Kenali Kami

Foto saya
Kuala Ketil, Kedah, Malaysia
Guru-guru dan kakitangan Sekolah Kebangsaan Teloi Timur, 09300, Kuala Ketil Kedah.

EXCO BKGSSKTT 2011

EXCO BKGSSKTT 2011

Pengerusi
: Mohammad Pisol bin Aziz

Naib Pengerusi : Za'im bin Omar

Setiausaha : Azrin bin Abdullah

Penolong Setiausaha : Mohd Nabil bin Othman

Bendahari : Sharifudin bin Ismail

AJK :

Yahaya bin Ismail
Ahmad Rashidi bin Jalil
Roslan bin Md. Ali
Nirmala a/p Sivanadam
Zunaidah binti Husain
Syafinah binti Mohd Saad
Azizah binti Mansor


Pemeriksa Kira-kira

Rohani binti Mat Saleh

Fauziah binti Saad

Jumaat, Mac 26, 2010

Tahniah

Badan Kebajikan Guru dan Staf SKTT mengucapkan tahniah kepada En. Nabil yang baru menyambut kelahiran cahaya mata kedua pada Selasa yang lalu.

Rasanya juga tidak terlewat untuk mengucapkan tahniah kepada En. Zaim atas sebab yang sama. Nampaknya kedua-dua saling bersaing untuk menentukan siapa yang lebih jaguh.


::Admin


Khamis, Mac 25, 2010

Pertandingan Melukis

Satu pertandingan melukis sempena program pencegahan anti dadah telah diadakan pada hari Rabu 24 Mac 2010 jam 4.00 petang. Murid yang terlibat dari Tahun 4,5 dan 6. Program dijalankan di dua tempat. Bagi murid Tahun 4 dan 5 ia diadakan di kantin sementara Tahun 6 menjalani aktiviti melukis di kelas masing-masing.












:: Admin

MTQ 2010/1431H

Pada hari Rabu, 24 Mac 2010 bersamaan 8 Rabi'ul Awal 1431 telah berlangsung Hari ko Kurikulum Pendidikan Islam Zon Kuala Ketil. Kali ini, SK Kuala Ketil telah terpilih sebagai tuan rumah. Program yang bermula jam 8.30 pagi dan berakhir kira-kira jam 12.30 tengahari telah disempurnakan penutupannya oleh Ustaz Yusof Abdullah selaku Penyelia Pendidikan Islam, Pejabat Pelajaran Daerah Baling Sik.


Taklimat hakim


sebahagian peserta yang mengambil bahagian

SK Teloi Timur turut mengambil bahagian dalam semua acara yang dipertandingkan dan berjaya membawa pulang satu pingat menerusi Nurul Shafikah bt Ahmad Rashidi yang muncul Johan Hafazan kategori perempuan.


pemenang acara Hafazan(P) dan rakan-rakan

Selain itu, SKTT turut menyumbang idea dan tenaga menjadi jawatankuasa induk dan jawatankuasa pengelola program. Selaku jawatankuasa induk, SKTT mengendalikan bahagian Kehakiman sementara mengelolakan acara kuiz merupakan tugas selaku jawatankuasa pengelola.

Apa yang membanggakan ialah komitmen dan kesungguhan semua GPI Zon Kuala Ketil yang menyumbangkan seorang RM10 semata-mata bagi memastikan kejayaan program yang dirancang.


::Ketua Panitia PAI

Ahad, Mac 21, 2010

Bilik Kecemerlangan UPSR


Asalnya bilik ini merupakan bilik kelas 6 Excel. Kelas 6 Excel adalah salah satu dari tiga kelas bagi tahun 6. Oleh kerana jumlah murid tahun 6 berkurangan pada tahun ini, maka bilangan kelas turut dikurangkan kepada dua sahaja. Justeru bilik ini dijadikan Bilik Kecemerlangan UPSR. Selain itu, bilik ini turut digunakan untuk memantau disiplin murid-murid khususnya murid-murid Tahun 6 yang bakal menduduki UPSR 2010. Dengan adanya bilik ini, sedikit sebanyak masalah disiplin seperti bising dalam kelas dan sikap suka berkeliaran di luar kelas dapat di atasi.

Kewujudan bilik ini merupakan ilham dari bekas Guru Besar iaitu En. Mohamad bin Ab Hamid yang kini bertugas di SK Jalan Hang Tuah 2. Bagi menjadikan bilik ini berfungsi seperi yang direncanakan, beberapa orang guru telah mengambil posisi dalam bilik ini dan bertindak memantau perjalanan kelas tahun 6 yang kedudukannya bersebelahan dengan bilik ini.

Oleh kerana terdapat sebilangan guru lelaki menjadikan bilik ini sebagai 'port', ia kelihatan seperti bilik guru lelaki. Sebenarnya ia Bilik Kecemerlangan UPSR dan fungsinya masih seperti yang diilhamkan oleh En. Mohamad.

:: Admin

MTQ

Majlis Tilawah Al-Quran (MTQ) bagi zon Kuala Ketil akan diadakan pada hari Rabu ini bertempat di SK Kuala Ketil. Ketika ini peserta yang terpilih untuk mewakili SK Teloi Timur sedang giat menjalani latihan di bawah seliaan Ketua Kontinjen, Ustazah Zunaidah bt Husain.

Pengalamannya selama 15 tahun mengendalikan pasukan MTQ di beberapa buah sekolah khususnya di Sabah akan dicurahkan sepenuhnya untuk menghasilkan kejayaan mengembalikan kejuaraan yang lama terlepas dari genggaman.

Kepada semua warga SKTT marilah kita doakan kejayaan peserta-peserta sekolah kita.

:: Admin