Badan Kebajikan Guru dan Staf SKTT telah menganjurkan Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah bermula 17 hingga 19 Mei yang lalu. Pertandingan yang berformatkan kalah mati ini turut menetapkan syarat penyertaannya dengan setiap pasukan terdiri dari dua murid tahun enam, dua murid tahun lima, dua murid tahun empat dan seorang murid dari tahap satu.
Setiap pasukan bebas memilih nama masing-masing. Pada perlawanan akhir pasukan Barcelona mengalahkan pasukan T-Team 2-0 untuk muncul Juara. Rata-rata melahirkan rasa gembira dengan penganjuran dan berharap ia diadakan lai pada masa-masa akan datang.
Selain dapat mengurangkan sedikit rasa tegang dalam kelas, sekurang-kurangnya dapat juga mengurangkan aktiviti 'mat-mat motor junior' di jalanan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan