Kenali Kami

Foto saya
Kuala Ketil, Kedah, Malaysia
Guru-guru dan kakitangan Sekolah Kebangsaan Teloi Timur, 09300, Kuala Ketil Kedah.

EXCO BKGSSKTT 2011

EXCO BKGSSKTT 2011

Pengerusi
: Mohammad Pisol bin Aziz

Naib Pengerusi : Za'im bin Omar

Setiausaha : Azrin bin Abdullah

Penolong Setiausaha : Mohd Nabil bin Othman

Bendahari : Sharifudin bin Ismail

AJK :

Yahaya bin Ismail
Ahmad Rashidi bin Jalil
Roslan bin Md. Ali
Nirmala a/p Sivanadam
Zunaidah binti Husain
Syafinah binti Mohd Saad
Azizah binti Mansor


Pemeriksa Kira-kira

Rohani binti Mat Saleh

Fauziah binti Saad

Khamis, Mei 14, 2009

Adab Kepada Guru

Seorang Muslim mesti menunjukkan akhlak yang baik kepada gurunya. Keredaan guru penting dalam memperolehi keberkatan dalam pelajaran. Antara akhlak yang baik terhadap guru ialah:

  1. Memberi salam dan ucapan yang baik apabila bertemu dengannya sebagai tanda hormat. 
  2. Sentiasa meminta nasihat dan pandangan yang baik dari guru-guru apabila mempunyai sebarang kemusykilan.
  3. Janganterlalu banyak bercakap di hadapan guru kecuali yang perlu.
  4. Jangan menduga dan menguji guru.
  5. Jangan memperkecilkan kekurangan guru.
  6. Sentiasa menjaga hatinya.
  7. Tumpukan perhatian semasa guru mengajar.
  8. Sentiasa mengingati dan mendoakan guru.
"SELAMAT HARI GURU"

Rabu, Mei 06, 2009

Mesyuarat Tahunan 2009

Badan Kebajikan Guru dan Staf Sekolah Kebangsaan Teloi Timur(BKGSSKTT) telah mengadakan Mesyuarat Tahunan bagi tahun 2009 pada Rabu, 6hb. Mei 2009 bertempat di Bilik Gerakan SKTT. Dalam mesyuarat tersebut S/U dan Bendahari masing-masing telah membentangkan laporan aktiviti dan kewangan sepanjang sesi yang lalu. 

Selain itu, mesyuarat yang dipengerusikan oleh En. Mohamad Pisol turut memilih barisan AJK yang baru setelah barisan AJK bagi tahun 2008 dibubarkan. Berikut adalah AJK yang dipilih dalam mesyuarat tersebut: 

Pengerusi: En. Mohamad Pisol

Naib Pengerusi : En Yahaya

Setiausaha : En. Azrin

Penolong Setiausaha : Pn. Siti Fitriah

Bendahari : Pn. Hamiza 

Mesyuarat sebulat suara menyerahkan mandat kepada Pengerusi untuk melantik AJK tambahan seramai enam orang dari kalangan guru dan seorang dari kalangan staf sokongan. Mesyuarat turut membentang dan membincangkan beberapa isu dan usul untuk ditangani oleh AJK yang baru dilantik.

Dalam ucapannya selaku Pengerusi BKGSSKTT yang baru, beliau mengucapkan terima kasih di atas kepercayaan yang diberi oleh ahli-ahli badan dan berharap dapat diberi kerjasama sepenuhnya oleh AJK dan ahli bagi menerajui badan dengan jayanya.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.20 petang.

Sabtu, Mei 02, 2009

Maksud hari di sisi Allah

Allah berfirman yang bermaksud, "Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam tempoh enam hari ......" (al-A'raf:ayat54).

Tidak dapat diragukan lagi, bahawa maksud sebenar 'enam hari' seperti yang dijelaskan dalam ayat 54 surah al-A'raf itu tidaklah sama seperti enam hari yang dilalui manusia di bumi ini. Lalu apakah maksud sebenarnya?

Kemungkinan maksud enam hari itu ialah enam kali atau enam putaran falak. Mungkin juga ia membawa maksud waktu atau masa tetapi tidak diketahui batasannya.

Dalam struktur tatabahasa bahasa Arab, maksud "hari" (ayyam) ialah "waktu" yang terjadi, di dalamnya ada pengaruh masalah-masalah yang mengikuti hari-hari kita yang tidak berdasarkan sekadar terbit atau terbenamnya matahari.

Di dalam kitab suci al-Quran disebutkan juga satu hari di sisi Allah sama dengan seribu tahun bagi kita seperti yang difirmankan Allah dalam surah al-Hajj ayat ke-47 yang bermaksud, ".... sesungguhnya sehari di sisi Tuhanmu adalah sebanding dengan seribu tahun dari tahun-tahun yang kamu hitung." 

Disebutkan juga dalam al-Quran bahawa sehari pada hari kiamat sama 50 ribu tahun di dunia. Allah berfirman yang bermaksud, "...pada hari itu (Kiamat), sehari sama dengan 50 ribu tahun"(al-Ma'aarij: ayat 4).

Dua contoh ayat di atas menunjukkan perbezaan tempoh hari di sisi Allah dengan masa yang kita lalui. Sedang hikmah di sebalik penciptaan langit dan bumi yang memakan masa enam hari hanya Allah yang mengetahuinya. Hakikatnya Allah juga mempunyai kekuasaan untuk mencipta semua makhluk di alam ini lebih cepat dari kedipan mata.


:: rujukan Ustad A: Buku Fatawa Qharadhawi