Kenali Kami

Foto saya
Kuala Ketil, Kedah, Malaysia
Guru-guru dan kakitangan Sekolah Kebangsaan Teloi Timur, 09300, Kuala Ketil Kedah.

EXCO BKGSSKTT 2011

EXCO BKGSSKTT 2011

Pengerusi
: Mohammad Pisol bin Aziz

Naib Pengerusi : Za'im bin Omar

Setiausaha : Azrin bin Abdullah

Penolong Setiausaha : Mohd Nabil bin Othman

Bendahari : Sharifudin bin Ismail

AJK :

Yahaya bin Ismail
Ahmad Rashidi bin Jalil
Roslan bin Md. Ali
Nirmala a/p Sivanadam
Zunaidah binti Husain
Syafinah binti Mohd Saad
Azizah binti Mansor


Pemeriksa Kira-kira

Rohani binti Mat Saleh

Fauziah binti Saad

Khamis, Julai 28, 2011

Gemilang SK Teloi Timur

Kontinjen Olahraga SK Teloi Timur mencatat sejarah gemilang apabila muncul juara keseluruhan Kejohanan Padang dan Balapan Zon Kuala Ketil 2011 yang berlangsung pada hari ini di padan SMK Kuala Ketil. Kejayaan ini juga sangat bermakna memandangkan hampir 10 tahun SKTT tidak menggenggam gelaran juara.

2807201140328072011404

Setelah berakhirnya acara Lompat Tinggi Kelas 3 Perempuan yang menyaksikan pingat emas menjadi milik  atlet dari SKTT, menjadikan bilangan emas keseluruhan yang dipungut oleh kontinjen SKTT ialah lima meninggalkan pencabar terdekat dan penyandang juara SK Kuala Ketil yang hanya memungut 4 pingat emas.

28072011405

Pingat emas SKTT diperolehi melalui acara 100m(P), 200m(P), Lompat Jauh(P), Lompat Tinggi(P) dan 4X100m(P). Manakala pingat perak diperolehi melalui 200m(L) dan 4X200m(P). Pingat gangsa pula diperolehi melalui acara 100m(L) dan 4X100m(L).

28072011406

Namun ada sedikit kesilapan yang mengundang bantahan dari guru-guru pengiring SKTT apabila SK Kuala Ketil diumum sebagai juara. Walaubagaimanapun, kesilapan itu segera diperbetulkan dan SKTT diumum secara rasmi sebagai Juara Keseluruhan.

Sabtu, Julai 23, 2011

Lawan Singapura atau lawan kelab Eropah?

Ustad A yakin malam ini perhatian peminat-peminat bola sepak tanah air terarah kepada perlawanan Kelayakan Piala Dunia antara Malaysia dan Singapura. Ustad A juga tidak ketinggalan dan ketika ini Malaysia ketinggalan 1-4. Lebih malang lagi, Harimau Malaya baru kehilangan khidmat Ketua Pasukannya yang dilayangkan kad merah.

Selain pasukan Kedah dan pasukan negara, Ustad A kurang memberi perhatian kepada perkembangan pasukan lain di Asia Tenggara. Ustad A lebih berminat dengan pasukan-pasukan gergasi dari benua Eropah, Amerika dan Afrika.

Demikian pasukan Singapura. Ustad A langsung tak tahu yang mereka mempunyai pemain-pemain yang diimport dari serata dunia semata-mata untuk meningkatkan mutu bola sepak negara mereka. Pemain-pemain tersebut kemudian diberi hak kerakyatan tentunya. Tak kisahlah, itu urusan negara mereka.

Oleh kerana tak tahu menahulah, Ustad A jadi keliru bila melihat pasukan Singapura malam ini. Ustad A tertanya, Malaysia lawan Singapura atau lawan pasukan kelab dari Eropah? Maafkanlah kejahilan Ustad A.

Begitulah bola sepak mempengaruhi kehidupan masyarakat dunia. Untuk menang bola, ada negara sanggup berbelanja besar. Mujur Malaysia masih belum hilang akal untuk mengikut jejak langkah Singapura.

Dengan pemain-pemain bertaraf anak watan pun, Malaysia masih mampu menambah jaringan kepada 3 gol untuk bekalan pertemuan kedua di Kuala Lumpur nanti.

