Kenali Kami

Foto saya
Kuala Ketil, Kedah, Malaysia
Guru-guru dan kakitangan Sekolah Kebangsaan Teloi Timur, 09300, Kuala Ketil Kedah.

EXCO BKGSSKTT 2011

EXCO BKGSSKTT 2011

Pengerusi
: Mohammad Pisol bin Aziz

Naib Pengerusi : Za'im bin Omar

Setiausaha : Azrin bin Abdullah

Penolong Setiausaha : Mohd Nabil bin Othman

Bendahari : Sharifudin bin Ismail

AJK :

Yahaya bin Ismail
Ahmad Rashidi bin Jalil
Roslan bin Md. Ali
Nirmala a/p Sivanadam
Zunaidah binti Husain
Syafinah binti Mohd Saad
Azizah binti Mansor


Pemeriksa Kira-kira

Rohani binti Mat Saleh

Fauziah binti Saad

Jumaat, Mac 12, 2010

Bayaran wad mansuh

KUALA LUMPUR 10 Mac – Kerajaan akan memansuhkan bayaran wad yang dikenakan terhadap kakitangan dan pesara perkhidmatan awam yang mendapatkan rawatan di hospital kerajaan berkuat kuasa 1 April ini.

Mereka yang akan mendapatkan faedah daripada pengumuman baru kerajaan ini membabitkan 1,253,026 penjawat awam yang masih berkhidmat dan juga 528,583 pesara.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam berkata, menurut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2010 yang dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Awam, pemansuhan itu turut melibatkan anggota keluarga dan ibu bapa mereka.

Bagaimanapun, kata beliau, bagi pesara pula, ia hanya tertakluk kepada penerima pencen iaitu isteri serta anak-anak dan tidak melibatkan ibu bapa.

“Pemansuhan bayaran wad itu juga tidak menjejaskan kelayakan wad yang ditetapkan untuk pegawai berdasarkan gred pegawai,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, kelayakan wad untuk pegawai pengurusan tertinggi, Gred 45-54 ialah Kelas 1 bilik seorang (RM10 sehari), Gred 31-44 (Kelas 1 bilik berdua iaitu RM8 sehari), Gred 21-30 (Kelas 1 bilik bertiga iaitu RM6 sehari) dan Gred 1-20 (Kelas 2) iaitu RM3 sehari.

Kata beliau, kelayakan untuk anggota keluarga dan ibu bapa adalah berdasarkan kelayakan yang ditetapkan kepada pegawai awam berkenaan.

Kelayakan wad untuk pesara dan anggota keluarga mereka pula adalah berdasarkan gred hakiki terakhir pegawai sebelum bersara.

Ismail berkata, jika pegawai awam, pesara, anggota keluarga atau ibu bapa meminta untuk dimasukkan ke dalam wad yang lebih tinggi daripada kelayakan ditetapkan, pegawai awam atau pesara itu perlu membayar bayaran wad mengikut kadar yang dikenakan ke atas orang awam.

“Pegawai dan pesara juga dikehendaki membayar deposit sebelum dimasukkan ke wad yang lebih tinggi mengikut kadar yang ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata, dengan berkuat kuasanya pekeliling perkhidmatan itu, perenggan C2 berkaitan kelayakan dan kadar bayaran wad di Lampiran C8 Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002 adalah terbatal.

Selain itu, pekeliling baru ini juga membatalkan kenyataan di perenggan 11 berkaitan kadar bayaran wad sehari di Lampiran O Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 1991, dan Bahagian J berkaitan permohonan perbelanjaan bagi rawatan di luar negeri di Lampiran B Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 21 Tahun 2009.

Menurut beliau, peruntukan pekeliling perkhidmatan itu pada keseluruhannya turut dipanjangkan kepada semua kakitangan perkhidmatan awam negeri, pihak berkuasa berkanun dan pihak berkuasa tempatan.

Guru baru gagal lapor diri akan digugurkan - Puad

KUALA TERENGGANU 11 Mac – Para pendidik yang baru tamat pengajian tetapi gagal melaporkan diri untuk berkhidmat mengikut tarikh yang ditetapkan akan menghadapi tindakan digugurkan sebagai guru.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, meskipun kes tersebut adalah terpencil, namun amaran perlu dikeluarkan bagi mengatasi masalah kekurangan guru khususnya di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak.

