Kenali Kami

Foto saya
Kuala Ketil, Kedah, Malaysia
Guru-guru dan kakitangan Sekolah Kebangsaan Teloi Timur, 09300, Kuala Ketil Kedah.

EXCO BKGSSKTT 2011

EXCO BKGSSKTT 2011

Pengerusi
: Mohammad Pisol bin Aziz

Naib Pengerusi : Za'im bin Omar

Setiausaha : Azrin bin Abdullah

Penolong Setiausaha : Mohd Nabil bin Othman

Bendahari : Sharifudin bin Ismail

AJK :

Yahaya bin Ismail
Ahmad Rashidi bin Jalil
Roslan bin Md. Ali
Nirmala a/p Sivanadam
Zunaidah binti Husain
Syafinah binti Mohd Saad
Azizah binti Mansor


Pemeriksa Kira-kira

Rohani binti Mat Saleh

Fauziah binti Saad

Sabtu, Julai 03, 2010

Raja Iskandar dan kaitannya dengan mitos Raja-raja Melayu

Dalam Sejarah Melayu, Tun Sri Lanang menceritakan asal usul mitos kerajaan Melayu Tua yang dikatakan berasal dari Bukit Si Guntang Mahameru. Menurutnya lagi, Raja-raja Melayu mengaitkan asal usul keturunan mereka kepada Raja Iskandar Zulkarnain. Berikut adalah ringkasan ceritanya:
  1. Tersebut kisah seorang raja bernama Iskandar digelar Zulqarnain berasal dari Macedonia.
  2. Berperang ia dengan Raja Kida Hindi dan berjaya menakluk negeri Hindi.
  3. Raja Kida Hindi menyerah kalah dan memeluk agama Nabi Ibrahim.
  4. Raja Iskandar kemudian bernikah dengan Puteri Raja Kida Hindi berwalikan Nabi Khidir.
  5. Hasil perkahwinan Raja Iskandar dan Puteri Raja Kida Hindi lahirlah seorang putera bernama Aristun Syah.
  6. Aristun Syah memanjangkan keturunannya hingga Raja Anusyirwan al-Adil yang memanjangkan pula sampai Raja Suran.
  7. Dari Raja Suran bermulalah keturunan Raja-raja Melayu.
  8. Raja Suran berkahwin dengan Mahbatul Bahr yang merupakan puteri Raja yang bernama Aftabul Ardh yang tinggal di dasar lautan.
  9. Selepas itu, Raja Suran berkahwin pula dengan puteri Raja Keling dan mendapat beberapa orang anak.
  10. Salah seorang anak Raja Suran adalah Bicitram Syah yang menjelma di atas Bukit Siguntang Mahameru dan menjadi Sang Sapurba Terambri Sri Buana iaitu Raja Melayu pertama di atas bumi ini.

Tiada ulasan: