Kenali Kami

Foto saya
Kuala Ketil, Kedah, Malaysia
Guru-guru dan kakitangan Sekolah Kebangsaan Teloi Timur, 09300, Kuala Ketil Kedah.

EXCO BKGSSKTT 2011

EXCO BKGSSKTT 2011

Pengerusi
: Mohammad Pisol bin Aziz

Naib Pengerusi : Za'im bin Omar

Setiausaha : Azrin bin Abdullah

Penolong Setiausaha : Mohd Nabil bin Othman

Bendahari : Sharifudin bin Ismail

AJK :

Yahaya bin Ismail
Ahmad Rashidi bin Jalil
Roslan bin Md. Ali
Nirmala a/p Sivanadam
Zunaidah binti Husain
Syafinah binti Mohd Saad
Azizah binti Mansor


Pemeriksa Kira-kira

Rohani binti Mat Saleh

Fauziah binti Saad

Sabtu, November 29, 2008

TAKZIAH

Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un.

Ustad A ucap takziah di atas kembalinya kerahmatullah Allahyarham Datuk Razali Ismail, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia. Semoga keluarga Allahyarham tabah menerima ujian ini dan reda dengan kehendak Yang Maha Berkuasa. Sesungguhnya dari Allah kita datang dan kepada-NYA kita kembali.

Ustad A kenal Allahyarham Datuk Razali sejak mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Kota Bharu. Ketika itu Allahyarham adalah Timbalan Pengetua. Allahyarham dikenali sebagai seorang yang banyak idea dan petah berpidato. Sering menggalakkan guru-guru pelatih supaya banyak membaca dan sentiasa mencadangkan program-program berbentuk ilmiah.

Ustad A teringat semasa mula-mula masuk maktab, Allahyarham menerangkan motto MPKB iaitu GILANG yang bermaksud Gigih, Iltizam dan Cemerlang. Satu persatu dihuraikan dan kami mendengarnya penuh minat kerana tertarik dengan gayanya ketika berucap.

Allahyarham meniti kerjayanya dengan cemerlang. Sebaik melangkah meninggalkan MPKB, dilantik pula sebagai Pengetua maktab di Terengganu (sori, Ustad A tak ingat maktab mana). Kemudian jadi Pengarah JPN Terengganu. Seterusnya Pengarah Bahagian Latihan Guru di Kementerian Pendidikan (masa tu Kementerian Pendidikan Lagi).

Pada tahun 2004, Allahyarham menang pilihanraya dan jadi Ahli Parlimen Kuala Terengganu. Dalam pilihanraya 2008, menang lagi dan dilantik sebagai Timbalan Menteri Pelajaran. Sesuai sangatlah dengan pengalamannya.

Ustad A kerap juga mengikuti perkembangannya sementelahan mengenangkan jasa dan kebaikannya semasa jadi Timbalan Pengetua di MPKB dulu.

Semoga rohnya di tempatkan bersama para kekasih Allah. Allahummaghfirlahu, warhamhu, wa'aafihi wa'fu'anhu. Amin.

Selasa, November 25, 2008

Perihal KWSP.....



Lebihan duit untuk perbelanjaan sekarang bermakna kuranglah duit yg akan dibelanjakan sewaktu persaraan kelak. pengurangan 3% potongan bagi caruman KWSP pada tahun hadapan seperti yg telah diumumkan oleh Menteri Kewangan baru-baru ini nyata mengejutkan banyak pihak. rata-rata pencarum KWSP telah membantah kaedah pengurangan caruman ini. mungkin kesedaran serta pengetahuan tentang kewangan di kalangan rakyat telah bertambah baik..rajah di atas meupakan perkiraan KERUGIAN yg bakal dihadapi oleh pencarum KWSP kesan dr pengurangan caruman KWSP selama 2 tahun (2009 hingga 2010).

MR E - dalam depa dok suruh turun deduction sampai 8%. MR E ingat nak up lagi caruman MR E dr 11% jadi 15% ka, 20% ka demi merealisasikan impian MR E untuk jadi jutawan masa pencen nanti, insyaallah.....

Ahad, November 16, 2008

UPSR 2008

adalah dimaklumkan bahawa keputusan UPSR 2008 bagi SK Teloi Timur adalah seperti berikut:

Bilangan calon yg mendapat 5A - 5 orang
Bilangan LSMP - 44 dr 71 calon
Peratus keseluruhan - 61.97%

Kelulusan mengikut matapelajaran :

BM Pemahaman - 91.5%
BM Penulisan - 78.9%
B Inggeris - 83.1%
Matematik - 69.0%
Sains - 84.5%

Keputusan ini telah disambut dengan rasa syukur oleh semua pihak; murid, ibubapa, guru dsb...