"Kebanyakan guru tidak menolak untuk ke pedalaman cumanya ada segelintir sahaja guru yang kita suruh pergi, dia tak mahu pergi. Isu kekurangan guru berpunca daripada guru opsyen.

"Guru opsyen ini seperti guru Sejarah, Kemahiran Hidup dan Bahasa Inggeris. Kebanyakan mereka berpindah tetapi tidak ada ganti.

“Kalau contohnya seorang guru itu sanggup ke pedalaman memandangkan ia kampung halamannya, kalau dia mengajar agama, guru itu tidak boleh mengajar Bahasa Inggeris kerana standardnya tidak akan sama seperti yang kita (kementerian) mahukan,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru dan majlis penyampaian sijil kepada lima pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Terengganu di Sekolah Menengah Kebangsaan Kompleks Mengabang Telipot, dekat sini.

Mohd. Puad berkata, guru yang digugurkan bagaimanapun masih boleh membuat rayuan dengan mengemukakan bukti dan alasan yang boleh menjadi pertimbangan kepada pihak kementerian untuk dikekalkan sebagai guru. – Bernama

Isnin, Mac 08, 2010

Ucapan





Selamat menduduki ujian PKBS 1

kepada semua murid Sekolah Kebangsaan Teloi Timur.

Semoga beroleh kejayaan.

Isnin, Februari 08, 2010

Rangkuman

Badan Kebajikan Guru dan Staf SKTT telah mengadakan Mesyuarat Tahunan pada 20hb. Januari yang lalu. Dalam mesyuarat tersebut, selain membincangkan aktiviti-aktiviti sepanjang tahun lalu dan kemajuan kelab seterusnya, turut dilangsungkan pemilihan pucuk pimpinan baru bagi sesi 2010. Pemilihan kali ini menyaksikan Encik Mohamad Pisol dipilih sekali lagi menerajui kelab. Manakala bagi jawatan Naib Pengerusi dipegang oleh muka baru iaitu Pn. Fauziah Saad. En. Azrin dan Pn. Hamizah kekal sebagai Setiausaha dan Bendahari. Mesyuarat turut bersetuju menyerahkan kepada MT yang dipilih untuk melantik jawatankuasa tambahan.

Pada 28hb. Januari, mesyuarat AJK pertama telah diadakan. Antara agenda yang dibincangkan ialah berkaitan usul mengenai yuran ahli yang ditetapkan sebanyak RM10 seorang per bulan. Manakala agenda utama dalam mesyuarat tersebut ialah merancang satu majlis jamuan perpisahan sempena pertukaran empat orang guru iaitu En. Mohamad (GB), Pn. Siti Norbaya, Pn. Razah dan Pn. Kamsiah.

Majlis jamuan tersebut telah diputuskan dan berjaya dilaksanakan pada 3hb. Feb bermula jam 2.30 petang dengan kehadiran ahli beserta tetamu yang diraikan. Turut serta ialah AJK PIBG dan guru-guru dari kelas pengajian Fardu Ain (KAFA). Namun agak terkilan kerana bekas GB yang kini sedang bertugas di SK Jalan Hang Tuah 2 Kuala Lumpur memaklumkan yang beliau tidak dapat hadir. Sementara Pn. Kamsiah tidak dapat hadir kerana tidak mendapat pelepasan GB SK Tembak. Agak menghairankan pihak penganjur kerana majlis tersebut diadakan pada sebelah petang dan waktu pembelajaran sudah tamat.

Demikianlah rangkuman aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan oleh kelab sepanjang bulan Januari yang lalu.


::Setiausaha

Khamis, Januari 07, 2010

Permulaan 2010

Sudah seminggu sesi persekolahan 2010 dimulakan. Seperti yang diarahkan, P&P berjalan serentak dengan bermulanya hari pertama persekolahan. Mesyuarat guru yang pertama sudah dijalankan sebelum masuk tahun baru lagi. Begitu juga dengan pendaftaran murid tahun satu dan hari pembayaran yuran. Ini tidaklah pelik memandangkan semua sekolah melakukan hal yang sama.

Blog ini juga akan kembali berisi, insya Allah. Cuma terdapat sedikit masalah yang melibatkan kabel streamyx yang menyebabkan akses ke internet tidak boleh dilakukan. Justeru aktiviti mengemaskini blog berjalan agak perlahan.

Sebagai permulaan 2010 terimalah ucapan dari kami, Selamat Tahun Baru dan Selamat Kembali ke Sekolah. Jumpa lagi.