Hari ini telah berlangsungnya mesyuarat guru kali ke-3 bagi tahun 2008. Seperti biasa minit mesyuarat kali ke-2 diedarkan. Tiadalah Ustad A ingin mengulas mengenai minit mesyuarat itu.
Sebelum mesyuarat Pn. GB memerhati kalau-kalau ada guru yang tidak ikut serta. Memang adalah. Kawan Ustad A yang terpaksa bergegas ke hospital kerana menerima panggilan dari isterinya yang beberapa hari sudah menghuni di sana. Nampaknya Pn. GB kurang senang sebab kawan Ustad A tidak ada. Kalau nak dikira, takkan terjejas mesyuarat kerana kurang seorang. Tapi dah ....................... Malas cakap lah, AKU BERPUASA.
Maka mesyuarat pun dimulakan. Pn. GB sebagai pengerusi dalam ucapan aluannya seperti biasa membuat teguran, nasihat, penambahbaikan dengan nada yang ada kalanya macam nak marah. Selepas segala macam semburan dilepaskan dengan kata-kata yang agak menyakitkan hati para pendengar, tiba-tiba dia dah masuk hal-hal lain. Perkara-perkara yang selalu ditekankan supaya semua guru apabila bermesyuarat jangan tinggalkan semasa mesyuarat seperti membentang dan mengesah minit mesyuarat dan perkara berbangkit langsung tak disentuhnya. Seperti biasa juga dalam mana-mana mesyuarat, Pn. GB seorang saja yang bercakap. Tiada lah sebarang laporan diminta dari guru-guru. Hanya bila masuk hal-hal lain barulah PK-PK diminta bercakap.
Walaupun mesyuarat berlangsung selama hampir 2 jam, tetapi Ustad A rasa inilah mesyuarat paling ringkas kerana ada dua agenda saja. Aluan pengerusi dan hal-hal lain.
Selepas mesyuarat Ustad A memulangkan semula minit mesyuarat kepada Setiausaha. Menyedari tindakan Ustad A, Pn. GB bertanya. Lalu dijawab Ustad A, "minit mesyuarat tak disahkan, sebab tu saya bagi balik". Dia ketawa. Lupa katanya.
Moral of the story 'kalau kita sibuk melihat keburukan dan kelemahan orang lain, kita tiada masa melihat kelemahan sendiri.'

Tiada ulasan:
Catat Ulasan