MR E - rasanya tak ada respon pun dr pihak guru besar pada hari tersebut...pasai apa ya?????

Khamis, November 13, 2008

Kisah Dalam Lagu : CATS IN THE CRADLE...

CATS IN THE CRADLE


A child arrived just the other day

Came to the world in the usual way

But there were plane to catch, and bills to pay

He learned to walk while I was away

He was talking before I knew It

And as he grew

He said, "Im gonna be like you, Dad

You know Im gonna be like you"



(chorus)

And the cats in the cradle and the silver spoon

Little boy blue and the man in the moon

When you comin home son I dont know when,

We'll get together then

You know we'll have a good time then.




My son turned ten just the other day

He said "thanks for the ball dad, come on lets play

can you teach me to throw?"

I said "Not today, Ive got alot to do"

He said "Thats okay"

He walked away and he smiled and he said

"you know Im gonna be like you, dad

you know Im gonna be like you......"



(chorus)



He came from college just the other day

So much like a man I just had to say

"Son Im proud of you, can you sit for a while?"

He shook his head, and he said with a smile

"What Im feeling like dad, is to borrow the car keys

See you later, can I have them please?"



(chorus)



Ive long since retired, my son has moved away

I called him up just the other day

I said "Id like to see you if you don't mind"

He said "Id love to dad If I could find the time.

You see my new jobs a hassle, and the kids have the flu.

But Its sure nice talking to you, dad,

Its been sure nice talking to you........"


And as he hung up the phone It had occured to me

He'd grown up just like me, my boy, was just like

me..............


Lagu ini mengisahkan tentang seorang anak yg sentiasa mengharapkan bapanya dapat meluangkan masa dengannya. malangnya dari kecil hingga remaja, bapanya sentiasa sibuk dengan kerja yg tak habis-habis. bila bapanya dah pencen dan anaknya dah dewasa, anaknya pulak sibuk tak habis-habis sampai tak ada masa nak jenguk bapa dia yg dah tua....

Lagu Cats In The Cradle ni ada banyak versi. mula dinyanyikan oleh Cat Steven (Yusuf Islam), Ugly Kid Joe, Guns and Roses dan banyak artis lagi..Lagu tersebut boleh dimuat turun di SINI.

MR E - pengajaran dari lagu di atas, LU PIKIRLAH SENDIRI !!!!

Debaran....

pada hari ini akan terlerailah segala persoalan, terurailah segala kekusutan dan terjawablah segala pertanyaan apabila keputusan UPSR diumumkan secara rasmi pagi nanti. maka akan sibuklah semua murid, waris, guru lebih-lebih lagi guru besar yg beria-ia menantikan keputusan UPSR ini (macamlah dapat 5A boleh jadi doktor, majistret dll.) . guru yg berjaya akan dipuji, yg gagal akan dicaci..macam tu lah tiap-tiap tahun....

MR E - TIK TOK...TIK TOK....

Takziah...

meskipun agak terlambat, MR E mewakili semua warga SKTT mengucapkan takziah kepada Cikgu Mazlina sekeluarga atas pemergian ibu mentua beliau yg telah menghembuskan nafas yg terakhir ketika menunaikan fardhu haji di mekah pada hari jumaat lalu....Al-Fatihah....

MR E - datuk MR E pun meninggal kat sana jugak pada tahun 1998

Ahad, November 09, 2008

Melepasi Angka 10000...

Sukacita dimaklumkan bahawa blog MR E telah mencatat bilangan pengunjung melebihi 10000 pada malam tadi....

sila berikan sokongan anda dengan melawat blog MR E di SINI.....

MR E- TERIMA KASEH!!!!!!

Sekitar Aktiviti....

Berikut adalah aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang 2 minggu ini (fortnight kata omputih):

  • Lawatan Sambil Belajar ke Negeri Terengganu - 30 Oktober 2008
  • Ujian Akhir Tahun - 26 hingga 29 Oktober 2008
  • Final Bola Sepak Antara Rumah - 29 Oktober 2008
  • Majlis Tandatangan Buku Laporan Prestasi Murid - 6 November 2008
  • Perkhemahan Tahunan - 6 hingga 7 November 2008

MR E: ada satu lg event yg paling dinanti-nanti oleh MR E......tik tok....tik tok...