setahun bagi sekolah menengah...RELEVAN KA MCM TU ???? betul-betul PENILAIAN TAHAP KESABARAN !!!!!

MR E

lagi berita Cikgu Roslan...

dimaklumkan kepada semua setelah pulang dr Hospital Sultanah Bahiyah pada Ahad lepas kerana menjalani peringkat pertama sesi kemoterapi, Cikgu Roslan telah mengalami beberapa komplikasi dan terpaksa dimasukkan ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani pada hari Isnin. Beliau sekarang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi, Aras 4 kerana memerlukan pengawasan menyeluruh dr pihak hospital. salam simpati buat beliau serta keluarga dan kami warga SKTT tidak putus-putus memanjatkan doa pada yg Maha Esa agar beliau akan kembali sembuh.......

MR E

Isnin, Mac 10, 2008

REVIEW PRU 12......

speechless, terkejut dan macam-macam lagi perasaan bila tengok result PRU 12 semalam. macam-macam andaian timbul. orang kampung aku punyalah kecoh," oppositors (pembangkang) dah kuat" kata depa. tapi berdasarkan survey aku, mana ada party yg boleh claim depa tu sebagai party monopoly kat malaysia ni. baik BN, PAS, PKR, DAP dll. berapa peratus sangat rakyat malaysia yg jadi ahli party politik. bagi aku, apa-apa saja yg berlaku masa PRU 12 semalam ditentukan oleh 'silent majority'. malah, 'silent majority inilah yg telah menentukan semua keputusan piluhanraya yg lepas-lepas. bezanya, kali ini kecenderungan 'silent majority ini telah bertukar atas alasan mereka sendiri. apapun, tahniah kepada yg berjaya. gunakan kepercayaan rakyat dengan sebaik-baiknya kerana peluang yg ditagih telah diberi dan tidak mustahil ia akan ditarik balik. kepada yg tidak berjaya, gunakanlah masa yg ada untuk membuktikan bahawa anda layak untuk merebut kembali apa yg hilang. tidak ada hak dalam politik. yg ada hanyalah hak rakyat untuk menentukan apa yg mereka mahu. jangan hidup dibuai sejarah...

ingat 'MELAYU MUDAH LUPA DAN MUDAH BUAT-BUAT LUPA"

MR E (aku pun silent majority jugak)

Sabtu, Mac 08, 2008

PILIHANRAYA UMUM....

SAYA INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT MENGUNDI KEPADA SEMUA WARGANEGARA MALAYSIA YANG LAYAK MENGUNDI. GUNAKANLAH HAK ANDA DENGAN SEBAIK-BAIKNYA. HABIS ELECTION NI HABIS LA, HARAP JANGAN TERBAWA-BAWA DENGAN EMOSI, FANATISME DAN LAIN-LAIN. SAPA PUN YG MENANG, KITA KENA KERJA JUGAK...LIFE GOES ON...

Mr E

Rabu, Mac 05, 2008

BERITA CIKGU ROSLAN....

di sini saya ingin memaklumkan bahawa staf kita Cikgu Roslan telah selesai menjalani peringkat pertama rawatan kemoterapi di HAS pagi tadi. menurut Mak Su (isteri beliau) ketika dihubungi, Cikgu Roslan dijangka berehat untuk sehari dua lagi bagi memastikan bahawa rawatan itu tidak mendatangkan sebarang kesan sampingan yg buruk sebelum dibenarkan pulang. doa dr seluruh warga SKTT agar Cikgu Roslan cepat sembuh dan akan kembali menyerikan padang hoki kita....

MR E

TAKZIAH......

takziah diucapkan kepada ustaz A kerana line streamyxnya telah menemui ajalnya akibat dicuri orang....semoga ustaz A dapat membuat comeback yg lebih hebat lagi pada kehidupan baru streamyxnya nanti....hehehehe

MR E

Sabtu, Mac 01, 2008

Liga Super. Lampu stadium yang tak super.

Inilah akibatnya! Kalau dah taksub sangat dengan Selangor. Asyik-asyik Selangor. Kalau Selangor menang bukan main besar lagi gambar dalam akhbar. Kalau kalah, hampehhh. Siaran langsung pulak nak cari game yang libatkan Selangor.

Apa dah jadi malam ini? Di venue lain dah habis separuh masa pertama, di Shah Alam masih belum tentu. Ketika kata sepakat untuk menunda perlawanan, tiba-tiba nak diteruskan pula. Semua ini gara-gara lampu limpah yang "sekejap ada sekejap tak ada". Nasib mung la Ganu ooo. Mung maing kat Selangor, jadi gitu pulok.


Ustad A menulis ........