Begitupun tahniah kepada pasukan Singapura yang memenangi perlawanan malam ini melalui sentuhan-sentuhan ajaib pemain import.

Jumaat, Julai 22, 2011

Jangan tinggalkan doa

Tazkirah Jumaat: Jangan Tinggalkan Doa

Termasuk kekeliruan manusia yang paling besar adalah meninggalkan berdoa dan menjauhinya. Demikian itu disebabkan oleh beberapa hal.

Sebagian orang beranggapan bahwa tidak berdoa lebih baik daripada berdoa. Jelas anggapan ini bertentangan dengan dalil-dalil dari Al-Quran maupun hadis-hadis.

Imam Hafiz Ibnu Hajar berkata bahwa Qusyairy meriwayatkan dalam kitab Ar-Risalah tentang perbezaan pendapat dalam masalah berdoa, mana yang lebih baik berdoa atau diam tidak berdoa dan rela menerima ketentuan takdir. Sebahagian ulama bependapat bahawa lebih baik berdoa sebab dalil-dalil tentang doa banyak sekali dan berdoa sebagai bukti sikap rendah diri dan rasa memerlukan.

Sebahagian yang lainnya berpendapat bahawa diam dan rela menerima kehendak takdir lebih baik daripada berdoa sebagai bukti penyerahan dan kerelaan penuh dalam menerima pemberian dan kurnia Allah.

Orang yang berdoa tidak tahu apa yang telah diputuskan untuknya jika Allah telah mentakdirkan apa yang sedang diminta bererti memohon sesuatu yang sudah diberikan, dan apabila Allah tidak mentakdirkan apa yang diminta bererti melawan kehendakNYA.

Jawapan dari masalah tersebut sebagai berikut.:

Doa merupakan ibadah yang menjadi bukti ketundukkan dan kelemahan kita dihadapan Allah.

Jika seseorang itu berkeyakinan bahawa tidak akan terjadi kecuali sesuatu yang telah ditakdirkan, bukan berarti berdoa adalah tindakan melawan takdir akan tetapi untuk memperlihatkan rasa ketundukan kepada Allah. Kerana berdoa memiliki beberapa keutamaan ; antara lain mendapatkan pahala dari Allah atau untuk mendapatkan sesuatu yang tidak mungkin terjadi kecuali harus berdoa, kerana Allah menjadikan setiap sesuatu dengan sebab-sebabnya. [Fathul Bari 11/98]

Alasan-alasan oleh pihak yang menolak keutamaan berdoa.

[1]. Hadis yang berbunyi.
Ertinya : “Barangsiapa yang sibuk berzikir kepadaKu sehingga lupa berdoa, maka Aku akan memberinya sesuatu yang lebih baik dari apa yang Aku berikan kepada orang yang berdoa.” [Hadits ini daif.  Didaifkan oleh Ibnu Hajar, Fathul Bari 11/138]

[2]. Ucapan : “Mengkaji sifat-sifatKu cukup bagi hambaKu dari pada meminta kepadaKu.” Ucapan ini tidak benar bila disandarkan kepada Nabi Ibrahim bahkan ucapan tersebut batil. Sebab Allah tetap memerintahkan kita untuk berdoa, padahal Dia lebih tahu tentang sifat dan keadaan makhlukNya. [Al-Fawaid Al-Muntaqa hal.39]

Syaitan mendatangi seseorang lalu membisikkan supaya hamba itu meninggalkan berdoa, dan syaitan berkata: Wahai manusia, kamu adalah hamba yang banyak berbuat dosa dan ahli maksiat, bagaimana kamu berdoa kepada Allah sementara kamu sering meninggalkan perintahNya, lalu orang tersebut tergoda dan berhenti berdoa. Imam Hafiz Ibnu Hajar meriwayatkan ucapan dari Ibnu Uyainah: “Janganlah kalian berhenti berdoa tatkala merasa berdosa sebab Allah telah mengabulkan doa hambaNya yang paling jahat yaitu Iblis tatkala berdoa. (Artinya) Ya Allah beri tangguhlah saya sampai waktu mereka dibangkitkan.” [Al-A’raaf : 14] [Fathul Bari 11/144-145]

