Kenali Kami

Foto saya
Kuala Ketil, Kedah, Malaysia
Guru-guru dan kakitangan Sekolah Kebangsaan Teloi Timur, 09300, Kuala Ketil Kedah.

EXCO BKGSSKTT 2011

EXCO BKGSSKTT 2011

Pengerusi
: Mohammad Pisol bin Aziz

Naib Pengerusi : Za'im bin Omar

Setiausaha : Azrin bin Abdullah

Penolong Setiausaha : Mohd Nabil bin Othman

Bendahari : Sharifudin bin Ismail

AJK :

Yahaya bin Ismail
Ahmad Rashidi bin Jalil
Roslan bin Md. Ali
Nirmala a/p Sivanadam
Zunaidah binti Husain
Syafinah binti Mohd Saad
Azizah binti Mansor


Pemeriksa Kira-kira

Rohani binti Mat Saleh

Fauziah binti Saad

Isnin, Disember 01, 2008

PIKOM PC FAIR 2008(3)

di maklumkan bahawa PIKOM PC FAIR 2008 kali ke-3 akan berlangsung seperti berikut:

PIKOM PC Fair 2008 (III) - Dates and Venues

5 - 7 December 2008 (11:00 am - 9:00 pm)

Penang International Sports Arena, Penang - Jalan Tun Dr Awang, 11900 Relau

Sabah Trade Centre, Kota Kinabalu, Sabah - Jalan Istiadat, Teluk Likas, 88400 Kota Kinabalu

Central Square, Sungai Petani, Kedah - Jalan Kampung Baru, 08000 Sungai Petani

Dewan SJK(C) Yuk Choy, Ipoh, Perak - 195, Jalan Sultan Iskandar, 30000 Ipoh

Berjaya Megamall, Kuantan, Pahang - Jalan Tun Ismail, Sri Dagangan, 25000 Kuantan

12 - 14 December 2008 (11:00 am - 9:00 pm)

KL Convention Centre, Kuala Lumpur - Kuala Lumpur City Centre, 50888 Kuala Lumpur

Mahkota Parade Melaka, Melaka - Jalan Merdeka, 75000 Bandar Hilir

Dewan Suarah, Bintulu, Sarawak -
Jalan Tun Ahmad Zaidi, 97008 Bintulu

Batu Pahat (BP) Mall, Batu Pahat, Johor - Jalan Kluang, 83000 Batu Pahat

19 - 21 December 2008 (11:00 am - 9:00 pm)

Persada Johor International Convention Centre, Johor Bahru - Jalan Abdullah Ibrahim, 80000 Johor Bahru

Dewan 2020, Kangar, Perlis - 01000, Kangar

Dewan Tunku Ibrahim Ismail, Kluang, Johor - 86000, Kluang


DATANGLAH BERAMAI-RAMAI MENGHABISKAN DUIT ANDA!!!!

MR E - frust jugak sebab PC FAIR kat SP tak kena time....tak pa, MR E akan menyerang PC FAIR KANGAR untuk menghabiskan duit bonus.....sapa nak follow????

SELAMAT PENGANTIN BARU.....

Dengan ini MR E mewakili semua warga SKTT mengucapkan tahniah dan selamat pengantin baru kepada Sdr. Abdul Roni (runner) di atas sempurnanya majlis resepsi perkahwinan beliau dgn isteri tercinta...semoga ikatan ini akan berkekalan dunia dan akhirat...AMIN...

MR E - kenyang makan gulai kerbau....

Sabtu, November 29, 2008

TAKZIAH

Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un.

Ustad A ucap takziah di atas kembalinya kerahmatullah Allahyarham Datuk Razali Ismail, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia. Semoga keluarga Allahyarham tabah menerima ujian ini dan reda dengan kehendak Yang Maha Berkuasa. Sesungguhnya dari Allah kita datang dan kepada-NYA kita kembali.

Ustad A kenal Allahyarham Datuk Razali sejak mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Kota Bharu. Ketika itu Allahyarham adalah Timbalan Pengetua. Allahyarham dikenali sebagai seorang yang banyak idea dan petah berpidato. Sering menggalakkan guru-guru pelatih supaya banyak membaca dan sentiasa mencadangkan program-program berbentuk ilmiah.

Ustad A teringat semasa mula-mula masuk maktab, Allahyarham menerangkan motto MPKB iaitu GILANG yang bermaksud Gigih, Iltizam dan Cemerlang. Satu persatu dihuraikan dan kami mendengarnya penuh minat kerana tertarik dengan gayanya ketika berucap.

Allahyarham meniti kerjayanya dengan cemerlang. Sebaik melangkah meninggalkan MPKB, dilantik pula sebagai Pengetua maktab di Terengganu (sori, Ustad A tak ingat maktab mana). Kemudian jadi Pengarah JPN Terengganu. Seterusnya Pengarah Bahagian Latihan Guru di Kementerian Pendidikan (masa tu Kementerian Pendidikan Lagi).

Pada tahun 2004, Allahyarham menang pilihanraya dan jadi Ahli Parlimen Kuala Terengganu. Dalam pilihanraya 2008, menang lagi dan dilantik sebagai Timbalan Menteri Pelajaran. Sesuai sangatlah dengan pengalamannya.

Ustad A kerap juga mengikuti perkembangannya sementelahan mengenangkan jasa dan kebaikannya semasa jadi Timbalan Pengetua di MPKB dulu.

Semoga rohnya di tempatkan bersama para kekasih Allah. Allahummaghfirlahu, warhamhu, wa'aafihi wa'fu'anhu. Amin.

Selasa, November 25, 2008

Perihal KWSP.....



Lebihan duit untuk perbelanjaan sekarang bermakna kuranglah duit yg akan dibelanjakan sewaktu persaraan kelak. pengurangan 3% potongan bagi caruman KWSP pada tahun hadapan seperti yg telah diumumkan oleh Menteri Kewangan baru-baru ini nyata mengejutkan banyak pihak. rata-rata pencarum KWSP telah membantah kaedah pengurangan caruman ini. mungkin kesedaran serta pengetahuan tentang kewangan di kalangan rakyat telah bertambah baik..rajah di atas meupakan perkiraan KERUGIAN yg bakal dihadapi oleh pencarum KWSP kesan dr pengurangan caruman KWSP selama 2 tahun (2009 hingga 2010).

MR E - dalam depa dok suruh turun deduction sampai 8%. MR E ingat nak up lagi caruman MR E dr 11% jadi 15% ka, 20% ka demi merealisasikan impian MR E untuk jadi jutawan masa pencen nanti, insyaallah.....

Ahad, November 16, 2008

UPSR 2008

adalah dimaklumkan bahawa keputusan UPSR 2008 bagi SK Teloi Timur adalah seperti berikut:

Bilangan calon yg mendapat 5A - 5 orang
Bilangan LSMP - 44 dr 71 calon
Peratus keseluruhan - 61.97%

Kelulusan mengikut matapelajaran :

BM Pemahaman - 91.5%
BM Penulisan - 78.9%
B Inggeris - 83.1%
Matematik - 69.0%
Sains - 84.5%

Keputusan ini telah disambut dengan rasa syukur oleh semua pihak; murid, ibubapa, guru dsb...

MR E - rasanya tak ada respon pun dr pihak guru besar pada hari tersebut...pasai apa ya?????