Betapa ramainya dari kalangan manusia tidak mengerti keutamaan dan kemuliaan berdoa. Al-Mubarak Furi berkata: “Ketahuilah bahawa berdoa dan memohon kepada Allah adalah ibadah yang paling utama dan mulia, Allah memerintahkan kepada hambaNya dan Allah menjamin akan mengkabulkan doa tersebut. [Mara atul Mafatih 7/339]

Imam Syafii berkata dalam syairnya,
Apakah kamu melecehkan dan meremehkan doa;
Kamu tidak tahu rahsia yang terkandung dalam berdoa;
Panah di malam hari tidak mampu ditelusuri;
Namun semua pasti mempunyai batas akhir.

:: Dari buku Jahalatun Nas Fid Doa(جهالة الناس فى الدعاء) edisi Indonesia Kesalahan Dalam Berdoa hal. 33-36 Darul Haq

SUMBER: Azridul Menulis

Sabtu, April 23, 2011

Poco-poco: Majlis Fatwa Kata halal dan hormati Fatwa Perak.

Muzakarah Fatwa Kebangsaan Tidak Halang Poco-Poco Di Negeri Lain

22 April  -- Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan pada Jumaat memutuskan untuk tidak menghalang tarian poco-poco di kalangan umat Islam selagi ia tidak melanggar garis panduan yang ditetapkan, kata Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin.

Sehubungan itu masyarakat Islam dinasihatkan sentiasa berhati-hati dan merujuk kepada garis panduan yang dikeluarkan badan itu sejak 2007 yang antara lain tidak melakukan ritual ibadat bukan Islam, menjaga pergaulan lelaki dan perempuan serta pakaian yang sesuai.

"Sekiranya tidak melanggar (peraturan ) maka tiada halangan. Malah kalau ia mendatangkan kebaikan kepada kesihatan, maka kita rasa tiada halangan kepada perkara itu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan di sini.

Bagaimanapun beliau berkata Majlis Fatwa Kebangsaan tetap menghormati keputusan Majlis Fatwa Perak untuk mengharamkan tarian itu seperti diumumkan muftinya Tan Sri Harussani Zakaria sebelum ini kerana mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh.

Sementara itu, Harussani yang turut menghadiri muzakarah itu ketika dihubungi berkata fatwa pengharaman itu dibuat selepas terdapat pertanyaan daripada persatuan Islam di Perak sama ada tarian itu patut diharamkan atau sebaliknya.

"Selepas itu kajian dibuat dan didapati ada unsur itu. Negeri-negeri lain tiada permintaan untuk mengkaji tarian itu sebab itu tiada fatwa mengenainya dibuat," katanya.
[BERNAMA]

Jumaat, April 15, 2011

Jamuan tamat latihan guru-guru praktikum IPSAH

Badan Kebajikan Guru & Staf SK Teloi Timur telah mengadakan satu majlis sempena meraikan tamatnya latihan praktikal dua guru pelatih dari IPG Kampus IP Sultan Abdul Halim, Cikgu Shahir dan Cikgu Fakhri. Kedua mereka menjalani praktikum selama dua bulan sejak 20hb. Mac.

1404201115814042011159

Majlis ringkas itu yang bermula jam 2.00 petang hari Khamis yang lalu turut memuatkan ucapan dari kedua-dua yang diraikan selain ucapan dari Guru Besar, En. Azizi.

140420111601404201116114042011163

Selesai ucapan, En. Azizi telah menyampaikan cenderamata sebagai tanda penghargaan dan terima kasih pihak sekolah. Cikgu Shahir dan Cikgu turut menyampaikan cenderamata tanda kenangan kepada pihak sekolah.

140420111651404201116414042011166

Akhir majlis, semua jemputan dijamu dengan kuayteaw kungfu.

1404201116714042011168

Badan Kebajikan Guru dan & Staf SKTT mengucapkan selamat maju jaya dalam pelajaran dan pekerjaan nanti. Jangan serik untuk datang lagi  dan rajin-rajinlah menjenguk kami di sini. Kami juga mengucapkan terima kasih di atas sumbangan yang dihulurkan sepanjang masa cikgu-cikgu berada dalam keluarga SKTT.